Salam Maulidur Rasul!
by waidakmy on February 26, 2010
in Coretan WK
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat yang beragama islam. Dalam diam diam sudah sampai ke penghujung Februari. Jujurnya saya merasakan tidak sangka kita baru berada di bulan kedua dalam tahun Masihi ini kerana banyaknya aktiviti pada awal tahun 2010 ini.
Doa saya kita semua berjaya dalam apa jua yang kita rancangkan. Seandainya ia bukan seperti yang kita rancangkan, lapangkan dada. Mungkin apa yang kita idam-idamkan itu tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Dan, apa yang kita bencikan itulah ubat paling mujarab buat kita.
Kisah Muhammad Bin Abdullah
Sedikit kisah Muhammad Bin Abdullah yang dipetik dari FB sahabat saya, Azzah,
Muhammad bin Abdullah | Seorang pengemis Yahudi buta sering memaki Muhammad. Namun Muhammad menyuapkan makanan kepadanya setiap hari. Selepas Muhammad meninggal dunia, Abu Bakar menggantikan tempatnya. Yahudi itu menyedari orang yang menyuapkannya itu berbeza. Abu Bakar memberitahu bahawa yang selalu menyuapkannya itu adalah Muhammad, dan Beliau sudah tiada. Yahudi itu menangis lantas masuk Islam.
Pertanyaan
Atas rasa sedar (dan malu kerana lama tidak update blog), saya ingin bertanya.
Mana yang Tuan Puan lebih suka?
A) Menulis dengan lebih kerap, tetapi pendek-pendek.
B) Menulis jarak-jarak, tetapi panjang.
Terima kasih! Dan, salam Maulidur Rasul.
-WK-


