Misi 2010 WK
by waidakmy on December 25, 2009
in Coretan WK
Assalamualaikum Wbt. dan Apa khabar?
Tahun 2009 hanya berbaki 5 hari lagi. Awal Muharam sudah pun menjelang 1 minggu yang lalu. Bagaimana dengan perancangan 2009? Adakah seratus peratus tercapai?
Merenung kembali matlamat 2009 saya pada Disember 2008 yang lalu, boleh dikatakan hanya suku tercapai. Tetapi, saya percaya apa yang berlaku tahun ini semuanya menuju ke arah yang satu. Cuma, saya yang belum berupaya menyambung titik-titiknya lagi. Sememangnya, hanya Allah jua Maha Mengetahui.
Aktiviti Sepanjang 2009
Boleh saya katakan, pelbagai perkara sudah berlaku dalam tahun ini. Saya namakan tahun ini tahun pembelajaran, tahun mengenal diri (refleksi), dan tahun perubahan. Insya Allah, tahun ini juga pemacu ke arah kejayaan yang lebih cemerlang untuk 2010. Bak kata salah seorang mentor, Tuan Shamsuddin Kadir,
Apabila kita memilih untuk tidak menjadi biasa, kita sebenarnya menukarkan diri kita dari memikir dan hidup cara biasa menjadi luarbiasa. Banyak gaya hidup kita dilihat sebagai luarbiasa, kerana kita tidak melakukan perkara yang biasa.
Tahun Pembelajaran
Tahun ini, tahun yang paling banyak saya sertai kursus. Ada berbayar, ada yang percuma. Namun, yang paling memberi inspirasi dan berkesan dalam hati adalah yang percuma dan paling minima kosnya. Saya tahu kini, yang penting adalah bukan pada harga, tetapi pengisiannya.
Kursus – kursus ini juga menemukan saya dengan orang-orang yang hebat. Puan Ainon dengan perjuangannya memandaikan bangsa. Tuan SK dengan perjuangannya membela dilema muslim. Tuan Zamri dengan brandentitinya. Tuan Haeqal dengan kegilaan membaca buku. Tuan Rohaizad dengan kesetiaannya pada blogging. Tuan Zulfadli dengan minat barunya pada nasi ayam penyet (
) Juga kenalan-kenalan baru (terutamanya di FB) yang tidak mampu saya sebutkan kesemuanya di sini
Tahun ini tidak semuanya cerah. Pembelajaran paling besar juga datangnya dari kegagalan. Gagalnya saya dan tim Majalah IM mengekalkan penerbitan Majalah IM dalam bentuk PDF, memberi seribu satu pengalaman dan pelajaran. Namun, ia tidak akan terhenti di situ. Insya Allah, kami akan kembali! Maka, teruskan setia mengikuti kami di MajalahIM.com.
Tahun Refleksi Diri dan Perubahan
Jujurnya, saya letih dengan fenomena yang melanda Internet Marketer Malaysia. Seperti yang sering dibincangkan bersama dengan kenalan rapat, Internet Marketer bukan sekadar menjual ebook atau affiliate. Maka, saya senang sekali untuk mengurangkan aktiviti di forum terkenal IM Malaysia.
Bukan tidak lagi berminat dengan bidang IM, tetapi saya lebih suka jika dapat menggunakan konsep IM itu untuk perkara yang benar-benar membantu orang ramai. Bukan sekadar menghabiskan wang mereka, tetapi sesuatu yang memberi nilai tambah.
Refleksi diri juga mengingatkan saya kembali pada apa yang benar-benar saya minat. Iaitu, membaca dan menulis. Hatta, perkara pertama yang saya buat di Internet ini pun blogging di WaidaKmy.com. Justeru, tahun 2010, saya akan fokus pada aktiviti-aktiviti sebegini.
Aktiviti Sepanjang 2010
1-Penulisan Buku Komputer
Proposal sudah pun dihantar. Kursus sudah pun saya datang selalu. Aura penulisan pun sudah diperbaharui selalu. Yang tinggal, cuma manuskripnya sahaja. Doakan saya berjaya menyiapkannya. Amin. Saya juga memerlukan maklumat dari Tuan Puan tentang pengisian buku ini. Insya Allah, akan disusuli dalam entri 2010 nanti.
2-Perkembangan WaidaKmy.com
Alhamdulillah, WaidaKmy.com semakin berkembang walaupun sedikit demi sedikit. Saya senang sekali biar ia tidak berkembang menjadi terlalu mendadak. Biar kecil, tetapi berkesan. Yang penting, maklumat di dalamnya sampai kepada golongan sasaran dan berjaya menjadi ejen pengubah.
3-Penjenamaan Semula GrafikMaya.com
Tiada lagi servis minisite oleh GrafikMaya. Kini, servis utama GrafikMaya adalah rekaan header. Menyokong servis utama ini, saya juga menyediakan khidmat memasang blog WordPress di domain, dan customization tema WordPress. Customization tema di Blogger juga disediakan.
4-Kelahiran Secret Story – Seronok & Santai
Satu program gaya baru di antara training dan penerapan skil. Membuat peserta menjadi Leader, bukan Follower. Pembongkaran rahsia mampu membuatkan peserta mencerna idea-idea baru untuk diterapkan dalam kehidupan seharian Insya Allah.
5-Memeriahkan sudut kolumnis di 1SuperKids.com
Ini bakal menjadi medan saya mengasah skil penulisan dari non-fiksyen kepada fiksyen. Ia masih membawa tema yang sama, iaitu komputer. Semoga inovasi ini mampu membuatkan tema komputer lebih diterima ramai. Amin.
Projek-projek yang saya terlibat secara tidak langsung
6-Misi Kami Baca
Projek bersama Cik Puan Becky untuk memberi satu dimensi baru kepada dunia buku. Dengan tagline, “Buku Itu Seronok”, ulasan-ulasan buku berbentuk video atau cerita-cerita sekitar dunia buku akan dipaparkan di halaman utama Kami Baca, iaitu di FaceBook (FB). Cari kami di www.facebook.com/kamibaca
7-NiagaKit – Shopping Cart Cara Malaysia
Saya suka sekali untuk mengatakan NiagaKit, shopping cart dari orang Malaysia, khusus untuk orang Malaysia. Satu shopping cart cara mudah yang dibina oleh team Flarebiz.
8-Majalah IM -A True ComeBack
Insya Allah, jika tiada aral. Majalah IM akan kembali dalam bentuk PDF semula. Malah, mungkin lebih dari itu. Segalanya masih dalam bentuk perbincangan. Sementara itu, ikuti tip-tip Internet Marketing dari MajalahIM.com
Semoga projek-projek ini membawa Tuan Puan dan saya ke suatu dimensi baru. Kita semua sememangnya berupaya menjadi seseorang yang luar biasa dengan acuan kita tersendiri, Insya Allah.
Jumpa lagi di tahun 2010!
Wassalam
-WK-


