5 Sebab Patut Baca Jom Faham Spesifikasi PC

by on April 9, 2009
in Panduan

Salam dan Apa khabar? :)

“Wah, sudah 8 hari rupa-rupanya tidak menjenguk blog sendiri”

Saya pun tidak sangka yang saya sesibuk ini dengan bengkel minisite tempoh hari dan juga kerja-kerja mengedit Majalah IM edisi Mei 2009 dan ebook PanduanCinta.com

Hampir-hampir terlupa pula saya tentang laporan terbaru saya

“Siri Wanita & Komputer – Jom Faham Spesifikasi PC”

Download di sini

Niat di hati mahu letak gambar untuk ganti e-cover yang tak sempat dibuat, tapi tak jumpa yang bersesuaian pula..

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Baca Laporan Ini?

  1. Kurang faham apa itu spesifikasi komputer
  2. Susah untuk membeli komputer dengan sendiri
  3. Takut ditipu penjual
  4. Tak faham apa fungsi sesetengah komponen itu
  5. Saja mahu tambah pengetahuan

Nota:
Bagi anda yang ‘expert’, laporan ini bukan untuk anda ;) Tidak disyorkan download laporan Siri WK ini, kerana ia sememangnya tersangat ringkas

Jom Baca Laporan ‘Siri WK – Jom Faham Spesifikasi PC’ di sini

Jumpa lagi!

PS: Saya sedang menyertai cabaran 31DBBB, jadi ‘expect’ post yang kerap di blog ini Insya Allah :D

Update (9/4/09 – 7.31pm) : Ikut komen dari K, jadi saya panggil laporan ini ‘mini handbook’ sekarang. Kenapa mini handbook? Ia seolah-olah buku panduan yang anda boleh tengok bila-bila anda perlukannya :) Macam buku resepi, bila mahu guna, baru buka ;)

Update (10/4/09-12.52pm): Mini handbook ini bukan untuk recommend laptop kepada anda, tetapi untuk anda faham apa yang tertulis di sesuatu spesifikasi komputer. Jadi, laptop dalam mini-handbook itu sekadar contoh saja