Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
Apa khabar?
Jom baca sambungan Kisah Kirana dari post lepas…
Sedutan episod lepas – Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya supaya semua kawannya mendapat akses ke Internet. Baca kisah penuh di sini…
“Aku dah faham kena WiFi kan Streamyx ni, tapi camne nak buat sebenar2 nya? Apa yang perlu dibeli?” Kirana termangu2 sendirian…
“Oh ye tak ye..baik aku call WK tanya..mesti dia ada idea” Kirana terfikirkan kawan baiknya yang tahu banyak tentang komputer itu (ehem2)
Apa yang Kirana perlukan?

Sambungan WiFi
Seperti dalam gambar (gambar ihsan dari HowStuffWork), Kirana perlukan 2 benda iaitu, pemancar dan penerima.
Pemancar adalah modem dan penerima adalah wireless adaptor pada komputer atau telefon.
Maka, Kirana perlu memastikan modem yang dibelinya ada fungsi wireless router supaya kawan2 nya boleh sama2 mendapat akses ke Internet.
Selain itu, Kirana juga perlu check dengan kawan2 nya sama ada semua komputer kawan2 nya ada wireless adaptor.
“Laptop baru banyaknya dah ada built-in WiFi, jadi tak ada problem lah. Desktop yang susah sket ni, kena beli wireless adaptor. Nanti gi kedai, mintak Wireless LAN USB Adaptor“, WK memberitahu Kirana.
“Okay, aku dah faham. Nanti ko tolong teman aku pergi beli modem ngan wireless adaptor ya lepas ni..”
“Alahai..nak kena teman ke? Malas lah nak gi kedai. Beli online udah le?”
“Ada benda lain nak shopping skali nih. Jom la…”
“Ye lah…ye lah..tapi ko kene blanja aku lunch tau”
Kisah Kirana ini hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati
-WK-
PS: Best pula tulis stail cerita ini..jadi saya ingat nak sambung lagi cerita ini
Siri 3 – Panduan download youtube
Salam sayang pembaca2 wanita & komputer
,
Panduan Download Youtube
Macam mana panduan download movie dan software dalam artikel saya yang lepas? Harap2 berguna untuk anda semua
(jangan lupa share apa yang anda dah download, mana tahu saya termiss out cerita2 baru menarik
)
Artikel kali ini, Siri Panduan lagi untuk anda hehe. Ok, Panduan Download Youtube!! Saya tahu ramai pembaca2 kat luar sana yang suka tengok video di Youtube. Haa, sekarang mudah untuk anda download ke PC dan lepas ini, bolehlah kalau nak tonton berulang2 kali
Saya malas nak tulis panjang2. (penat juga kan kalau asyik tulis artikel2 panjang hehe). Download saja ebook tulisan Han ni untuk tahu dengan lebih lanjut. Saya pun tak tahu macam mana nak download video Youtube sebelum ini. Mujur saya jumpa dengan ebook ini. PERCUMA saja pun
Klik link di bawah untuk download ebook ini
Ikuti arahan yang terpapar di page yang akan muncul ya. Caranya sama saja seperti anda download Panduan Shopping Online sebelum ini
PS: Saya hargai kalau anda dapat beritahu saya kalau2 ada link yang rosak di mana2 artikel saya. Beritahu dengan tinggalkan komen anda pun tak mengapa. Terima kasih
Ini bukanlah bermakna saya tak check semua link di artikel saya sebelum saya post hehe. (tak professional lah saya kalau begitu kan?
)



