Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
Salam dan Apa khabar?
Saya keletihan…
Minggu ini amat memenatkan buat saya. Minda dan fizikal. Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan suatu ‘perubahan’ setelah 1 tahun berada di takuk yang sama.
Justeru, saya memang tidak upaya langsung membalas emel-emel dan komen-komen yang mendatang, walaupun sudah dibaca. Saya hargai kesemuanya (walau ada di antaranya ditulis seolah-olah saya ini orang suruhan saja bunyinya). Saya akan balas apabila ada ruang masa nanti, Insya Allah.
Hormatilah masa yang saya curahkan untuk membalas kesemua emel itu. Saya tidak pernah minta pun dibayar, masa yang dihabiskan untuk membalas kesemua itu. Cuma, saya pinta, tulislah dengan berhemah, walaupun kita tidak pernah bersua muka.
Terima kasih!
Antivirus Dengan Teknologi Baru?
Apa yang buat saya tertarik dengan Ikona MAPS, adalah kelainannya daripada perisian antivirus sedia ada. Berdasarkan apa yang saya baca, 2 ciri yang menarik perhatian saya, adalah
- Tidak perlu dikemaskini selalu
- Perisian stand-alone seratus peratus
Baca lebih lanjut di Kosmo atau dapatkan penerangan lanjut dari website utamanya, Ikona MAPS.
Kalau Ikona seperti apa yang dia cakapkan, saya pun mungkin akan membelinya. Punca utamanya, saya ingin tahu sangat, cara perisian antivirus Ikona ini berfungsi
Kita tunggu dan lihat…
-WK-
PS: Namanya seperti Ikano saja hehe
PSS: Pihak Ikona MAPS tidak mahu beri peluang saya test drive ke?
Related posts:



seperti biasa. komitmen yang sentiasa mendatang kadang kala menyebabkan kita perlu korbankan sesuatu ^^
ikona
macam pernah jumpa satu av macam ni. walaupun mereka mengatakan mereka adalah yang pertama. K rujuk kembali fail2 lama. emm K dah jumpa ^_^ mungkin boleh buat satu tajuk ni pasal ni.. thanks WK
waidakmy Reply:
August 9th, 2009 at 6:44 pm
@TMUkmkd, aha apa lagi. Tulis jangan tak tulis
Nanti jangan lupa ping atau kongsikan di sini
ok gak ikona ni sekurang2nya ada jugak orang malaysia cipta antivirus…..
Are you sure ikona is From malaysia ?
http://www.ikonasoftware.com/?page=16&parent=2
Ikona is a Swiss based company with its R&D and customer service centre based in Manila, The Philippines.
The Ikona technical team is made up of seasoned professionals with Chairman Dato Kazmin Kuzi, CEO Nick Barton-Grimley and CTO Peter Rathgeber heading up the teams.
Ikona maintains a 24/7 response call center in English, manned by professional and certified software engineers
Individual customers will be assigned a designated response engineer if so requested
Ikona software is dedicated to providing world class and industry standard software, Ikona is complient with ISO standards and recent EU directives related to Anti malware and secure software systems.
Ikona patents and copyrights are held by the company and team members
waidakmy Reply:
September 13th, 2009 at 5:30 pm
@Delby, thank you for highlighting this. Really appreciate it.It’s so nice of you to paste the whole background thing for others to see.
However, it is never stated anywhere that Ikona is from Malaysia. I believe, what had been said is Ikona is build by Malaysian (with the help of others, of course, since they’re oversea-based).
What attract me to Ikona is not the fact that it’s build by Malaysian, but rather their claim on different approach of antivirus software. And I’m interested to see if the software is what they claim to be
Maaf saya mengambil kesempatan di sini mengkomen. Ampun tuanku beribu2 ampun.
Pada hemat saya, sukar untuk mendapatkan antivirus yang tidak perlu update. Dan yang agak memusykilkan (baca:’kelakar’ oleh antivirus industry) ia adalah stand alone punya perisian. Hal ini adalah kerana para penganalisa virus deal dengan pelbagai variasi virus setiap hari dengan pelbagai kebolehan dan jika ia menggunakan teknologi senarai putih sekalipun, terdapat pelbagai perisian baru setiap hari.
Walau bagaimanapun, seperti waidakmy dan pembaca semua, saya teringin juga melihat sejauh mana keberkesanan program ini.
Yup Delby. Ikona is a Swiss based company with its R&D and customer service centre based in Manila, The Philippines.
Just my two cents,
Someone used to be in an antivirus industry.
waidakmy Reply:
September 26th, 2009 at 11:01 am
@Dekan, terima kasih atas komen yang diberi
Kenapa perlu minta maaf kerana memberi komen. Saya mengalu-alukannya. Saya juga bukan pakar dalam perkara ini (sememangnya bukan pun hehe)). Jadi, pandangan orang dari bidang ini sangat diperlukan.
Kita sama-sama tunggu dan lihat apakah konsep seperti Ikona ini berjaya dilaksanakan. Mungkin ia berjaya, mungkin tidak. (Walaupun saya berharap ia berjaya, kerana agak leceh juga konsep antivirus sedia ada sekarang ini hehe)
salam….semua….
sememangnya kita perlu berbangga bahawa ikona dicipta dari malaysia, yang mana anak tempatan malaysia yang buat…malaysia boleh…dan 1 malaysia….dan saya satu hari malaysia akan jadi satu perhentian hub yang terkenal di dunia ini….