Kisah WaidaKmy dan Grafik Kadnya…

by on August 25, 2008
in Coretan WK, Tips-Tips Komputer

Salam mesra semua :)

Aduhai, baru tersedar tak update blog Wanita & Komputer lagi. Rasa2 macam baru je tulis post minggu lepas :P

Update Berita WaidaKmy.com

Jumaat dan Sabtu lepas, server untuk blog WaidaKmy.com telah selamat diupgrade oleh pihak hosting, Ecommercemastery.com. Harap2nya server ini makin mantap dan hebat, Insya Allah…

Kisah WaidaKmy dan Grafik Kadnya

Pengalaman 4ourth dengan grafik kadnya mengingatkan saya tentang pengalaman dengan grafik kad saya sendiri. Sampai sekarang bawa masalah juga kadang2, cuma saya malas mahu layan saja :P

Kisahnya bermula bila saya nekad mahu tambah grafik kad pada komputer desktop. Tension bila beli CD game RPG, tapi tak boleh main sebab minimum specs untuk grafik asyik tak cukup. Akhirnya, beli grafik kad NVIDIA GeForce Fx 5500. Kenapa saya beli brand ini pun, saya dah tak ingat. Sebab harga kot :P

Periksa Motherboard Sebelum Membeli

Oh ya, sebelum beli tu, saya periksa dulu motherboard PC saya tu, boleh upgrade grafik kad atau tidak. Perlu tahu, ada slot kosong atau tidak pada motherboard (Saya pun baru belajar masa itu, pertama kali upgrade sendiri katakan). Perlu juga tahu, nak gunakan grafik kad jenis interface AGP, PCI atau PCI-E (Mulai 2008, kebanyakan grafik kad dari ATI dan Nvidia berformat PCI-E). Saya beli grafik kad jenis interface AGP.

Nak pasang pun tak susah. Hanya buka casing CPU, dan masukkan grafik kad pada slotnya. Di Internet, ada website yang terangkan step by step siap dengan gambar :) Lepas tu, memang seronok tak terkata lah dapat bermain game RPG :D

Masalah pun bermula bila…

Masalah bermula, bila komponen dalam grafik kad tu mula meletup (adik saya tengah main “Around the world in 80 Days” masa tu). Memandangkan kad tu masih dalam waranti, saya pun hantar ke kedai untuk dibaiki. Apa yang saya perasan, perkakasan elektrik/elektronik susah untuk elok kembali walaupun setelah dibaiki.

Dalam beberapa bulan, ianya dah siap dibaiki. Guna untuk biasa2 saja. Dah serik main game yang terlalu tinggi rendering-nya :P . Tapi, macam yang saya kata, grafik kad ni kembali rosak, tapi kali ni tak ada bunyi meletup lah. Setelah dibaiki kali pertama dulu, waranti saya bertambah setahun lagi. Jadi, dapat baiki secara percuma lagi :D . Bukannya sengaja, dah rosak dalam waranti lagi sekali, nak buat macam mana kan?

Adakah ini puncanya?

Pelik juga, kenapa rosak sampai 2 kali. Apalagi, saya pun mula cari info di Internet. Rupa2nya, mengikut forum yang saya baca, rata2 nya menghadapi masalah dengan model motherboard yang saya pakai, ECS P4M800PRO-M. Ada juga yang berkata, model motherboard ini tak sesuai untuk letak grafik kad. (Sumber tak dapat diingat kerana cerita ini dah terlalu lama berlaku)

Sampai sekarang, saya memang tak tahu lah kenapa. Mungkin grafik kad. Mungkin juga motherboard yang bermasalah. Saya pasrah saja. Selagi motherboard masih boleh dipakai, saya tak akan tukar. Grafik kad pun setelah dibaiki, masih elok sampai sekarang. Ia akan jadi un-detected sebab longgar dari slotnya, bila saya terlanggar CPU. Terpaksalah buka casing CPU dan ketatkan kembali grafik kad pada slotnya.

Ulasan Cadangan No. 1

Sebab itu lah, saya kata pada 4ourth, mungkin lebih berbaloi untuk membeli motherboard baru yang bagus. Terpulanglah, lain komputer lain halnya :)

Bab kena ketuk tu biasalah, sebab tu kena cuba faham2kan juga apa yang ada dalam komputer anda. Berurusanlah dengan mereka yang anda rasa boleh percaya. Saya pun selalu kena ketuk juga bila hantar kereta ke workshop. Perempuan kan? Jadi, saya cuba untuk faham juga apa yang ada dalam kereta. Sekurang2nya saya boleh persoalkan mechanic tu balik :)

PS: Bukan nak memburukkan mana2 brand yang disebut dalam entri kali ini. Sekadar berkongsi pengalaman :)