Harddisk tahun 1956
by waidakmy on August 29, 2010
in Sejarah Komputer
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Satu gambar lama dirakamkan pada tahun 1956 untuk tatapan kita semua. Gambar ini diterima melalui kiriman emel.

Nota: Kotak besar yang diangkat itu adalah hard disk yang bersaiz 5 MB, iaitu 1 per 800 daripada 4GB, saiz normal USB thumbdrive masa kini.
Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?
by waidakmy on December 1, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar semua ?
Ini cubaan kali ketiga saya mahu update blog Wanita & Komputer. Kalau tak berjaya lagi, saya tulis lain kali saja jawabnya.
Cubaan pertama
Saya terfikir untuk menulis tentang Linux, memandangkan hangat betul komen pada post Windows ME lepas. Tapi, gagal, jadi saya tunda post Linux ke post seterusnya (Maaf ya Garfield dan Jom Linux hehe)
Cubaan kedua
Dah terhilang post pada cubaan pertama, mood nak menulis tentang Linux pun dah hilang :p Terfikir pula nak menulis sesuatu yang ringan, lagi2 diiringi suasana malam yang sungguh mendamaikan..
Gagal lagi..(saya dah taip separuh muka tu huhu..)
Jadi, pada cubaan ketiga menulis post di blog Wanita & Komputer, saya terfikir untuk bertanya pada anda saja
Bila anda mula guna komputer?
(Gambar ihsan dari www.geeksugar.com)
Kongsi cerita anda
Boleh anda kongsi bila anda mula guna komputer? Apa pengalaman masa tu? Takut ke, seronok ke, gelabah ke? Apa2 lah. Kalau komputer yang pertama anda guna itu, bukan milik anda pun tak mengapa. Mungkin anda gunakannya di makmal komputer atau komputer kepunyaan kawan
Cerita saya pula?
Kalau saya pula, komputer pertama yang saya guna adalah komputer kepunyaan keluarga. Kalau tidak silaplah, saya baru berusia 4 atau 5 tahun. Kecil sangat, saya pun tak berapa pasti. Yang pastinya, saya belum sekolah lagi.
Komputer pada masa itu pun, tak sama macam sekarang. Jangan tanya rupa CPU atau monitor, saya tak dapat ingat. Apa yang saya ingat, cuma bentuk floppy disk drive dan floppy disknya saja. Ok, bayangkan floppy disk drive itu, satu kotak yang boleh dimasukkan disket tetapi bukan sekali dengan CPU. Floppy disk nya pula bersaiz besar, 5 1/4 inci hoho.
Tak dapat bayangkan? Tengok saja gambar ini. Yang penting jangan lupa bandingkan dengan disket bersaiz 3.5 inci tu (yang kecil itu).
Besar kan floppy disk ni? Walaupun bersaiz 5 1/4 inci tetapi cuma berkapasiti 100k ke 1.2 MB saja.
(sumber semua gambar adalah dari sini)
Pengalaman saya masa guna komputer?
Pastilah seronok, sebab gunakan komputer itu untuk bermain game
Game apa saya tak ingat juga, cuma ianya 2 dimensi saja. Maaflah, sebab kanak2 lagi, jadi ingat2 lupa, melainkan anda boleh scan otak saya dan tengok imej2 yang muncul masa saya menulis post ini
Jadi
Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?
Jumpa lagi!!






