Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?
by waidakmy on April 1, 2008
in Tips-Tips Komputer
Salam mesra semua
,
Apa yang kita nak buat kalau tak dapat masuk internet? Katakan saya nak masuk Google.com untuk cari sesuatu info. Klik berkali2 tak keluar juga website Google.com
Jadi, saya perlu cek ada atau tidak sambungan internet. Apa yang saya buat, ialah
1. Klik “Run”

2. Taip “cmd.exe” dalam kotak “Run”

3.Taip “ping www.google.com” pada kotak cmd.exe dan tekan “Enter”

Jika berjaya ujian “ping”, akan keluar statistik sebegini. Perhatikan kadar peratusan data hilang (0% loss), bermakna ada sambungan internet dari PC ke server dan seterusnya ke Internet.

Jika ujian “ping” tidak berjaya, seharusnya yang keluar adalah begini. Ini bermakna tiada sambungan internet. Ada juga kes, bila ujian ping dibuat, keputusannya statistik seperti di atas. Namun, peratusan kehilangan data nya tinggi, sama ada 75% atau 100%.

Beginilah untuk test sama ada PC anda bersambung ke internet atau tidak 
PS: Maaf kalau kualiti gambar kurang elok. Terpaksa kecilkan sebab tak muat nak letak dalam main layout. Tengah dalam proses cari template yang lebih besar..


