Siap Ubahsuai Fasa Pertama
by waidakmy on July 13, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
Alhamdulillah selesai juga fasa pertama mengubahsuai reka bentuk blog ini, setelah seminggu mengerjakannya – mencari layout baru, test drive layout sebelum diubahsuai, jumpa yang sesuai, ubah suai!
Apa Yang Berubah?
1 – Reka bentuk 2 column yang minimalis
Saya mendapati ramai juga pembaca blog ini yang menggunakan Internet Explorer (walaupun saya tidak – jawapannya di sini). Dengan IE, sidebar layout blog saya yang lama akan turun ke bawah, tetapi tidak dengan Firefox. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menggunakan reka bentuk yang ada 2 column saja. Jadi, tidak kiralah browser apa yang anda gunakan, rekabentuk blog ini tetap sama
2 – Ruang ‘Pembaca Setia WK’ diwujudkan
Dulu, saya menawarkan secara percuma ebook ‘Panduan Convert MS Word Kepada PDF’, dan jika mereka berminat, bolehlah mereka terus mendapat update daripada saya tentang blog ini melalui emel.
Tetapi, akhir-akhir ini, ada pula yang bertanya bagaimana menjadi ahli untuk blog ini. Pelik juga saya sebenarnya, sebab tiada ruangan ahli. Namun, saya terfikir, kenapa tidak wujudkan ruangan ‘Pembaca Setia WK’ untuk mudahkan anda semua menerima artikel-artikel terkini?
Boleh dapatkan maklumat lanjut ‘Pembaca Setia WK’ di sini
==========================================
Ada lagi sebenarnya yang saya ingin masukkan, tetapi biarlah saya rahsiakannya dulu
Jadi, nantikan gelombang fasa kedua blog Wanita & Komputer pula!!
Sampai di sini dulu, sebelum saya tulis tips komputer di lain hari pula
-WK-
PS: Saya ada memberi peluang kepada pembaca newsletter saya (ya, mereka saja) untuk mencadangkan topik ebook saya yang terbaru. Sekiranya, topik mereka terpilih, mereka berpeluang untuk mendapat ebook saya secara percuma. Oh ya, ada 3 salinan yang akan diberi percuma, bermakna ada 3 orang yang akan mendapatnya nanti! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melanggan newsletter saya (psstt cara pertama saja tau! )
Rancang dan gapailah apa yang anda mahu
by waidakmy on June 18, 2009
in Coretan WK, Motivasi
Salam dan Apa khabar?
Bahaya sungguh apabila tidak update blog lebih daripada 2 minggu. Mahu dapatkan kembali momentum untuk menulis memang berat. Beratnya bagaikan mahu memulakan langkah pertama setelah berada dalam zon selesa.
Saya teringat pula buku yang saya baca, “Who moved my cheese?” dan ternyatalah manusia memang kurang gemar perubahan yang jauh daripada kebiasaannya. Sedangkan, kita perlu berubah untuk terus kekal hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Saya juga mahu begitu. Hidup yang bermakna dan seronok sekali untuk dikenang-kenang.
Membaca entri Catzer, juga mendorong saya muhasabah kembali cita-cita yang telah saya tulis di awal tahun dulu. Ringkasnya, ada yang dicapai, ada yang tidak. Ada yang tanpa disangka-sangka, muncul dalam hidup saya. Itulah kuasa Law of Attraction
Target 2009
1 – Blog Wanita & Komputer Yang Lebih Berkualiti, Lebih Ramai Golongan Pembacanya
Sasaran yang tercapai
- Bilangan pembaca meningkat
- Sudah 200 entri
- Ayat dan bahasa entri yang lebih matang
Ini antara target untuk blog ini, yang saya letak hujung tahun lepas. Mungkin tidak signifikan bagi anda, tapi ia signifikan bagi saya
Terima kasih yang tak jemu-jemu menyokong saya!!
Sasaran 6 bulan yang berbaki lagi
- Design baru yang lebih kemas (sudah pasti berwarna biru!)
- Susun atur entri yang lebih teratur
- Artikel dikategorikan dengan betul
- Gaya artikel yang pelbagai
- Bahasa artikel yang sesuai untuk pelbagai golongan
2 – Website Khas Untuk Tutorial Komputer
Saya telah scrap off projek ini di awal tahun lagi apabila mendapati ianya tidak begitu praktikal buat masa ini. Saya putuskan untuk sekalikan saja dengan blog utama ini. Cumanya, apabila melibatkan tutorial, ia agak memakan masa saya
Tak mengapa, saya akan usahakan 1 tutorial dalam 1 bulan (Senang je kan, waida..yosh!)
C) Menulis Buku Komputer
Masih dalam perancangan. Tidak mengapa, ada berbaki 6 bulan lagi untuk saya laksanakan, Insya Allah
Bagaimana dengan perancangan anda?
Saya tag rakan-rakan blogger saya di bawah untuk jawab soalan saya di blog anda
CikMal, Irfan, Zahari, TMUkmkd, Hazman, Fatin, Milsum
Wassalam
PS: GrafikMaya.com dah dilancarkan…
Coretan waidakmy
Apa khabar semua
,
Opps, 5 hari lamanya saya tak tulis post baru (huhuh). Maafkan saya
. Sibuk mengerjakan blog ini, sampai satu hari tu saya berjaga sampai ke tengah malam (nak setelkan masalah tu juga, kalau tak, rasa tak puas hati, hoho)
Selain dari proses upgrade blog ini ke versi yang lebih baru, saya juga ada buat beberapa perubahan. Antaranya, anda semua boleh lihat, iaitu template. Bukan saja2 nak tukar ni, tapi saya perlukan space penulisan yang lebih besar sebab mudah letak gambar. Mesra mata sikit lah harapnya gambar2 tu lepas ni hoho
Malangnya, template baru ini, tak boleh letak fungsi yang saya selalu buat, huhu. (Ada nak kena cari template baru lagi ni huhuh). Jika dulu anda perasan, ada senarai post2 lain yang berkaitan untuk setiap post yang saya buat. Nampaknya, selepas ini, untuk pergi ke post2 lain, anda perlu gunakan link di sebelah kanan.
Saya juga nak buat senarai post2 yang pernah saya tulis dalam satu page. Sama juga, tak berjaya lagi sampai sekarang. Huhu, kena ambil masa bertanya pakcik Google ni
. Masalah paling besar saya rasa, kurang mahir dengan php coding. Kalau tak, mudah saja saya rasa (cewah).
Sebenarnya, jika anda nak tahu, saya dah pun beli pakej template untuk blog2 saya. Malangya, bila nak guna template ni, huhu, tak boleh nak ubah sesenang itu saja. Saya terlupa pula nak cek ada widget atau tidak. Membazir begitu saja la jawabnya hohoho. Ada sesiapa nak tawarkan khidmat buat template untuk saya? Ngeh3
Saya membebel saja hari ini. Maaflah baca luahan perasaan tak seberapa ni hua hua hua. Post akan datang, saya akan sertakan tips2 
PS: Jangan lupa berkunjung ke PC Fair di KL Convention Centre 11 -13 April ini
. Jika anda bukan seorang yang sukakan kesesakan (seperti saya), tak perlu pergi ke PC Fair. Sebaliknya, pergi ke Low Yat saja sudah cukup. Anda akan dapat harga promotion yang lebih kurang sama…
PPS: Book Fair juga berakhir hujung minggu ini (kalau tak silap)..di PWTC ye..kedua2 nya pun saya ingin pergi…huu..
Pengumuman overhaul :D
Apa khabar semua
,
Post kali ini, tiada tips untuk anda semua, lain kali saja hoho.
Cuma nak beritahu, saya nak buat major overhaul (cewah) pada blog Wanita & Komputer pada hujung minggu ni. (Overhaul tu maknanya lebih kurang maintenance aje ngeh3, saje je pakai perkataan yang engineer selalu pakai
)
Harap2nya dapat selesaikan hujung minggu ni, sebabnya dalam hujung minggu ni juga, cousin saya kahwin. Jadi,ada sibuk sikit.
Nantikan la apa perubahannya nanti, hohoho.
Sekali sekala kena berubah angin ye tak? Nanti mendak pula 
Jumpa lagi dengan tips lain akan datang, harapnya dengan perubahan yang bagus lah hehe dan sempat disiapkan dengan cepat
kenapa wanita & komputer?
by waidakmy on November 21, 2007
in Coretan WK, Umum
Update pada 11/12/08: sedikit pengubahsuaian info dan penambahan link
Yeah!! pada pukul 10.30mlm 21/11 /2007 wanita & komputer dah berjaya dihasilkan
(Siap untuk tulis artikel yang no 1 sebenarnya ehehe)
Untuk siapa wanita & komputer?
Terfikir2 tak kenapa wanita & komputer?? sebabnya belum ada lagi (setakat pada masa post ini ditulis lah kan heh) blog tentang komputer yang fokus untuk wanita.
Untuk lelaki memang banyak dah, jadi tak usahlah saya tambah lagi kan? Itu la agaknya kenapa orang mesti kaitkan komputer dengan lelaki.
Kenapa anda perlu baca blog ini?
Cuba bayangkan yang repair komputer anda wanita? Kan cool tu
Lagi satu, lebih seronok kan kalau boleh faham bila lelaki berborak tentang komputer. Takpun tumpang sekaki berborak
Tidak pun sekurang2nya bila anda nak membeli komputer, anda faham sedikit sebanyak apa yang jurujual tu nak jual pada anda. Tidaklah anda tertipu. Seronok kan?
Apa yang ada di blog ini?
Dengan alasan2 kukuh di atas
, anda boleh dapat tips2 dan teknik2 yang dah saya gunakan selama ni. Memang terbukti dan telah diguna pakai. Saya tak akan cerita sesuatu yang saya sendiri pun tak tahu. Cukuplah untuk saya survive sampai belum lagi ada niat nak campak komputer kat tasik utp tu hihi (perkara yang selalunya budak2 utp cakap bila komputer rosak hehe)
PS: Lagi buat saya berkobar2 (cewah) nak share bila kawan saya cakap “saya tak reti sangat bab2 komputer ni”. senang la lepas ni, suruh dia baca wanita & komputer saja
PPS: Saya akan kongsikan Tips no 1 – Macam mana nak keluarkan CD masa komputer dah pun off?



