Minyak Oh Minyak…
Salam sejahtera semua
Lemau rasanya memikirkan kena kembali bekerja di KL, hmm, baru 3 minggu di Johor dah jadi begini haha. Tak suka rasanya bila perlu bersesak dengan orang dan kereta semula, aduh.
MInyak Oh MInyak
Minggu ni memang tak ada topik lain rasanya, tak kira lah kat suratkhabar atau blog atau forum. Topik minyak naik mendadak. Jujur saya katakan, saya tak perasan pun tentang pengumuman tu kalau tak diberitahu oleh kawan heh. Tapi, tak adalah saya beratur. Rasa membuang masa pula mahu join2 beratur membeli minyak di saat akhir. Saya diberitahu, sesak juga lah stesen minyak masa saya di Teluk Ramunia tu, walaupun kecil saja stesen minyak nya.
Minyak naik!!, siapa untung..siapa rugi?
Tips Penjimatan Petrol (secara realistik)
Harga Barang Naik, Usaha Kena Naik juga..
Tiada Idea?
Hmm, dah ke arah merepek saya ni. Sebenarnya, saya tengah ‘writer’s block’, tiada idea nak tulis tips apa kali ini untuk tatapan anda semua. Selepas saya bloghopping pun, masih tiada idea yang terlintas huhu. Jadi, saya kongsikan saja apa yang saya baca di blog orang tadi
Terlupa password Windows?
Bagus cara dari MK ni. Saya pun pernah jadi macam ni juga. Terlupa password yang saya pasang. Tapi, malangnya, benda ini terjadi sebelum saya baca cara MK ni
Dah selamat lah format komputer jadinya.
Terlupa password windows? Reset password anda dengan…
Game Cash Flow 101
Berbalik pada cerita minyak, penyelesaian saya sendiri mudah saja. Live below the means
Oh ya, jika anda sering terasa tak cukup duit, apa kata anda sertai saya bermain game uruskan duit di SM Learning.net? Saya ada 1 tiket ekstra (menang pertandingan di blog Pakdi) untuk ke game ini. Jika berminat, jangan lupa hantar emel kepada saya, (isi pada ruang “Hubungi Saya”) dengan tajuk “Cash Flow 101: Saya berminat!” dan ceritakan kenapa anda perlu mendapat tiket percuma ini
Oh ya, kos pengangkutan ditanggung oleh anda sendiri (boleh naik LRT, jangan risau
)
PS: Saya tahu entri kali ini tidak berkisar ke komputer…


