Adakah niat menghalalkan cara?

by on May 31, 2009
in Coretan WK, Teknologi

Website si polan di-hack orang. Budak-budak pula tu“, aku memaklumkan teman online-ku lantas memberi link berkaitan sebagai buktinya.

Tak ada etika betul! Patutnya dorang ni kena belajar cara gunakan Internet dengan betul. Tak patut ada fenomena ‘syoknya godam website orang’ “, temanku tadi memberikan pendapat.

Hacker

Sumber: Jose Goulao

Perbualan dengan seorang teman lewat malam kelmarin mengundang seribu rasa dalam diri ini. Kasihan, marah dan sedih bercampur baur buat yang mengenakan dan yang terkena. Kasihan memikirkan ilmu yang ada, digunakan sebaliknya. Terlalu senggangkah masa budak-budak ini?

Sungguh! Bagiku, perbuatan ini memang tiada etika namanya, biar apa pun alasan yang diberikan oleh hackers terbabit. Andai ingin menyedarkan pemilik website tentang sekuriti sekalipun, cukup rasanya menghantar emel kepada pemilik. Tidak perlu rasanya menyiarkan content website yang sepatutnya rahsia dan berbayar untuk tatapan umum.

Tidak pasal-pasal menjadi penggalak dan sumber orang mencuri pula…Aduhai…

Ingatlah!

Niat tidak pernah sekali-kali menghalalkan cara…

Semoga diriku juga jangan begitu…

-WK-

PS: Tolong jangan mengutuk kedua-dua pihak di ruang komen. Jangan bertanya juga siapakah yang dimaksudkan dalam artikel ini. Saya coretkan di sini sebagai pengajaran untuk kita semua.

PS: Sedikit emosi artikel kali ini. Terkesan barangkali setelah seharian membaca buku terbaru Ustaz Hasrizal.

PS: Doakan saya selamat mengharungi kenduri abang yang jatuh berturut hujung minggu, persembahan gamelan yang kurang 8 hari dari sekarang, dan seminar bulan Jun yang perlu ku co-ordinate montaj produksinya juga.

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Mahu perisian percuma?
  2. Ber-etika-kah kita?
  3. Susah ke buat website?
  4. RSS dan fungsinya
  5. Asas Website Siri 2
  6. Kisah bandwidth di waidakmy.com
  7. Tips 32 – Clear cache dan browsing history
  8. Cara Mencari Maklumat Di Google

Comments

10 Responses to “Adakah niat menghalalkan cara?”
  1. Memang betul matlamat tak boleh menghalalkan cara…

    p/s : ustaz hasrizal is my senior kat sekolah menengah dulu….best jee baca blog dier…

  2. Amin007 says:

    bab tu susah nak cakap
    macam mana pun mungkin mamat tu
    nak bagi tau contoh kelemahan keselamatan
    satu2 website

    tapi macam mana pun patut bagi tau dulu
    kat tuan punya sebelum isytihar satu malaya :D

    sama ada niat meghalalkan cara?
    bergantung kepada bagaimana niat tu dilaksanakan

    waidakmy Reply:

    @Amin007, itu yang sepatutnya kita persoalkan. apakah tujuan dia nak tunjuk kat orang? sama-sama kita fikirkan..hehe

  3. AmnishMan says:

    logiknya..ilmu vs ilmu! di dalam luar kiri kanan depan belakang memang banyak si penggodam! bangkitkan diri dgn ilmu mudahan si penggodam bernama iblis..DISABLE..DELETE..HANG dari pc anak adam. kalau format balik nak buat cam mana..dah kerja dia…bmmmrrzq!

  4. Garfield says:

    kalau kena kacau grey hats, dah kira nasib baik lah tu.

  5. TMUkmkd says:

    @waidakmy, bagi K, kalau dia dapat masuk satu website tu.. dan dia hebahkan tak pe.. asal dia tak ambik apa2.. tu penting..

    ethic untuk seorang hacker yang pro.. akan hack dan akan bagi tahu secara umum atau persendirian (selalunya umum) tetapi dia mesti tak ambik apa2..

    contohnya. lamanweb kasper yang dihack baru2 ni, hacker tu beritahu mana table yang boleh dia masuk dan sebagainya.. tapi cara dia masuk tak boleh diberitahu secara detail. tetapi diberitahu secara detail kepada tuan punya laman.

    tingkatkan kesedaran, tingkatkan keselamatan :)

    p/s: K ada jumpa flaw dekat touch screen kiosk di UPSI tempoh hari. dan K boleh kata K dapat banyak perkara daripada kiosk tu.. macam mana tak boleh bagi tahu. tapi bug daripada flash player mungkin atau bug dalam programming flash tu :) dan K dah bagi tahu orang PTM diorang.

  6. Dekan says:

    Yup2. Notify lah si empunya website jika ada vulnerability. Tu la.. bukan kata budak2, kadang2 orang remaja pun same.. Tapi diaorang lebih excitedlah. Blajar benda baru. Jangan ambil hati sangat ek. :) Kadang2 perasaan nak menunjuk tu ada.

    Standardlah zaman dulu kita dulu tunjuk cara main gasing kalahkan orang lain, zaman sekarang zaman tenet lak (ditambah dengan borderless world). Haish.. Macam2.. ;)

  7. waidakmy says:

    Rakan saya itu tidak kisah sangat pun sebenarnya jika produknya di’hack’ untuk kegunaan sendiri (tentang ini, urusan anda dengan Allah, saya tidak layak menghakimi anda). Apa yang membuatkan dia terkilan, apabila link download produk berbayar disebarkan kepada orang ramai. Ini yang menyebabkan saya ‘question’ hacker sebegini :)

    Tetapi, memang saya tak nafikan tanpa hacker tiadalah cabaran untuk meningkatkan sekuriti laman web masing-masing

  8. aiereast says:

    saya setuju, matlamat takkan menghalalkan cara. walaupun ianya berjaya tapi tak boleh bertahan lama kerana dari situ kita boleh menilai sama ada kredibiliti sesorang itu baik ataupun sebaliknya.

    waidakmy Reply:

    @aiereast, well said :)