Tutup buku lama, buka buku baru

by waidakmy on December 28, 2008
in Coretan WK

Salam dan apa khabar semua? :)

Dalam diam2, kita dah pun sampai ke penghujung 2008. 3 hari lagi, tahun baru 2009 dah bermula. Tahun baru Hijriah 1430 pula akan bermula selepas waktu Maghrib hari ini (jangan lupa baca doa hujung tahun dan doa awal tahun, ingatkan saya sendiri juga ni).

Tahun baru

Tahun baru 2009 yang gilang gemilang

2 tahun baru yang bakal kunjung tiba, membuatkan saya terfikir kembali apa yang dah berlaku dalam tahun 2008 ini.

Adakah tercapai perkara yang saya mahukan? Jika tercapai apa yang saya cita-citakan, adakah sepenuhnya, atau cuma separuh masak?

Tutup kisah 2008?

Merenung kembali kisah 2008 saya,

1- Blog Wanita & Komputer di WaidaKmy.com

Blog Wanita & Komputer ini, yang juga blog peribadi saya, dibina pada 13 Nov 2007. Dah pun genap setahun pada 13 Nov 2008 lepas. Dalam setahun ini, saya gembira dengan hasil trafik yang telah dicapai. Kalau dulu cuma 59 pelawat sebulan, kini telah mencecah 1500 pelawat sebulan.

Namun, ada juga perkara yang masih boleh ditingkatkan, terutamanya tentang kandungan blog Wanita & Komputer ini. Saya masih belum mencapai objektif yang saya inginkan disebabkan kandungan post ini saya kira belum sampai lagi ke golongan sasaran.

2- Ebook Panduan Asas cPanel di AsasCpanel.com

Ini merupakan laman web jualan saya yang pertama. Juga dibina pada tahun 2008. Banyak yang telah saya dapat dan belajar dengan menjual ebook Panduan Asas cPanel ini :) Apa yang pasti, tujuan utama saya membeli lesen Resell Right (RR) untuk ebook Asas cPanel ini tercapai, iaitu pengalaman menjual dan menguruskan pelanggan.

3- Menjadi sebahagian dari krew MajalahIM

Senyum saya sendiri bila mengenang kembali kisah ini. Apa yang terjadi sebelum saya menjadi sebahagian krew MajalahIM, saya emel pada Labanon tentang kesalahan ejaan pada edisi MajalahIM di awal2 dulu. Tup2, dapat emel dari CikMal kita hehe, mengajak untuk menjadi krew :) Apa2 pun, saya gembira dapat dapat berkenalan dan bekerja dengan semua krew MajalahIM.

4- Menubuhkan TriQuality bersama 2 lagi rakan, Copernicus dan NurMumtahanah

Ini juga tanpa dijangka. Tawaran proofreading yang dibuka Abanglong menemukan kami bertiga. Maka, tertubuhlah TriQuality, satu servis proofreading. Apa yang unik, kami semua sebaya hehe. Ini juga banyak menyedarkan saya tentang banyak perkara, yang selama ini sering saya baca di buku. Apa yang berbeza, saya rasainya sendiri, bukan sekadar dibaca. Itu sememangnya nilai pengalaman yang tak dapat ditukar ganti.

Tahun depan, 2009?

Fikir2kan tujuan hidup

Fikir2kan tujuan hidup kita

Merenung ke belakang sudah, kita pandang ke depan pula :) Jadi,ini antara target saya untuk tahun 2009, insya Allah

a) Blog Wanita & Komputer. Insya Allah, saya akan berusaha untuk memantapkan lagi kandungan blog ini supaya lebih berkualiti, relevan dan sampai kepada pembaca sasaran. Saya juga mahu tambahkan lagi bilangan komuniti (ya anda semua :) ) blog Wanita & Komputer ini

b) Website khas untuk tutorial komputer. Sudah dalam pembinaan awal. Ada penerangan langkah demi langkah dan bergambar. Yang pasti, ia tetap tak lari dari kata2, “Tips Mudah Komputer Khas untuk Wanita”

c) Menghasilkan buku komputer yang sesuai untuk wanita. Ya, ini antara impian saya, iaitu untuk menulis buku.

Ada lagi sebenarnya target saya tahun 2009 ini, tapi saya simpan saja lah :p Mana boleh beritahu semua :D

Apa pun, saya bersyukur dengan apa yang ada, dan telah terjadi dalam tahun 2008 ini. Namun, perjalanan saya masih panjang ke arah impian saya, iaitu kebebasan kewangan, insya Allah.

Hidup ini singkat saja, jadi live life your fullest! :)

Jadi, Apa matlamat 2009 anda?

PS: Tulisan kali ini sekadar coretan buat peringatan untuk diri saya dan juga sebagai rekod

PSS: Cara saya mencari impian hidup saya

PSSS: Cara saya menggapai impian hidup saya