Macam mana nak curi kata laluan orang?
Apa khabar semua?
Maaflah. Tajuk kali ini hype sikit dari biasa heh. Kalau anda terkejut baca tajuk ni, saya lagi terkejut. Tidak sangka ada yang search keyword sebegini di Internet. Saya terjumpa keyword ini, sedang saya tengok2 keyword apa yang sebabkan anda semua sampai di blog Wanita & Komputer ni
Ada juga yang hantar emel pada saya, tentang satu program XX (nama di rahsiakan atas sebab2 tertentu). Fungsinya untuk curi password orang. Agak bahaya juga jika digunakan salah tempat huhu (saya harap perisian ini berbayar). Pastikan anda pasang password yang strong! Saya pun baru tahu kewujudan program ini bila search nama program ini. Sila berhati2
Saya pun dah ada sikit menyesal, sebab saya dah terbalas emel tu. Mujurlah saya hanya jawab definasi saja. Saya harap orang itu bertanyakannya untuk tujuan yang baik (hack ke akaun sendiri yang terlupa password contohnya, sangka baik ni
) Jika ada yang terlibat, tolonglah hentikan.
Cerita yang lebih kurang sama dari Alang, “Apabila Kos Hidup Semakin Tinggi dan Moral Semakin Rendah”
Macam2 fiil orang sekarang ni..
Update Info Pertandingan Komik
Berita baik! Pertandingan Komik di waidakmy.com belum tamat lagi! Saya telah buat keputusan untuk panjangkan tempoh sehingga ke hujung bulan ini (31/8). (Macam kejam pula suruh orang lukis komik dalam masa 2 minggu hehe). Jadi, masih ada 2 mingu lebih lagi untuk hantar lukisan komik anda pada saya. Jika anda tak boleh melukis, apa kata cari kawan yang boleh melukis dan anda buat ceritanya?
PS: Catzer, demam lagi ke? Tag tu saya buat post akan datang la. Baru perasan tag tu lepas dah tulis post ni heh
PPS: Lambat sikit saya post artikel baru. Saja bagi laluan kepada post Pertandingan Komik..


