Tak perlu risau dijangkiti virus
by waidakmy on January 25, 2009
in Sekuriti, Tips-Tips Komputer
Salam dan apa khabar semua?
Pagi ini, terbaca pula tentang virus Conficker / Downadup di forum WangCyber. Jadi, kawan2 semua (ya! termasuk anda yang sedang membaca tu
), sila berhati2 dengan virus Conficker ini, tapi tak perlu panik.
Untuk menghadapi masalah virus, apa yang penting adalah
menguatkan kubu pertahanan
komputer anda dan
mengurangkan risiko dijangkiti
Bagaimana menguatkan kubu komputer anda?
Dalam komputer anda, mesti ada 3 perisian ini,
1 – Antivirus
2 – Antispyware
3 – Firewall
Nota – Ada perisian antivirus yang ada fungsi antispyware juga, jadi anda hanya perlukan satu saja perisian.
1 – Apa perisian antivirus yang bagus?
Kalau saya?
Kalau orang lain?
Boleh baca di sini (lihat di senarai komen)
2 – Apa perisian Antispyware yang bagus?
Kalau saya?
AVG, Spybot S&D atau Lavasoft
Kalau orang lain?
Apa kata anda? hehe
3 – Apa perisian Firewall yang bagus?
Kalau saya?
Kalau orang lain?
Anda rasa apa yang bagus?
Bagaimana mengurangkan risiko dijangkiti virus?
1 – Update ketiga-tiga komponen di atas. WAJIB. Tiada kompromi. Anda perlu selalu update antivirus dan antispyware. Kalau boleh setkan fungsi update tu automatik. (Firewall tak mengapa jika tidak di-update selalu)
2 – Gunakan apa saja browser kecuali Internet Explorer. Firefox ada, Opera pun ada
3 – Matikan fungsi Remote Assistance. Cara mematikan fungsi Remote Assistance.
4 – Pasang password pada komputer. Tips password yang bagus, dan cara memasang password.
5 – Jauhi laman web yang XXX
6 – Buang tabiat mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (ada laman web sebegini yang mengandungi virus)
7 – Kurangkan penggunaan MiRC, Kazaa, Limewire dan program P2P yang lain.
8 – Scan thumbdrive terlebih dulu sebelum buka
9 – Berhati2 membuka emel yang tidak diketahui, termasuk attachment-nya sekali. Lagi bagus, tandakan emel itu sebagai SPAM, atau, amalkan tabiat ini.
Ini antara cara2 saya mengurangkan risiko dijangkiti virus, dan seterusnya menjadikan komputer saya selamat. Alhamdulillah, tiada lagi jangkitan virus yang teruk pada komputer saya setakat ini. Banyak lagi perkara gembira yang kita boleh buat, selain dari menyelesaikan masalah virus ini
Antaranya? Bermain game hehe
-WK-
PS: Yang dah terkena virus? Tengok cara saya dan gunakannya. Kalau rasa susah, minta tolong kawan yang pandai, atau hantar ke kedai


