Bagaimana melindungi WiFi anda?

by on March 7, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Seperti yang dijanjikan, jom kita soroti kisah terakhir tentang Kirana dan WiFi nya

Jika anda blur dengan kisah Kirana ini, anda mungkin perlu baca episod 1 dan episod 2 terlebih dulu :)

Kirana dan rakan2 serumahnya mula seronok dengan sambungan Internet ini. Hampir semua perkara kalau boleh mahu menggunakan Internet. Bayar bil dengan Maybank2u, shopping barang2 Kugeeku pun di Internet juga

Masalah pun bermula

Seminggu berlalu…

“Eh nape sambungan streamyx kita ni makin slow ek?” Rozana bertanya kepada Kirana

“Tulah..ingatkan aku sorang je yang rasa camtu. Dah la satu malam tu, aku sorang je yang guna tapi slow sangat. Slow dia cam ramai je guna” Kirana bersetuju dengan Rozana

Apa yang terjadi?

“Ntah2 ada orang tumpang streamyx kita nih. Kalau tak, takkan lampu kat router tuh kelip2 lagi lepas aku dah off komputer” Kirana membuat spekulasinya sendiri

Walaupun Streamyx menghadapi masalah teknikal (sepatutnya telah selesai selepas 5 Mac 2009 seperti yang dijanji TM), jika masalah di atas berlaku, mungkin ada free rider dalam wireless LAN anda

Free rider atau maksudnya tumpang percuma, tidak akan menjadi masalah jika wireless LAN anda itu percuma. Mana lah tahu, anda buka kedai makan yang ada wireless LAN percuma ke

Namun, ia menjadi satu masalah jika anda membayar caj Streamyx tetapi Streamyx anda ditumpang oleh orang lain secara percuma. Lebih menyakitkan hati, free rider ini conquer pula Streamyx anda dengan aktiviti download movie dan lagu

Siapa yang patut dipersalahkan?

Walaupun perbuatan free rider ini salah, pemilik Wireless LAN yang patut dipersalahkan kerana tidak melindungi wireless LAN nya sendiri. Jika wireless LAN nya dilindungi, tidak akan ada isu free rider ini

Bagaimana melindungi wireless LAN?

Untuk melindungi wireless LAN anda, ada 3 cara yang boleh digunapakai, iaitu

1. WEP – Wired Equivalency Privacy

Cara pertama, WEP sudah tidak selamat lagi (saja saya letak di sini, supaya jika ada sesiapa yang guna WEP silalah bertukar kepada 2 cara lagi )

2. WPA – WiFi Protected Access

Cara kedua, WPA adalah lanjutan dari WEP sebenarnya kerana ia menyelesaikan masalah yang ada dalam WEP. Kalau anda perasan, sesetengah tempat yang ada WiFi (seperti hotel) memerlukan anda login dengan username dan password khas. Itulah WiFi yang menggunakan WPA

(Jujurnya, saya tidak pernah guna cara ini, jadi saya tidak berapa familiar dengan kaedah ini)

3. MAC Address – Media Access Control Address

Cara yang ketiga ini, MAC adalah cara yang tidak memerlukan password. Untuk pengetahuan anda, setiap komputer kita ada MAC address yang unik. Mungkin ada yang ingat ia sama seperti IP address. Ia tidak sama seperti IP address kerana MAC address adalah ‘alamat’ bagi setiap perkakasan (hardware)

Contohnya, selama ini, anda melayari Internet dengan WiFi adaptor brand A. Katakan tiba2 ia rosak, anda pun membeli WiFi adaptor brand B pula. MAC address brand B dan brand A adalah berlainan, walaupun anda mungkin menggunakan IP address yang sama

Jika Kirana berminat dengan cara ini, dia perlu mendaftar semua MAC address komputernya dan rakan serumahnya semasa mengkonfigurasikan router. Jadi, router hanya membenarkan MAC address yang didaftar saja dan menyekat secara automatik MAC address asing

Kedua2 cara ini ada kelebihan dan kekurangannya. Paling penting sekali adalah melindungi WiFi anda daripada diceroboh :)

-WK-