Apa beza Netbook dan Notebook?
Salam dan Apa khabar?
Kurang dari 2 minggu, PC Fair akan menjelma lagi. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk menukar komputer atau aksesori tambahan. Saya pun mungkin perlu tukar mouse baru sebab respons mouse yang sekarang ini dah lambat semacam aja
Saya rasa PC Fair kali ini mesti dipenuhi promosi Netbook, sama macam tahun lepas. Lagipun, Sony pun bakal keluarkan Netbook nya sendiri juga. Memang lawa. Tengok banyak kali, saya pun terasa nak beli juga
Mujur, prioriti utama tahun ini nak beli Notebook berbanding Netbook
Apa beza Notebook dan Netbook?
Secara ringkasnya, Notebook sama seperti Laptop manakala Netbook pula umpama mini Laptop

Notebook
Atau

Netbook
Kredit gambar: Jm Purity & HardwareInfo
Kebaikan Netbook
Yang nyatanya, Netbook bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa (macam IM contohnya?)
Mungkin ada yang terfikir “Lebih baik beli Netbook dari Notebook kalau begitu. Ringan dan murah pula. Saya pun hari-hari surf Internet” selepas membaca kata-kata kempen saya di atas.
Kekurangan Netbook
Namun, anda perlu tahu yang ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Kalau tidak kenapa Netbook setakat ini hanya boleh menggunakan Win XP, bukan Win Vista?
Ada pula agaknya yang terfikir “Beli Notebook lah kalau begitu” selepas membaca kekurangan Netbook yang saya baru tulis sebentar tadi.
Bukan begitu…
Hakikatnya, Netbook atau Notebook (atau Desktop), semuanya direka berdasarkan keperluan dan golongan sasaran yang berbeza. Jadi, apa yang penting, tetapkanlah keperluan anda terlebih dulu
Yang nak beli laptop baru,
-WK-
PS: Penyertaan masih dibuka bagi mereka yang ingin belajar membina laman web. Pendekkan tempoh pembelajaran anda dengan mempelajari skill membina laman web dengan otai-otai yang sepatutnya. Dapatkan maklumat penuh di sini
PC Fair kembali lagi..
by waidakmy on December 11, 2008
in Coretan WK, Teknologi, Umum
Salam dan Apa khabar semua?
Sekadar post ringkas dari saya..boleh juga dikatakan pengumuman
Bagi yang ingin membeli aksesori komputer, jangan lupa berkunjung ke PIKOM PC Fair.
Bila: 12/12/08 (Jumaat) – 14/12/08 (Ahad)
Tempat: KL Convention Centre
Masa: 11 pagi ke 9 malam
Nota- Pada yang tak tahu nak datang ke KL Convention Centre, ambil saja PUTRA LRT (sekarang dikenali sebagai Kelana Jaya Line) ke stesen KLCC. Kemudian, berjalan ke arah KLCC sehinggalah anda nampak pokok krismas yang paling tinggi di Malaysia
(hanya applicable pada bulan 12 saja ya), kemudian belok ke kiri dan terus sehingga nampak Maybank. Susur lalu ikut terowong di sebelah Maybank. Naik escalator ke atas, dan anda akan jumpa KL Convention Centre di sebelah kanan anda.
Jangan la pula tanya saya, macam mana nak datang KL
Tak sempat datang ke KL, PIKOM PC Fair di Johor Bahru pun ada nanti.
Mungkin saya juga akan singgah2 di sana esok pada tengahari, jika keadaan mengizinkan heh. Lama juga saya tak tengok perkembangan terkini gajet2 komputer. Harap2 tidak penuh dengan manusia sangat.
Oh ya, kalau malas mahu bersesak2 di PIKOM PC Fair, berkunjunglah ke Low Yat. Anda akan dapat tawaran yang sama selalunya
Jumpa di sana esok~~




