Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
Apa khabar?
Jom baca sambungan Kisah Kirana dari post lepas…
Sedutan episod lepas – Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya supaya semua kawannya mendapat akses ke Internet. Baca kisah penuh di sini…
“Aku dah faham kena WiFi kan Streamyx ni, tapi camne nak buat sebenar2 nya? Apa yang perlu dibeli?” Kirana termangu2 sendirian…
“Oh ye tak ye..baik aku call WK tanya..mesti dia ada idea” Kirana terfikirkan kawan baiknya yang tahu banyak tentang komputer itu (ehem2)
Apa yang Kirana perlukan?

Sambungan WiFi
Seperti dalam gambar (gambar ihsan dari HowStuffWork), Kirana perlukan 2 benda iaitu, pemancar dan penerima.
Pemancar adalah modem dan penerima adalah wireless adaptor pada komputer atau telefon.
Maka, Kirana perlu memastikan modem yang dibelinya ada fungsi wireless router supaya kawan2 nya boleh sama2 mendapat akses ke Internet.
Selain itu, Kirana juga perlu check dengan kawan2 nya sama ada semua komputer kawan2 nya ada wireless adaptor.
“Laptop baru banyaknya dah ada built-in WiFi, jadi tak ada problem lah. Desktop yang susah sket ni, kena beli wireless adaptor. Nanti gi kedai, mintak Wireless LAN USB Adaptor“, WK memberitahu Kirana.
“Okay, aku dah faham. Nanti ko tolong teman aku pergi beli modem ngan wireless adaptor ya lepas ni..”
“Alahai..nak kena teman ke? Malas lah nak gi kedai. Beli online udah le?”
“Ada benda lain nak shopping skali nih. Jom la…”
“Ye lah…ye lah..tapi ko kene blanja aku lunch tau”
Kisah Kirana ini hanya rekaan semata2, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati
-WK-
PS: Best pula tulis stail cerita ini..jadi saya ingat nak sambung lagi cerita ini
Related posts:




saya guna streamyx dan sudah beli wireless router.tapi bile saya pasangkan, network tak boleh dapat. kenape ye? katanya remote tak set up. mcmmane nak set up dalam pc ?
Balas Komen Ini
@nor, saya ada emel tentang ini ke emel nor..kurang efektif nak balas di sini
Balas Komen Ini
mcm familiar jerk watak kirana tu..cite apa erk???
Balas Komen Ini
@catzer, hehe..cerita kat TV3..ku milikmu
Balas Komen Ini
mcm mna nak wat auto connect?..
Balas Komen Ini
@skid, auto connect yang macam mana tu? saya kurang faham sikit skid..lagi bagus kalau awak dapat hantar penerangan masalah awak kat emel saya
Balas Komen Ini
assalamualaikum…
saya belajar di kolej swasta dan tinggal di unit aprtment bersama rakan-rakan. Pihak kolej ade menyediakan perkhidmatan stremyx wifi bagi kegunaan kami semua. Apa yang menjadi masalah, jarak antara pusat wifi tersebut dengan unit apartment saya hanyalah tidak sampai 100 meter tetapi saya tidak boleh mendapat coverage wifi tersebut.
Kenapa ye? Apa yang perlu saya lakukan untuk improve keadaan ini? Leceh lah saya dan rakan-rakan terpaksa pergi ke rumah yang menempatkan unit wifi tersebut setiap kali kami ingin menggunakan internet.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 17th, 2009 at 9:12 pm
@linda, waalaikumussalam
kalau linda tengok gambar pada post saya di http://waidakmy.com/teknologi/apa-itu-wifi-dan-wimax/, jarak wifi hanya sekuat 300 kaki (lebih kurang 100 meter)
saya syorkan linda pasang wireless repeater. bacaan tambahan di bawah
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Wireless_Repeater
2. http://www.dd-wrt.com/wiki/index.php/Universal_Wireless_Repeater
Balas Komen Ini
@linda, u boleh beli wireless Adapter yang boleh tangkap signal wifi sejauh 3km…kalau berminat boleh email saya
Balas Komen Ini