Apa beza Netbook dan Notebook?
Salam dan Apa khabar?
Kurang dari 2 minggu, PC Fair akan menjelma lagi. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk menukar komputer atau aksesori tambahan. Saya pun mungkin perlu tukar mouse baru sebab respons mouse yang sekarang ini dah lambat semacam aja
Saya rasa PC Fair kali ini mesti dipenuhi promosi Netbook, sama macam tahun lepas. Lagipun, Sony pun bakal keluarkan Netbook nya sendiri juga. Memang lawa. Tengok banyak kali, saya pun terasa nak beli juga
Mujur, prioriti utama tahun ini nak beli Notebook berbanding Netbook
Apa beza Notebook dan Netbook?
Secara ringkasnya, Notebook sama seperti Laptop manakala Netbook pula umpama mini Laptop

Notebook
Atau

Netbook
Kredit gambar: Jm Purity & HardwareInfo
Kebaikan Netbook
Yang nyatanya, Netbook bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa (macam IM contohnya?)
Mungkin ada yang terfikir “Lebih baik beli Netbook dari Notebook kalau begitu. Ringan dan murah pula. Saya pun hari-hari surf Internet” selepas membaca kata-kata kempen saya di atas.
Kekurangan Netbook
Namun, anda perlu tahu yang ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Kalau tidak kenapa Netbook setakat ini hanya boleh menggunakan Win XP, bukan Win Vista?
Ada pula agaknya yang terfikir “Beli Notebook lah kalau begitu” selepas membaca kekurangan Netbook yang saya baru tulis sebentar tadi.
Bukan begitu…
Hakikatnya, Netbook atau Notebook (atau Desktop), semuanya direka berdasarkan keperluan dan golongan sasaran yang berbeza. Jadi, apa yang penting, tetapkanlah keperluan anda terlebih dulu
Yang nak beli laptop baru,
-WK-
PS: Penyertaan masih dibuka bagi mereka yang ingin belajar membina laman web. Pendekkan tempoh pembelajaran anda dengan mempelajari skill membina laman web dengan otai-otai yang sepatutnya. Dapatkan maklumat penuh di sini
Related posts:




Lebih suka notebook ….complete dan portable….
p/s : tak dapat join bengkel minisite sebab kena keje….huhuhu….
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
April 1st, 2009 at 10:57 am
@hazman saya pun suka notebook lagi..netbook macam aksesori berlebih2 la utk saya..hehe
p/s: oh sayang la..tak apa..maybe next time
Balas Komen Ini
hehe..aku still gunakan desktop..
maybe nanti nak angkut satu netbook kot..
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
April 9th, 2009 at 2:33 pm
@aman, saya lagi minat nak angkut laptop dari netbook..insya Allah dalam tahun ini juga..
Balas Komen Ini
Kekurangan netbook ada lagi.Kelihatan mata akan jadi kabur bila ambil masa panjang tumpu kpd screen.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
April 9th, 2009 at 2:34 pm
@wongsk, kenapa ya? sebab skrin dia kecil sangat?
Balas Komen Ini
beza arahan save dan save as dalam microsoft word
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
October 29th, 2009 at 10:31 pm
@hajar, save bermakna save ke atas fail yang sama. Save as pula sama ada save menjadi fail baru atau overwrite fail yang sama juga.
ps: Mungkin Hajar boleh emel saya terus (lihat ruangan hubungi saya). Saya risau sebab saya nyaris-nyaris tidak perasan pertanyaan Hajar tadi.
Balas Komen Ini