Makna Freeware dan Open Source

by on April 21, 2010
in Perisian

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Kata mentor, “Ini zaman ‘free economy’. Siapa mampu beri percuma dia akan menang.”

Tambah mentor lagi, “Sebab itu Google boleh mendominasi.”

Itu di dalam dunia bisnes.

Dalam dunia komputer juga, trend sekarang memberi perisian dengan percuma. Perisian percuma itu dibahagi dua.

1. Freeware

Apa itu Freeware?

Mengikut Wikipedia,

Perisian yang diberi percuma untuk digunakan. Atau, diberi pilihan membayar jika mahu.

2. Open Source

Apa itu Open Source?

Seperti Freeware, Open Source (sumber terbuka) juga percuma. Tetapi, ada satu ciri ekstra daripada Freeware. Iaitu, sesiapa boleh mengubahsuai kod asal.

Nota: Kod asal atau source code adalah bahasa ‘komputer’ yang membentuk perisian atau program itu.

Bermakna, kita semua bebas mengubahsuainya jika mahu. Asalkan tahu bahasa programming yang digunakan. Juga bermakna, tiada syarikat memiliki hak ke atasnya. Ia adalah milik komuniti.

Apa lagi kelas perisian yang ada?

Mari kita lihat kelas – kelas perisian lain yang ada.

3. Shareware

Apa itu Shareware?

a) Perisian yang diberi percuma sampai bila-bila. Tetapi fungsinya terhad.  Untuk mendapatkan kesemua fungsi perisian, ia harus dibeli.

b) Perisian yang diberi percuma. Fungsi lengkap tetapi dalam tempoh yang terhad. Contoh, selepas 30 hari atau 60 hari, perisian itu tidak boleh digunakan lagi.

Asalnya, perisian ini berbayar. Tetapi, jika kesemuanya berbayar, tiada yang mahu guna. Oleh itu, syarikat perisian mewujudkan versi shareware. Tujuannya supaya kita boleh cuba perisian itu. Kita suka, kita bayar :)

4. Payware

Apa itu Payware?

Perisian yang kita perlu bayar untuk menggunakannya. As simple as that. Ini biasa kita temui.

Nota: Perkataan Payware ini juga baru saya ketahui waktu saya menulisnya!

Semoga bermanfaat! (Jika suka, sebar-sebarkan sahaja maklumat di sini)

Dan, jumpa lagi!

-WK-

Mahu perisian percuma?

by on March 2, 2008
in Teknologi

Hai pembaca2 Wanita & Komputer,

Saya dah guna perisian Baku ni, hmm bagi saya, ok-ok lah . Boleh la untuk program percuma kan? Apa yang boleh saya minta kan? Melainkan saya bayar hoho.

Cakap pasal perisian percuma ni atau lebih dikenali sebagai freeware, ada juga perisian percuma yang dikenali sebagai opensource. Ini satu alternatif yang boleh digunakan lah. Jangan silap ya, opensource atau "sumber terbuka" ni lain dari freeware.

Perisian freeware ni, anda memang boleh gunakannya secara percuma, tetapi hak milik perisian ni tetap milik syarikat itu. Contohnya, perisian AVG antivirus tu freeware, dan hak milik nya oleh syarikat Grisoft, pencipta AVG.

Perisian opensource ni pula, percuma juga (setakat yang saya jumpa percuma lah ). Tapi, hak milik sesuatu perisian tu tak boleh dituntut oleh sesiapa pun. Pemilik nya adalah semua, orang2 awam macam saya dan anda semua. Antara contoh perisian ni, NVU, perisian untuk mereka website, sama seperti Microsoft Front Page.

Perisian NVU ni, akan disertakan sekali dengan source code. Source code ni kod programming yang ditulis dan akan membentuk perisian NVU ni. Apa kebaikannya peraturan ni? Kelebihannya, bila ada masalah atau orang IT panggil "bug", ada orang lain yang boleh perbaiki perisian NVU ni. Semakin lama, perisian NVU ni akan bertambah baik lah kan? Kita dan orang awam2 lain juga yang untung akhirnya hehe. Itu yang asyik ada versi baru saja.

Boleh juga rujuk site ni, untuk tahu apa lagi perisian yang boleh dikategorikan sebagai perisian sumber terbuka ni.

Ok lah, cukup setakat ni saja. Jumpa lagi~~