Tips 6 – Pindah program ke program lain, tak klik taskbar
by waidakmy on December 13, 2007
in Tips-Tips Komputer
Hai pembaca2 sekalian
Terharu bila baca komen2 anda. Thank you!! Rajin2 singgah di sini lagi
Antara komen2, ada yang suruh sentuh tentang shortcut key. Nantilah saya kumpulkan seberapa banyak shortcut yang biasa saya guna.
Cakap pasal shortcut key ini, tips hari ini tentang simple shortcut key dalam komputer.
Apa bagusnya shortcut key ini?
1 – Lagi cepat dari guna mouse
2 -Kalau mouse tiba2 hang, masih boleh guna keyboard. (tidaklah mati akal sangat kan?)
Macam mana pindah program ke program lain tanpa klik taskbar?
Mudah!! Gunakan kekunci ALT + TAB di keyboard anda
1 – Tekan “ALT” serentak dengan “TAB”
2 – Satu menu akan keluar di tengah skrin komputer. Menu ini akan tunjuk semua program2 yang dah dibuka
3 – Tanpa lepaskan “ALT”, tekan “TAB” beberapa kali. Ketika ini, penunjuk dalam menu akan berubah ke program seterusnya. Jadi, tekan “TAB” beberapa kali untuk sampai ke program yang kita mahu.
Cth :-
3 program dah dibuka di taskbar. Menu akan tunjuk Program A, B & C. Katakan anda mahu ke Program C, tekan “TAB” 2 kali untuk sampai ke Program C. Begitulah seterusnya.
PS: Maaflah, tiada gambar. Tak boleh nak buat print screen huhu. Nanti bila saya buat video how-to untuk panduan anda, sesiapa yang berminat boleh la emel saya
PPS: Hari ni happy sebab boleh balik awal dari kerja hehe


