Masalah: Monitor terus padam!

by waidakmy on January 20, 2010
in Masalah Pembaca WK

Soalan:

Salam,

Saya ada satu masalah iaitu apabila on komputer dan didapati monitor terus saja keluar perkataan going to sleep dan terus padam. Macamana langkah untuk mengatasinya. Jenis komputer HP.

Sekian.

Mad

—————————————

Jawapan:

Waalaikumussalam Tuan Mad,

Maafkan saya kerana lambat membalas pertanyaan  Tuan. Dan, terima kasih kerana bertanya kepada saya tentang perkara ini.

Sudahkah Tuan mencuba dengan memasang komputer kepada monitor yang lain?

Sebelum langkah seterusnya boleh dibuat, saya mengesyorkan Tuan menyemak dulu adakah benar-benar monitor yang bermasalah atau grafik kad pada komputer yang bermasalah.

Jika monitor yang bermasalah, apabila dipasang pada komputer lain, monitor itu tidak akan menyala juga. Jika monitor itu elok, ada kemungkinan masalah berpunca daripada komputer (CPU). Mungkin daripada grafik kad komputer atau wayar yang menyambungkan CPU ke monitor.

Semoga apa yang saya tulis membantu Tuan.

Wassalam.

-Waida-