Salam Aidilfitri
by waidakmy on September 16, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
Terima kasih pada yang telah mengucapkan ‘selamat berpuasa’ pada saya tempoh hari. Saya suka! Secebis ingatan tuan puan untuk saya, amat saya hargai
Dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan terkasar bicara sepanjang tempoh perkenalan kita di alam maya ini.
Terimalah kad raya yang saya titipkan khas ini,
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin
Jumpa lagi!
-WK-
Blog ini akan ditutup..
by waidakmy on September 29, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Haha..amacam tajuk tu? Saja buat gimik..Memang blog ini akan ditutup..tapi ditutup sempena cuti raya bermula dari hari Isnin ni (kejap lagi nak balik kampung dah) sehinggalah hari Jumaat, kerana saya akan pulang ke kampung di Perak. Sana tiada akses internet dan juga tiada PC (4ourth, ni saya tinggalkan PC ni
), jadi segala emel, komen2 daripada anda semua tak dapatlah saya baca dan balas.
Oklah, di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf dari semua yang mengenali saya, tak kiralah online atau offline, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata dan ter..lain2 hehe. Selamatlah menyambut Aidilfitri dengan gembiranya tapi masih bersederhana. Jangan sampai terlebih2 makan pula
Kad raya ini khas untuk anda semua
(ihsan dari KadViral.com, ingatkan nak buat sendiri,tapi tak sempat pula)
Saya tahu agak lambat sebenarnya saya menulis ucapan selamat raya untuk anda semua, kerana ada yang dah balik ke kampung pun. Struggle nih, sebab PC saya rosak pula last minute huhu. Ni pun masuk Safe Mode
Jadi, hargailah ucapan selamat hari raya saya yang susah payah ni eh? cewah




