Bagaimana melindungi WiFi anda?

by waidakmy on March 7, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Seperti yang dijanjikan, jom kita soroti kisah terakhir tentang Kirana dan WiFi nya

Jika anda blur dengan kisah Kirana ini, anda mungkin perlu baca episod 1 dan episod 2 terlebih dulu :)

Kirana dan rakan2 serumahnya mula seronok dengan sambungan Internet ini. Hampir semua perkara kalau boleh mahu menggunakan Internet. Bayar bil dengan Maybank2u, shopping barang2 Kugeeku pun di Internet juga

Masalah pun bermula

Seminggu berlalu…

“Eh nape sambungan streamyx kita ni makin slow ek?” Rozana bertanya kepada Kirana

“Tulah..ingatkan aku sorang je yang rasa camtu. Dah la satu malam tu, aku sorang je yang guna tapi slow sangat. Slow dia cam ramai je guna” Kirana bersetuju dengan Rozana

Apa yang terjadi?

“Ntah2 ada orang tumpang streamyx kita nih. Kalau tak, takkan lampu kat router tuh kelip2 lagi lepas aku dah off komputer” Kirana membuat spekulasinya sendiri

Walaupun Streamyx menghadapi masalah teknikal (sepatutnya telah selesai selepas 5 Mac 2009 seperti yang dijanji TM), jika masalah di atas berlaku, mungkin ada free rider dalam wireless LAN anda

Free rider atau maksudnya tumpang percuma, tidak akan menjadi masalah jika wireless LAN anda itu percuma. Mana lah tahu, anda buka kedai makan yang ada wireless LAN percuma ke

Namun, ia menjadi satu masalah jika anda membayar caj Streamyx tetapi Streamyx anda ditumpang oleh orang lain secara percuma. Lebih menyakitkan hati, free rider ini conquer pula Streamyx anda dengan aktiviti download movie dan lagu

Siapa yang patut dipersalahkan?

Walaupun perbuatan free rider ini salah, pemilik Wireless LAN yang patut dipersalahkan kerana tidak melindungi wireless LAN nya sendiri. Jika wireless LAN nya dilindungi, tidak akan ada isu free rider ini

Bagaimana melindungi wireless LAN?

Untuk melindungi wireless LAN anda, ada 3 cara yang boleh digunapakai, iaitu

1. WEP – Wired Equivalency Privacy

Cara pertama, WEP sudah tidak selamat lagi (saja saya letak di sini, supaya jika ada sesiapa yang guna WEP silalah bertukar kepada 2 cara lagi )

2. WPA – WiFi Protected Access

Cara kedua, WPA adalah lanjutan dari WEP sebenarnya kerana ia menyelesaikan masalah yang ada dalam WEP. Kalau anda perasan, sesetengah tempat yang ada WiFi (seperti hotel) memerlukan anda login dengan username dan password khas. Itulah WiFi yang menggunakan WPA

(Jujurnya, saya tidak pernah guna cara ini, jadi saya tidak berapa familiar dengan kaedah ini)

3. MAC Address – Media Access Control Address

Cara yang ketiga ini, MAC adalah cara yang tidak memerlukan password. Untuk pengetahuan anda, setiap komputer kita ada MAC address yang unik. Mungkin ada yang ingat ia sama seperti IP address. Ia tidak sama seperti IP address kerana MAC address adalah ‘alamat’ bagi setiap perkakasan (hardware)

Contohnya, selama ini, anda melayari Internet dengan WiFi adaptor brand A. Katakan tiba2 ia rosak, anda pun membeli WiFi adaptor brand B pula. MAC address brand B dan brand A adalah berlainan, walaupun anda mungkin menggunakan IP address yang sama

Jika Kirana berminat dengan cara ini, dia perlu mendaftar semua MAC address komputernya dan rakan serumahnya semasa mengkonfigurasikan router. Jadi, router hanya membenarkan MAC address yang didaftar saja dan menyekat secara automatik MAC address asing

Kedua2 cara ini ada kelebihan dan kekurangannya. Paling penting sekali adalah melindungi WiFi anda daripada diceroboh :)

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
  2. Internet dan WiFi di WK
  3. Kisah Kirana berkongsi Streamyx
  4. Apa itu WiFi dan WiMax?
  5. Tips 27 – IP address episod 2
  6. Mencari bluetooth dalam laptop
  7. Tips 26 – Apa itu IP address?
  8. Teknik ping untuk uji sambungan Internet

Comments

13 Responses to “Bagaimana melindungi WiFi anda?”
  1. Shaffik says:

    Pakai WPA better. Proctect network kita jugak. Tak bolh orang lain join network and internet kita suka-suka jer..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Shaffik, pakai WPA ye? susah ke untuk setting? saya sekadar nak tahu :)
    saya cuma biasa dengan setting MAC address saja. MAC sama juga macam WPA, tetap block orang lain dari pakai network kita..

    cuma leceh sikit bila mahu tambah MAC address baru..

    Balas Komen Ini

  2. TMUkmkd says:

    waida.. just cadangan..
    kalau guna mac.. better masukkan sekali dengan wpa..
    sebab.. setakat mac addrs filter yang naked boleh dihack dengan mudah.

    lebih mudah daripada hack wep :)
    just gunakan satu software yang dipanggil aircrack-ng
    paling sesuai nak guna aircrack adalah linux.

    cara dia hack, just dia copy mac addrs sistem yang sambung dengan router tu, virtualkan mac addrs kita, pastu leh masuk :D

    Balas Komen Ini

  3. TMUkmkd says:

    rasanya K ada tulis pasal ni.. tapi bukan dekat my blog (AMBNaC) tapi satu lagi, blog kelab.. sebab benda tu adalah assgment. :D
    kalau nak baca2

    comtechumt.blogspot.com

    bawah label “kuliah” atau “artikel”
    tak ingat :D

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, saya sedar dua-dua cara tu masih boleh dihack orang..cuma sama ada mahu atau tak, dan sama ada orang itu ada kepentingan atau tak untuk hack sesuatu network tu..

    terima kasih….nanti saya jenguk2, bookmark dan baca..saya suka ayat K “sekuriti bukan satu produk, ia adalah proses” :)

    Balas Komen Ini

  4. TMUkmkd says:

    kalau wpa payah sikit kalau password tu unik.. walaupun masih leh tapi lagi susah la daripada nak crack mac addrs filter tu :)

    pss.. tu bukan ayat K, K ambik dari buku kevin mitnick :D kevin mitnick tu bekas hacker :D

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, haah..password kena unik..kalau password tak kuat, sama saja lah :P

    nanti saya cuba..modem pun dah terbakar..kena beli baru huhu..

    Balas Komen Ini

  5. TMUkmkd says:

    @waidakmy, erkkkkkkkkkkkk terbakar? dasat tol

    Balas Komen Ini

  6. waidakmy says:

    @TMUkmkd, oppss bukan terbakar..short circuit hehe..salah ayat..

    Balas Komen Ini

  7. ahfizfazi says:

    aku guna WPA je. asalnya aku tak tau sebenarnya bole tukar password dia. main follow je kedai tu punya: abc123 apa punya senang password dia tuh!nasib baik tak lama lepas guna wifi sendiri kat umah, terjumpa la artikel mat saleh pasal wifi nih. pastu apa lagi, tukar la password kpd yg high tech skit. lepas tu aku baru prasan tenet aku lebih laju dari biasa (skit je la). so aku suspect org seblah umah aku yg tumpang sejari.. ha..ha padan muka

    p/s: lain2 cara blom aku cuba, dah selesa pakai wpa jek

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @ahfizfazi, haa. itu dia contoh orang tumpang sekaki internet..biasalah tu..tak boleh juga nak salahkan ‘penumpang’..siapa suruh tak block kan hehe

    Balas Komen Ini

  8. titan says:

    letak aje password. tak leh dah tumpang.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @titan, yup. Penting. Baru saja lihat cerita di mana orang curi masuk dan hantar emel palsu melalui wifi pemiliknya, dengan niat menjatuhkan kredibiliti pemiliknya

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree