Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru

by on August 5, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar?

Saya keletihan…

Minggu ini amat memenatkan buat saya. Minda dan fizikal. Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan suatu ‘perubahan’ setelah 1 tahun berada di takuk yang sama.

Justeru, saya memang tidak upaya langsung membalas emel-emel dan komen-komen yang mendatang, walaupun sudah dibaca. Saya hargai kesemuanya (walau ada di antaranya ditulis seolah-olah saya ini orang suruhan saja bunyinya). Saya akan balas apabila ada ruang masa nanti, Insya Allah.

Hormatilah masa yang saya curahkan untuk membalas kesemua emel itu. Saya tidak pernah minta pun dibayar, masa yang dihabiskan untuk membalas kesemua itu. Cuma, saya pinta, tulislah dengan berhemah, walaupun kita tidak pernah bersua muka.

Terima kasih!

Antivirus Dengan Teknologi Baru?

Apa yang buat saya tertarik dengan Ikona MAPS, adalah kelainannya daripada perisian antivirus sedia ada. Berdasarkan apa yang saya baca, 2 ciri yang menarik perhatian saya, adalah

  1. Tidak perlu dikemaskini selalu
  2. Perisian stand-alone seratus peratus

Baca lebih lanjut di Kosmo atau dapatkan penerangan lanjut dari website utamanya, Ikona MAPS.

Kalau Ikona seperti apa yang dia cakapkan, saya pun mungkin akan membelinya. Punca utamanya, saya ingin tahu sangat, cara perisian antivirus Ikona ini berfungsi :P

Kita tunggu dan lihat…

-WK-

PS: Namanya seperti Ikano saja hehe

PSS: Pihak Ikona MAPS tidak mahu beri peluang saya test drive ke? :D

Kerap online? Letaklah password di pc anda

by on April 17, 2008
in Sekuriti

Salam mesra semua ,

Saya kira semua orang tahu apa password atau kata laluan itu bukan? Password atau kata laluan akan dipasang untuk lebih sekuriti, supaya hanya orang tertentu dibenarkan akses. Contohnya, untuk login email, login akaun Friendster dan lain2 lagi. Pastikan anda meletak password yang betul2 bagus, iaitu ada ciri2 di bawah ini

1 – Panjang 5 – 8 perkataan. Panjang boleh juga, tapi yang penting anda boleh ingat

2 – Kombinasi huruf dan nombor

3 – Masukkan special character seperti @, #, %, ^ (bergantung kepada syarat)

    Lebih kurang sebegini lah, ciri2 password yang bagus. Jangan lah pula letak nombor atau perkataan yang berkait rapat sangat dengan kita, contohnya tarikh harijadi. Jika saya kenal anda, sudah semestinya saya tahu bila harijadi anda, bukan? Senang lah saya cuba2 untuk teka password anda (Contoh saja ni, janganlah pula ingat betul2 ya hehe)

    Dah cerita tentang ciri2 password, saya mahu ingatkan anda semua, pasanglah password untuk pc anda. Sekurang2nya, anda sudah membuat lapisan sekuriti pertama dari anasir2 luar. Tahu tak, senang aja untuk orang luar akses ke komputer anda, lebih2 lagi jika anda kerap online? Lebih teruk lagi jika anda hidupkan fungsi “Remote Assistance” pada pc.

    Rujuk cara2 di bawah untuk pasang password atau matikan fungsi “Remote Assistance”

    Buat Password Di PC

    1 – Klik butang “Start” dan pilih butang “Settings”, kemudian diikuti butang “Control Panel”

    2 – Klik 2 kali ikon “User Accounts”

    3 – Jika anda tiada akaun lagi, buka satu akaun baru khas untuk anda dengan “Create a new account”.

    4 – Letak nama untuk akaun anda, dan pilih “Computer Administrator” kerana komputer itu anda yang punya . Satu akaun akan dibuka untuk anda dengan nama yang telah dipilih.

    5 – JIka anda sudah ada akaun, pilih “Create a password”. Taip password yang anda mahu di ruang yang disediakan. Isikan juga hint (sebagai peringatan sekiranya anda terlupa password).

    6 – Klik butang “Create a password”

    7 – Selesai..

      Matikan fungsi Remote Assistance

      1 – Klik kanan ikon “My Computer”

      2 – Satu menu akan terpapar, dan pilih tab “Remote”

      3 – Buang tanda tick (/) pada kotak “Allow Remote Assistance invitations to be sent from this computer”

      4 – Klik butang “Ok”.

      5 – Selesai…

        Mudah bukan? Ingat…Beringat sebelum terkena :)