4 Langkah Selesaikan Masalah Komputer

by on July 2, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

“Habis tu kalau tak format nak buat macam mana? Takkan nak biarkan macam tu jer?” komen Asrol dalam post saya yang lepas.

Untuk Apa Format Itu?

Bukanlah tidak boleh. Boleh, cuma bagi saya, format selalunya perkara terakhir dalam proses menyelesaikan masalah komputer. Saya biasa bertanya pada diri,

“Kalau aku format komputer, rasa-rasanya selesai tak masalah ni?”

Kadang-kadang, bukan satu saja penyelesaian yang datang, malah timbul pula idea alternatif. Mungkin ada yang mempersoalkan,

“Kau tak apalah, waida. kau tahu banyak perkara tentang komputer”

Jangan anggap saya begitu. Saya juga manusia biasa. Ada perkara yang saya tahu. Ada perkara juga yang di luar pengetahuan saya. Malah, ada pembaca blog ini yang lebih hebat ilmu komputernya dari saya :) Antaranya, K, Garfield, Shahrul, Dekan dan lain-lain lagi (sekadar menyebut beberapa nama). Ada antara mereka ini yang belajar secara formal lagi.

Jujurnya, saya hanya tahu dan minat tentang troubleshooting komputer, apabila saya memiliki komputer saya sendiri 9 tahun lepas. Saya memang berterima kasih pada masalah-masalah yang melanda komputer saya selama ini :D

Cumanya, saya yang bukan graduan IT ini, bolehlah cuba kongsikan apa proses menyelesaikan masalah (troubleshooting) yang saya lakukan. Mungkin ia dapat membantu anda, sebagaimana ia membantu saya.

Langkah-Langkah Troubleshooting Sendiri Komputer

1. Jangan Panik

Ya, jangan panik, walau komputer anda terbakar sekalipun :D Bila tenang, barulah anda boleh berfikir dengan jelas

2. Berkenal-kenalan Dengan Masalah

Apa saja notifikasi (pop up) yang keluar di komputer anda, hatta skrin biru (Blue Screen On Death) pun, jangan tutup atau abaikannya. Sebaliknya, salin apa yang diberitahu di situ walaupun anda tidak faham langsung apa yang disalin. Jika panjang, hanya salin yang utama saja.

3. Fahami Masalah

Ini proses yang memakan masa serta memerlukan kerajinan dan ketabahan anda. Biasalah, bukankah memang memakan masa untuk mengenali dan memahami seseorang? :)

Kata kunci yang sudah disalin di langkah 2 tadi, taip kesemuanya di enjin carian, sama ada Google atau Yahoo. Kebiasaannya, masalah yang kita hadapi itu, juga dialami orang lain.

Anda perlu saring satu persatu keputusan enjin carian yang terpapar.  Saya akui, bukan senang untuk menyaring penyelesaian yang ada. Saya sendiri pun kadang-kadang pening (rasa mahu muntah pun ada) melihat penyelesaian yang ada.

Tips Dari Saya

a – Gunakan (” “) ini sebelum dan selepas kata kunci yang anda masukkan dalam enjin carian

b – Cari masalah yang seakan-akan masalah anda. Jika tidak, abaikan saja

c – Selalunya penyelesaian lebih banyak dijumpai di forum-forum

4. Kategorikan Masalah

Berdasarkan penyelesaian yang anda jumpa, kategorikan masalah anda. Adakah ia masalah hardware (benda-benda fizikal, seperti kad grafik, printer, kad bunyi, RAM) atau software (benda-benda digital, contohnya perisian aplikasi seperti Microsoft Word, Adobe Reader, WinZip atau perisian Windows itu sendiri)

Jika ia satu masalah hardware, hantarlah ke kedai, jika anda tidak mempunyai keupayaan untuk membaikinya. Saya sendiri pun hantar ke kedai. Jika dibuktikan memang rosak, ia perlu diganti baru. Sambil-sambil hantar komponen itu ke kedai, tanyalah kenapa ia rosak. Untung-untung anda tahu kenapa ia boleh terjadi, dan boleh mengelakkannya kemudian hari.

Jika ia satu masalah software,

Jika perisian aplikasi? Saya lebih suka uninstall dan install saja semula perisian itu. Lebih mudah.

Jika perisian Windows? Bergantung kepada tahap kerosakan Windows anda. Selalunya, saya akan cuba baikinya (mengikut penyelesaian yang saya dah jumpa tadi) terlebih dulu, sebelum format. Itulah yang saya maksudkan sebagai format adalah langkah saya yang terakhir.

Ada Jalan Shortcut Tak?

Oh ya, jika rasa ia sesuatu yang susah dan menggunakan masa anda dengan banyak, jalan shortcut ada, iaitu hantar terus komputer ke kedai. Namun, haruslah bersedia untuk mengeluarkan wang. Sudah lumrah alam.

Mahu cepat dan mudah, mahal harganya
Mahu murah dan ringkas, lambatlah jawabnya
Mahu cepat, mudah dan murah, buatlah sendiri ya!

Ok, Apa yang anda buat bila hadapi masalah komputer?

Bacaan Tambahan: Bagaimana Format Komputer

-WK-

Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?

by on April 23, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

Lama dah saya tak pakai desktop kat rumah tu. Bila nak guna, tiba-tiba saja dah tak boleh akses Internet “, Zaki meluahkan masalahnya

Macam-macam kemungkinan itu. Boleh jadi network card yang rosak, atau ada masalah dengan network. Perlu check satu-satu, baru boleh tahu masalahnya di mana“, Hadi cuba membantu

Benar, apabila menghadapi masalah tidak boleh akses Internet, macam-macam kemungkinan yang ada. Jadi, kita memang perlu jadi ‘detektif sementara’ untuk siasat di mana punca masalah tidak boleh akses Internet itu ;)

Cara Detektif ‘WK’ Siasat Masalah Ini

Detektif WK

Sumber: Flickr

1. Semak hardware (network card atau adapter) elok atau tidak?

Untuk pastikan network card atau adapter saya elok, saya akan pastikan komponen ini dipaparkan dalam senarai ‘Device Manager’, tanpa ada sebarang ikon sebegini

Device Not Detected

Sumber: AskCreative

*Jika ada ikon seperti di atas, saya akan re-install balik driver untuk komponen ini

Bacaan Tambahan:

Bagaimana membuka Device Manager?

2. Uji sambungan Internet guna teknik Ping

Saya akan ping dua tempat ini, iaitu laman web Google dan default gateway bagi network. Jawapan yang saya terima untuk kedua-dua ujian ping ini, saya akan bandingkan dan fikir di manakah tempat bermula masalah akses Internet ini :)

Bacaan Tambahan:

Penerangan lanjut tentang teknik Ping

3. Selesaikan masalah!

Jika hardware yang rosak, saya akan gantikannya dengan network card atau adapter baru

Jika ada masalah dengan driver hardware, saya akan re-install atau dapatkan perisian driver dari sumber lain. Contohnya, laman web syarikat network card atau adapter

Jika router/modem yang bermasalah, saya akan cuba akses router dengan komputer lain untuk mengujinya (sama dengan langkah 1 dan 2). Andaikan masalah itu hanya terjadi pada komputer yang bersambung secara wireless dengan router terbabit, saya akan cuba pula sambung ke router menggunakan wayar. Ulang kembali ujian yang sama. Kalau sah router atau modem rosak, tukar dengan yang baru.

Jika ada masalah daripada router/modem ke penyedia Internet, saya akan telefon saja hotline Streamyx, Celcom Broadband atau Maxis Broadband :P

Begitulah cara Detektif WK menyelesaikan masalah kali ini, “Masalah Tidak Dapat Akses Internet”

Sekian laporan untuk kali ini…

Roger and Out :P

-WK-