Teknik ping untuk uji sambungan Internet
by waidakmy on March 23, 2009
in Tips-Tips Komputer
Salam dan Apa khabar?

Selalunya, bila saya gagal untuk sambung ke Internet, contohnya keluar notifikasi “Page cannot be displayed” bila saya taip www.Google.com, saya akan pastikannya dulu dengan teknik ping website Google
Nota: Tak semestinya website Google. Anda boleh ping apa saja website yang anda mahu
Jika ujian ping Google gagal (tengok pada link di atas bagaimana ujian ping yang gagal), saya akan teruskan dengan satu kaedah lagi, iaitu ping router kita sendiri, untuk pastikan mana sebenarnya masalah sambungan Internet kita. Adakah masalah itu di antara komputer kita ke modem (ada built-in router), atau modem ke Internet?

Kaedah ping modem adalah sama seperti ujian ping Google
iaitu dengan
1. Dapatkan IP address modem kita
Saya akan dapatkan IP address modem dari “Default Gateway”. “Default Gateway”, kita boleh tahu bila kita semak IP address komputer kita sendiri.
Contohnya, Default Gateway kita 192.168.1.254
2. Buka cmd.exe atau command prompt
3. Taip ‘ping 192.168.1.254′ pada kotak cmd.exe (kotak yang hitam itu)
4. Lihat, adakah ujian ping itu berjaya atau tidak?
Apakah keputusannya?
Jika ping berjaya, masalah yang anda hadapi adalah di antara modem dengan Internet, jadi semaklah apa2 punca yang mungkin di atara keduanya. Mungkin modem anda rosak atau kabel dari modem ke line telefon anda yang bermasalah sebenarnya
Jika ping gagal, masalah anda adalah di antara modem dengan penerima pada komputer anda. Maka, anda carilah punca apa yang menyebabkan komputer anda tak dapat akses ke modem. Adakah puncanya disebabkan adapter, kabel, atau konfigurasi dalam komputer anda (setting firewall)?
Begitulah cara saya troubleshoot jika saya tak dapat sambung ke Internet
Cara anda mungkin berbeza dengan saya, jadi apa kata kongsikannya?
-WK-
PS: Sesiapa yang berminat untuk belajar bagaimana membina laman web, bolehlah jenguk2 di sini
PSS: Terima kasih pada yang bertanya tentang bengkel blog
Sayangnya, bengkel ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti. Akan saya update nanti..


