Internet dan WiFi di WK
by waidakmy on March 21, 2010
in Asas Internet
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Sedikit mod diam ketika ini.
Juga sibuk membeli belah di Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. (Buat pencinta buku, jangan lepaskan peluang untuk datang!)
Sedikit pesanan buat pembaca blog Wanita & Komputer, pastikan emel yang dimasukkan betul sebelum klik butang ‘send’ di page hubungi saya ya? Sayang benar jika balasan mesej saya tidak sampai kepada Tuan Puan kerana maklumat emelnya salah.
Buat Airin dan pembaca blog ini yang ingin mendapatkan kemudahan WiFi di mana-mana, artikel saya di bawah ini istimewa untuk Tuan Puan. Artikel lama yang pernah saya tulis dahulu, tetapi masih berguna!
1 – Apa beza WiFi dan Wimax?
Bunyi yang seakan-akan sama tetapi tidak serupa
http://waidakmy.com/teknologi/apa-itu-wifi-dan-wimax/
2 -WiFi-kan Streamyx
Bagaimana berkongsi Internet yang kita langgan? Contoh Streamyx. Aplikasi WiFi juga ada dikongsikan di sini.
http://waidakmy.com/teknologi/kisah-kirana-berkongsi-streamyx/
3 – Peralatan untuk WiFi-kan komputer kita
Ada yang bertanya apa yang diperlukan untuk detect WiFi di laptop atau desktop. Artikel ini khusus untuk Tuan Puan!
http://waidakmy.com/teknologi/apa-yang-kirana-perlu-untuk-wifi-kan-streamyx/
4 – Lindungi WiFi daripada di’curi’.
Jangan diabaikan aspek sekuriti WiFi kita. Salahkan diri kita sendiri, jika WiFi kita di’tumpangi’ orang
http://waidakmy.com/teknologi/bagaimana-melindungi-wifi-anda/
Oh ya, baca juga komen bernas rakan-rakan pada setiap artikel. Berguna dan memberi nilai tambah kepada Tuan Puan!
Semoga membantu apa yang saya kumpulkan ini.
Jumpa lagi (di Pesta Buku mungkin?)
-WK-
Bagaimana melindungi WiFi anda?
Salam dan Apa khabar?
Seperti yang dijanjikan, jom kita soroti kisah terakhir tentang Kirana dan WiFi nya
Jika anda blur dengan kisah Kirana ini, anda mungkin perlu baca episod 1 dan episod 2 terlebih dulu
Kirana dan rakan2 serumahnya mula seronok dengan sambungan Internet ini. Hampir semua perkara kalau boleh mahu menggunakan Internet. Bayar bil dengan Maybank2u, shopping barang2 Kugeeku pun di Internet juga
Masalah pun bermula
Seminggu berlalu…
“Eh nape sambungan streamyx kita ni makin slow ek?” Rozana bertanya kepada Kirana
“Tulah..ingatkan aku sorang je yang rasa camtu. Dah la satu malam tu, aku sorang je yang guna tapi slow sangat. Slow dia cam ramai je guna” Kirana bersetuju dengan Rozana
Apa yang terjadi?
“Ntah2 ada orang tumpang streamyx kita nih. Kalau tak, takkan lampu kat router tuh kelip2 lagi lepas aku dah off komputer” Kirana membuat spekulasinya sendiri
Walaupun Streamyx menghadapi masalah teknikal (sepatutnya telah selesai selepas 5 Mac 2009 seperti yang dijanji TM), jika masalah di atas berlaku, mungkin ada free rider dalam wireless LAN anda
Free rider atau maksudnya tumpang percuma, tidak akan menjadi masalah jika wireless LAN anda itu percuma. Mana lah tahu, anda buka kedai makan yang ada wireless LAN percuma ke
Namun, ia menjadi satu masalah jika anda membayar caj Streamyx tetapi Streamyx anda ditumpang oleh orang lain secara percuma. Lebih menyakitkan hati, free rider ini conquer pula Streamyx anda dengan aktiviti download movie dan lagu
Siapa yang patut dipersalahkan?
Walaupun perbuatan free rider ini salah, pemilik Wireless LAN yang patut dipersalahkan kerana tidak melindungi wireless LAN nya sendiri. Jika wireless LAN nya dilindungi, tidak akan ada isu free rider ini
Bagaimana melindungi wireless LAN?
Untuk melindungi wireless LAN anda, ada 3 cara yang boleh digunapakai, iaitu
1. WEP – Wired Equivalency Privacy
Cara pertama, WEP sudah tidak selamat lagi (saja saya letak di sini, supaya jika ada sesiapa yang guna WEP silalah bertukar kepada 2 cara lagi )
2. WPA – WiFi Protected Access
Cara kedua, WPA adalah lanjutan dari WEP sebenarnya kerana ia menyelesaikan masalah yang ada dalam WEP. Kalau anda perasan, sesetengah tempat yang ada WiFi (seperti hotel) memerlukan anda login dengan username dan password khas. Itulah WiFi yang menggunakan WPA
(Jujurnya, saya tidak pernah guna cara ini, jadi saya tidak berapa familiar dengan kaedah ini)
3. MAC Address – Media Access Control Address
Cara yang ketiga ini, MAC adalah cara yang tidak memerlukan password. Untuk pengetahuan anda, setiap komputer kita ada MAC address yang unik. Mungkin ada yang ingat ia sama seperti IP address. Ia tidak sama seperti IP address kerana MAC address adalah ‘alamat’ bagi setiap perkakasan (hardware)
Contohnya, selama ini, anda melayari Internet dengan WiFi adaptor brand A. Katakan tiba2 ia rosak, anda pun membeli WiFi adaptor brand B pula. MAC address brand B dan brand A adalah berlainan, walaupun anda mungkin menggunakan IP address yang sama
Jika Kirana berminat dengan cara ini, dia perlu mendaftar semua MAC address komputernya dan rakan serumahnya semasa mengkonfigurasikan router. Jadi, router hanya membenarkan MAC address yang didaftar saja dan menyekat secara automatik MAC address asing
Kedua2 cara ini ada kelebihan dan kekurangannya. Paling penting sekali adalah melindungi WiFi anda daripada diceroboh
-WK-
Apa itu WiFi dan WiMax?
Salam dan Apa khabar semua?
Tak sangka planning saya untuk bercuti sekejap dipanjangkan lagi hehe gara2 terkena chicken pox. Tak pasal2 dapat cuti tambahan selama seminggu. Penat berjalan2 seharian di Geylang, Clarke Quay, dan China Town agaknya. Harap2 tiadalah orang dalam MRT yang terjangkit dari saya
Jadi, be careful for what you wish for!
Atas permintaan seorang pembaca setia WaidaKmy.com, saya akan sentuh tentang WiFi dan WiMax dalam post kali ini.
Apa itu WiFi dan WiMax?
WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk akses ke Internet.
Apa beza WiFi dan WiMax?
Konsep asas WiFi dan WiMax adalah lebih kurang sama, namun apa yang berbeza adalah WiMax jauh lebih laju, lebih luas liputannya dan boleh digunakan oleh ramai orang.
Lihat gambarajah di bawah (Nota: Jarak yang ditulis adalah sebagai anggaran saja)

Aplikasi WiFi dan WiMax berbeza
Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain2.
WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer2 dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain2.
Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer2 di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara.
Oleh itu, walaupun WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar, kedua2nya adalah berbeza dari segi aplikasinya. Malah tak boleh dibandingkan secara terus sebab kegunaan kedua2nya berbeza.
Nota: Artikel di atas diolah semula dari HowStuffWorks
PS: Artikel ini sepatutnya ditulis semalam, tapi ada sedikit masalah teknikal. Maaf ya..


