Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
Apa khabar?
Jom baca sambungan Kisah Kirana dari post lepas…
Sedutan episod lepas – Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya supaya semua kawannya mendapat akses ke Internet. Baca kisah penuh di sini…
“Aku dah faham kena WiFi kan Streamyx ni, tapi camne nak buat sebenar2 nya? Apa yang perlu dibeli?” Kirana termangu2 sendirian…
“Oh ye tak ye..baik aku call WK tanya..mesti dia ada idea” Kirana terfikirkan kawan baiknya yang tahu banyak tentang komputer itu (ehem2)
Apa yang Kirana perlukan?

Sambungan WiFi
Seperti dalam gambar (gambar ihsan dari HowStuffWork), Kirana perlukan 2 benda iaitu, pemancar dan penerima.
Pemancar adalah modem dan penerima adalah wireless adaptor pada komputer atau telefon.
Maka, Kirana perlu memastikan modem yang dibelinya ada fungsi wireless router supaya kawan2 nya boleh sama2 mendapat akses ke Internet.
Selain itu, Kirana juga perlu check dengan kawan2 nya sama ada semua komputer kawan2 nya ada wireless adaptor.
“Laptop baru banyaknya dah ada built-in WiFi, jadi tak ada problem lah. Desktop yang susah sket ni, kena beli wireless adaptor. Nanti gi kedai, mintak Wireless LAN USB Adaptor“, WK memberitahu Kirana.
“Okay, aku dah faham. Nanti ko tolong teman aku pergi beli modem ngan wireless adaptor ya lepas ni..”
“Alahai..nak kena teman ke? Malas lah nak gi kedai. Beli online udah le?”
“Ada benda lain nak shopping skali nih. Jom la…”
“Ye lah…ye lah..tapi ko kene blanja aku lunch tau”
Kisah Kirana ini hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati
-WK-
PS: Best pula tulis stail cerita ini..jadi saya ingat nak sambung lagi cerita ini


