Ikut atau Tidak Trend Teknologi?

by on May 16, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Hajat di hati untuk menulis tentang ‘Registry’. Tetapi, post sebegini memakan masa kerana saya perlu banyak membaca dan mengkaji dulu, supaya mudah untuk saya terangkan kepada anda apa itu registry dalam bahasa yang mudah.

Saya pasti, anda lebih suka saya update blog Wanita & Komputer ini sekarang, daripada 2,3 hari nanti, kan? kan? :D

Mengikut Trend Teknologi atau Tidak?

Too Much Gadgets

Kredit kepada Flickr: Alvy

Sambil duduk-duduk tadi, saya terfikir yang macam-macam stail gajet dah ada sekarang. Tak perlu pergi jauh. Tengok dua kategori saja sudah cukup, contohnya, data storage dan handphone.

Data Storage?

Awal-awal dulu semua pakai disket. Kemudian pakai CD pula. Selepas itu, USB thumbdrive pula yang popular. Apabila banyak format fail melibatkan gambar, lagu dan filem, DVD dan USB thumbdrive yang berGiga-giga pula yang diperkenalkan.

Terbaru USB thumbdrive 4Giga (ke 8Giga) pula ya?

Handphone?

Kalau sebut tentang handphone pula, tentu Apple iPhone yang paling hangat di Malaysia sekarang. Hari-hari tengok iklan iPhone tepi terowong KL Convention Centre pun dah terasa macam nak beli je hehe

iPhone at KLCC

Kredit gambar: Maro^gal

Tetapi…

Perlu ke semua itu?

Walaupun, saya sukakan teknologi dan suka cuci mata tengok gajet-gajet terkini, saya jarang untuk mengikut trend terkini. Komputer pertama saya, masih lagi komputer yang saya pakai sehingga kini. Sudah pun 8 tahun usianya (saya ni jenis yang setia :P ) Handphone yang saya pakai sekarang pun baru yang ke-4, sejak tahun 2000.

Kalau nak diturutkan kata hati dan beli semua teknologi, jawabnya kering dan kempislah poket saya. Lagi baik saya gunakan duit itu untuk backpacking ke seluruh dunia :D

Saya hanya membeli gajet mengikut keperluan saja. Kalau tak guna, tak belilah jawabnya. Senang cerita.

Pendek kata,

Saya memang tidak mengikut trend teknologi (and proud of it!)

Anda pula bagaimana?

Saya mahu dengar pendapat anda, tidak kira anda siapa pun. Jangan segan-segan ye ;)

-WK-

PS: Maafkan saya jika ada post-post dummy yang mengganggu kotak inbox anda semua. Saya sebenarnya sedang cuba Windows Live Writer. Software yang cool! Senang saya nak update blog kalau ada masalah nak akses blog ini dari Internet tiba-tiba

Bila animation melawan animator

by on May 2, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa Khabar? :)

2,3 hari lepas hidup saya penuh dengan aktiviti. Terasa seperti bukan cuti saja :P Ada emel anda yang belum sempat saya balas. Saya ambil masa sikit untuk balas supaya sesuai dengan apa yang anda tanya :)

Aktiviti WK

1 May 2008

Majalah IM Mei 2008 dengan tajuk “Buat Duit Dengan Blog” selamat diterbitkan. Jujurnya, ini antara isu yang saya gemar :D (Ehem2 jangan lupa tengok Kata Editor :P )

2 May 2008

Hadiri FaceBook Developer Garage Cyberjaya di Cyberjaya

  • Kenali beberapa orang baru yang best!
  • Ada rough ideas tentang FaceBook application

Ada juga aktiviti peribadi yang tak dapat ditulis di sini ehehe

Oklah, selamat nikmati hujung minggu anda yang masih berbaki dengan video di bawah!

PS: Post yang betul, Insya Allah saya tulis esok. Hari ini cuma teaser sementara menunggu saya download sesuatu :P