Tutorial Asas Edit Gambar – siri akhir!!
Pembaca2 Wanita & Komputer sekalian,
Kita sambung balik Tutorial Asas Edit Gambar siri yang terakhir
(Klik untuk baca Siri 1 atau Siri 2)
Siri yang terakhir ini, saya akan tunjukkan gabungan beberapa tools yang pernah saya ceritakan dalam siri2 sebelumnya. Oh ya, sebelum saya lupa, software yang saya guna ni ACDSee versi 5. Program2 lain pun boleh juga, sebab tools yang ada lebih kurang serupa.

GAMBAR ASAL

HASIL AKHIR
Macam mana? Tertarik untuk tahu bagaimana nak dapat hasil sebegini?
Boleh rujuk video di bawah ini ye. (Video ini hasil usaha saya yang pertama hehe, jadi maafkan la kekurangannya eh
)
Jangan lupa untuk mencuba.
PS: Boleh rujuk Panduan Video Youtube Han yang pernah saya post sebelum ini, untuk download video ini. Boleh juga anda email saya untuk dapatkan video ini 
Tutorial Asas Edit Gambar – siri 2
Oklah, sambungan Tutorial Asas Edit Gambar artikel lepas (Klik di sini untuk baca Siri 1)
4. FLIP – Mirrorkan gambar sama ada ke kanan atau ke bawah

Gambar Asal
Selepas di-mirror ke kanan

Selepas di-mirror ke bawah
5. BRIGHTNESS DAN CONTRAST – Untuk mengubah kecerahan sesuatu gambar. Selalunya digunakan bersama2 untuk dapat hasil akhir yang best. Katakan anda tinggikan kadar brightness, anda perlu kurangkan kadar contrast untuk hasil gambar yang sempurna.

Gambar Asal

Selepas kadar Brightness dinaikkan lebih dari +50 (Contrast tetap di 0)

Selepas kadar Contrast diletak pada -100 (Brightness tetap di 0)
Kita sambung di artikel seterusnya
Saya akan tunjuk langkah demi langkah untuk edit gambar secara mudah.
Tutorial Asas Edit Gambar – siri 1
Salam pembaca2 wanita & komputer 
Macam mana layout baru ini? Terasa kurang warna sikit, tapi nampak kemas
Tu yang penting, senang sikit anda semua nak baca nanti. Penat juga mengerjakan projek hujung minggu tu hohoho, but it’s worth the hassle 
Lama dah plan nak tulis entri pasal Tutorial Asas Edit Gambar (sori mawar
) Baru kali ini, hajat tercapai hohoho. Sebelum tutorial asas edit gambar ini, saya nak sentuh dulu tools2 asas yang akan selalu kita jumpa dalam mana2 program edit gambar, macam ACDSee ke, Adobe Photoshop ke dll
1. RESIZE – Kecilkan saiz gambar, atau kurangkan saiz pixel. Macam2 cara nak resize, sama ada kecilkan ikut % atau pixel. Untuk pixel, anda tentukan tinggi & lebar gambar akhir yang anda mahu.

Saiz asal (100%)

Saiz 50%
BONUS TIPS – Semasa cuba tools resize ini, jika anda tak berpuas hati dengan hasil yang didapati, undo sahaja langkah sebelum itu, dan cuba langkah lain pula. Katakan saiz 50% tak tepati apa yang anda nak, klik undo untuk kembalikan gambar ke saiz asal. Selepas itu, barulah teruskan dengan resize ke 30%. Begitulah.
2. ROTATE – Pusingkan gambar sama ada 90o, 180o , 270o malah 45o pun boleh.

Gambar Asal

Gambar Selepas Pusingan 180o
3. CROP – Potong gambar, atau buang sebahagian gambar.

Gambar Asal
Gambar Selepas Crop
Cukup setakat ini
, kita sambung lain kali
Jangan lupa cuba ye!!
PS: Jangan pula save ke atas fail yang asal bila anda nak cuba2 tools di atas. Save As dengan nama lain terlebih dulu


