7 perisian yang WAJIB ada!!
Salam mesra semua
,
Apa 7 perisian yang WAJIB ada dalam pc anda? Dengan kata lain, kalau tiada 7 perisian ni, tak ceria hidup ini tanpanya (cewah
)
Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan?
. Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, Amzani, Shueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus
Ok, berikut 7 perisian yang WAJIB ada dalam pc saya. Senarai ini lebih kepada perisian main2 ehe. Kalau antivirus atau firewall tu tahap dia lebih dari wajib. Kedua2 ni saya akan install sebelum saya masuk internet lagi.
- Firefox
Browser wajib ada dalam pc saya. Wajib sebab suka surf internet ngeh2. Biasalah sejak2 ada streamyx kan? Kalau tak surf internet satu hari, macam hilang seri huhu. Ni kes addicted dah ni hoho.
- Winamp
Pemain muzik mp3 yang saya paling suka walaupun banyak pemain lain yang lagi canggih dan hebat. Itu tak penting bagi saya, yang penting cepat load bila start dan boleh main muzik hehe
- VLC player
Perisian ini untuk main video. Seronoknya, tak perlu install codec untuk mainkan video. Ringan, dan tak banyak kerenah. Paling utama, tak menggangu konsentrasi jika tersentuh keyboard / mouse. Jika anda selalu guna Windows Media Player, anda mungkin tahu maksud saya 
- utorrent
Klient torrent yang saya paling suka setakat ini. Ringan, dan tak perlu nak install. Memang sesuai dengan namanya. utorrent = microtorrent = torrent yang super kecil 
- Editor gambar, contoh macam ACDSee, Adobe Photoshop dll
Program editor gambar, mudah untuk saya edit gambar dengan pantas. Boleh juga jadi viewer untuk tengok gambar2 sedia ada dalam komputer.
- Perisian kompres fail contoh macam Winrar, atau Winzip
Susah kalau tak ada program ini, sebab installer saya banyak yang berakhir dengan .rar. Untuk extract, saya kena lah install winrar ke dalam komputer dulu.
- Games
Ini pun termasuk juga lah ye. Mesti ada beberapa game, untuk elakkan kebosanan dan kadang2 mengisi masa lapang 
Ok. cukuplah setakat itu je. Jumpa lagi. Harap saya dapat baca tag anda di blog anda 



