Apa beza Netbook dan Notebook?

by waidakmy on March 31, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Kurang dari 2 minggu, PC Fair akan menjelma lagi. Mungkin ada yang sudah berkira-kira untuk menukar komputer atau aksesori tambahan. Saya pun mungkin perlu tukar mouse baru sebab respons mouse yang sekarang ini dah lambat semacam aja

Saya rasa PC Fair kali ini mesti dipenuhi promosi Netbook, sama macam tahun lepas. Lagipun, Sony pun bakal keluarkan Netbook nya sendiri juga. Memang lawa. Tengok banyak kali, saya pun terasa nak beli juga :P Mujur, prioriti utama tahun ini nak beli Notebook berbanding Netbook

Apa beza Notebook dan Netbook?

Secara ringkasnya, Notebook sama seperti Laptop manakala Netbook pula umpama mini Laptop

Notebook

Notebook

Atau

Netbook

Netbook

Kredit gambar: Jm Purity & HardwareInfo

Kebaikan Netbook

Yang nyatanya, Netbook bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa (macam IM contohnya?)

Mungkin ada yang terfikir “Lebih baik beli Netbook dari Notebook kalau begitu. Ringan dan murah pula. Saya pun hari-hari surf Internet” selepas membaca kata-kata kempen saya di atas.

Kekurangan Netbook

Namun, anda perlu tahu yang ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Kalau tidak kenapa Netbook setakat ini hanya boleh menggunakan Win XP, bukan Win Vista? ;)

Ada pula agaknya yang terfikir “Beli Notebook lah kalau begitu” selepas membaca kekurangan Netbook yang saya baru tulis sebentar tadi.

Bukan begitu…

Hakikatnya, Netbook atau Notebook (atau Desktop), semuanya direka berdasarkan keperluan dan golongan sasaran yang berbeza. Jadi, apa yang penting, tetapkanlah keperluan anda terlebih dulu :)

Yang nak beli laptop baru,
-WK-

PS: Penyertaan masih dibuka bagi mereka yang ingin belajar membina laman web. Pendekkan tempoh pembelajaran anda dengan mempelajari skill membina laman web dengan otai-otai yang sepatutnya. Dapatkan maklumat penuh di sini

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Panduan Beli Komputer 101
  2. Apa itu Linux?
  3. Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
  4. Asas Website Siri 1
  5. Mencari bluetooth dalam laptop
  6. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
  7. Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
  8. Nak beli laptop ke desktop?

Comments

12 Responses to “Apa beza Netbook dan Notebook?”
  1. Lebih suka notebook ….complete dan portable….

    p/s : tak dapat join bengkel minisite sebab kena keje….huhuhu….

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @hazman saya pun suka notebook lagi..netbook macam aksesori berlebih2 la utk saya..hehe

    p/s: oh sayang la..tak apa..maybe next time :)

    Balas Komen Ini

  2. aman says:

    hehe..aku still gunakan desktop..
    maybe nanti nak angkut satu netbook kot..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @aman, saya lagi minat nak angkut laptop dari netbook..insya Allah dalam tahun ini juga..

    Balas Komen Ini

  3. wongsk says:

    Kekurangan netbook ada lagi.Kelihatan mata akan jadi kabur bila ambil masa panjang tumpu kpd screen.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @wongsk, kenapa ya? sebab skrin dia kecil sangat?

    Balas Komen Ini

  4. hajar says:

    beza arahan save dan save as dalam microsoft word

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @hajar, save bermakna save ke atas fail yang sama. Save as pula sama ada save menjadi fail baru atau overwrite fail yang sama juga.

    ps: Mungkin Hajar boleh emel saya terus (lihat ruangan hubungi saya). Saya risau sebab saya nyaris-nyaris tidak perasan pertanyaan Hajar tadi.

    Balas Komen Ini

  5. nor sahizatul says:

    tolong beritahu saya mengenai beza antara laptop dengan notebook..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @nor sahizatul, pada saya ia sama sahaja.

    Cikpuan boleh rujuk di http://en.wikipedia.org/wiki/Laptop

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree