Tips 20 – jom berblogging~
by waidakmy on March 4, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam semua
,
Akhir2 ni penat betul rasa2nya. Kerja di ofis, mula mendaki puncak sibuk. Kenapa saya cakap mula mendaki? Huhu, sebabnya puncak kesibukan saya, saya jangka mulai bulan 4 sampai lah hujung tahun. Hujung tahun, lagi tahap kritikal kesibukannya. Silap2 tak boleh beraya tahun ni, waa
.
Dulu target nak update blog ni selang 2 hari sekali. Bila dah mula sibuk, nampak gayanya, memang tak mampu lah, huhu. Target baru yang saya set, nak update blog ni sekurang2nya 2 atau 3 dalam seminggu (7 hari). Praktikal sikitlah, lagi2 bila tak lama lagi, rasa2nya akan outstation ke Johor selama sebulan, Insya Allah.
Oh ya, rasa2nya ramai yang dah mula berkecimpung dengan dunia blog kan? Mungkin glamour di Malaysia bila Friendster wujudkan servis cipta blog (Ni saya agak2 aje lah). Kalau berminat nak join dunia blogging ni, boleh mulakan dengan Blogger. Versi yang baru ni lebih user friendly, tak macam saya guna dulu2. Nak design blog tu lagi mudah la, setakat drag and drop saja.
Kalau nak berblogging dengan serius, boleh juga membeli domain dan hosting anda sendiri. Nak tahu ciri2 apa yang saya perhatikan sebelum pilih hosting, boleh baca di sini. Tapi, baik anda mahirkan diri dengan penyedia2 blog percuma ni. Dah mahir selok belok blogging, boleh la anda blog secara serius
cewah.
Oh ya, untuk pembaca2 Wanita & Komputer ni, yang juga pemblog "Blogger", boleh rujuk di sini tools2 yang anda boleh ummphh kan blog anda tu
. Dalam bahasa inggeris la malangnya, tapi saya rasa bahasa yang digunakan mudah saja.



