Tips Membeli Software Bagi Peniaga Kecil

by on November 8, 2010
in Teknologi

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Dalam dunia penyedia sofwer, ada dua jenis sofwer yang dijual di pasaran.

A – Off-The-Shelf

Sofwer yang telah siap dibina untuk mass markets dan siap sedia dijual. Hanya selepas membelinya, kita perlu buat personalisasi mengikut kemahuan.

Contoh,

Microsoft Office

Adobe Professional

Auto-CAD

SAP

Kelebihan Off-The Shelf

1 – Harga tetap (walaupun ada pakej berbeza)

2 – Ada syarikat yang sentiasa menyokong dan mengemaskini sofwer

Kekurangan Off-The-Shelf

1 – Ia tidak khusus

2 – Sebahagian fungsi mungkin tidak memenuhi keperluan

B – Custom-Made

Sofwer yang dibina pembangun softwer khusus untuk keperluan kita. Sofwer yang kita bina sendiri, juga termasuk dalam kategori ini.

Contoh,

Sistem inventori yang kita bina menggunakan Microsoft Access

Kelebihan Custom-Made

1 – Dibina khusus untuk kita

2 – Memenuhi keperluan kita (pada masa ia dibina)

Kekurangan Custom-Made

1 – Harganya lebih mahal (termasuk upah membinanya)

2 – Kebergantungan tinggi kepada pembina softwer

Mengapa kita perlu tahu perbezaan ini?

Perkara penting dalam industri komputer adalah support (sokongan).

Mari kita fikir jawapan bagi soalan di bawah.

Adakah kita akan membeli komputer yang tiada support?

Jawapan saya, Ya dan Tidak

Ya, sekiranya kita sendiri mahir membaiki sendiri komputer.

Tidak, sekiranya kita tidak / kurang mahir membaiki sendiri komputer.

Begitulah juga sofwer :)

Semoga artikel di atas membantu peniaga bisnes kecil yang akan berkembang maju, Insya Allah!

Jumpa lagi!

-Waida Kmy-