Tips Komputer di Facebook

by on November 24, 2009
in Tips-Tips Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Sekadar ingin berkongsi tips-tips yang telah saya kongsi di Facebook saya. Sesiapa yang ada Facebook, bolehlah add saya sebagai rakan anda, di www.Facebook.com/waidakmy. Kalau boleh, perkenalkan diri anda sebagai pembaca saya (saya pun ingin tahu siapa pembaca-pembaca saya :) ).

Insya Allah, saya akan sentiasa kongsikan tips-tips komputer secara ringkas di Facebook saya dari semasa ke semasa.

Perkongsian | Apa yang kita isi di bahagian ‘Excerpt’ di WordPress, itulah yang keluar di RSS. Jika tidak diisi, RSS diambil secara automatik dari perenggan pertama artikel di blog | Tips – tuliskan ringkasan artikel yang sesuai untuk menambat hati pembaca supaya klik pada artikel kita. Jika tidak, beri saja RSS penuh!

Tip Komputer – Pasang plugin WP-Optimize pada blog WordPress. Boleh bantu buang draf artikel yang tersimpan automatik dalam database.

Tip Komputer – Jika sedang menulis di MS Word dan ia hang atau tertutup tiba-tiba. Jangan risau. Segera buka semula MS Word kerana ada fungsi ‘auto save’. Jangan buka fail yang telah disimpan. Masalahnya, data yang disimpan, mengikut waktu terakhir ‘auto save’ berfungsi. (Untuk selamat, tekan butang ‘Ctrl’ dan ‘S’ selalu! )

Tip Komputer – Boleh gunakan Facebook Lite jika Internet slow. Facebook Lite di http://lite.facebook.com

Tip Komputer (Facebook) – Untuk viralkan notes yang anda tulis (lagi-lagi yang feed automatik dari blog), tukar setting pada ‘Notes’. Pergi ke ‘Settings’, ‘Application Settings’ dan pilih ‘Edit Settings’ pada aplikasi ‘Notes’. Pada ‘Profile’, letaklah siapa yang anda ingin benarkan baca notes anda

Tip Komputer – Ada setting pada Facebook yang anda boleh letak, untuk mengelakkan orang yang tidak diingini dari membaca update status anda. Pergi ke ‘Settings’, ‘Privacy Settings’ dan pilih ‘Profile’. Pada ‘Status Updates’, pilih ‘Custom’, kemudian masukkan nama orang yang anda tidak gemar itu…

Tip Komputer – “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Namun, ter’send’ emel boleh di’undo’ lagi. Boleh cuba fungsi ‘Undo Send’ dalam Gmail. Klik ‘Settings’, ‘Labs’ dan enable fungsi ‘Undo Send’. (Nota: Hanya boleh ditarik beberapa saat selepas terhantar!)

Tips Komputer WK – Tutup apa-apa aplikasi dengan kekunci ‘Alt’ bersama ‘F4′ (Jika tiada aplikasi komputer yang terbuka, komputer pula yang ditutup nanti…)

Tips Komputer WK – Baru terfikir cara lain untuk backup fail – send emel dengan attachment kepada diri sendiri

Tips Komputer WK – Kadangkala kita ingin melukis segiempat sama atau bulatan dengan tepat. Jadi, tekan kekunci ‘shift’ ketika melukis dalam program image editor :)

Tip Komputer WK – Jika menulis di Word, guna kekunci ‘Home’ untuk ke pangkal baris dan ‘End’ ke hujung baris

Tip Komputer WK – Biasakan diri guna kekunci F2 untuk menamakan semula (rename) fail. Lebih senang!

Tip Komputer – Tukar ke program lain dengan tekan kekunci ‘Alt’ dan ‘Tab’. Boleh pilih program-program lain pada desktop dengan klik ‘Tab’ beberapa kali

Tip Komputer – Jangan ditutup terus plug komputer jika hang. Jika tiada reset button, tekan ‘power button’ lama-lama (jangan dilepas) sehingga komputer padam sendiri

Selamat mencuba tips-tips yang telah saya kongsikan ini!

Jumpa lagi :)

-WK-