Ikut atau Tidak Trend Teknologi?

by waidakmy on May 16, 2009
in Teknologi

Salam dan Apa khabar? :)

Hajat di hati untuk menulis tentang ‘Registry’. Tetapi, post sebegini memakan masa kerana saya perlu banyak membaca dan mengkaji dulu, supaya mudah untuk saya terangkan kepada anda apa itu registry dalam bahasa yang mudah.

Saya pasti, anda lebih suka saya update blog Wanita & Komputer ini sekarang, daripada 2,3 hari nanti, kan? kan? :D

Mengikut Trend Teknologi atau Tidak?

Too Much Gadgets

Kredit kepada Flickr: Alvy

Sambil duduk-duduk tadi, saya terfikir yang macam-macam stail gajet dah ada sekarang. Tak perlu pergi jauh. Tengok dua kategori saja sudah cukup, contohnya, data storage dan handphone.

Data Storage?

Awal-awal dulu semua pakai disket. Kemudian pakai CD pula. Selepas itu, USB thumbdrive pula yang popular. Apabila banyak format fail melibatkan gambar, lagu dan filem, DVD dan USB thumbdrive yang berGiga-giga pula yang diperkenalkan.

Terbaru USB thumbdrive 4Giga (ke 8Giga) pula ya?

Handphone?

Kalau sebut tentang handphone pula, tentu Apple iPhone yang paling hangat di Malaysia sekarang. Hari-hari tengok iklan iPhone tepi terowong KL Convention Centre pun dah terasa macam nak beli je hehe

iPhone at KLCC

Kredit gambar: Maro^gal

Tetapi…

Perlu ke semua itu?

Walaupun, saya sukakan teknologi dan suka cuci mata tengok gajet-gajet terkini, saya jarang untuk mengikut trend terkini. Komputer pertama saya, masih lagi komputer yang saya pakai sehingga kini. Sudah pun 8 tahun usianya (saya ni jenis yang setia :P ) Handphone yang saya pakai sekarang pun baru yang ke-4, sejak tahun 2000.

Kalau nak diturutkan kata hati dan beli semua teknologi, jawabnya kering dan kempislah poket saya. Lagi baik saya gunakan duit itu untuk backpacking ke seluruh dunia :D

Saya hanya membeli gajet mengikut keperluan saja. Kalau tak guna, tak belilah jawabnya. Senang cerita.

Pendek kata,

Saya memang tidak mengikut trend teknologi (and proud of it!)

Anda pula bagaimana?

Saya mahu dengar pendapat anda, tidak kira anda siapa pun. Jangan segan-segan ye ;)

-WK-

PS: Maafkan saya jika ada post-post dummy yang mengganggu kotak inbox anda semua. Saya sebenarnya sedang cuba Windows Live Writer. Software yang cool! Senang saya nak update blog kalau ada masalah nak akses blog ini dari Internet tiba-tiba

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Internet dan WiFi di WK
  2. Skrin komputer tidak menyala
  3. Kisah Kirana berkongsi Streamyx
  4. Pernah dengar Windows ME?
  5. Surf internet di mana saja – celcom broadband
  6. Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..
  7. Apa itu Linux?
  8. Ber-etika-kah kita?

Comments

18 Responses to “Ikut atau Tidak Trend Teknologi?”
  1. saya pun tak berapa ikut teknologi atas sebab keperluan lebih diutamakan berbanding kehendak ( tapi kalau ade budget memang nak upgrade pun….:) . thumbdrive skang nei dah ade yang sampai 16Giga dah….

    p/s : boleh tak buat post pasal window live writter….tak brapa paham walau dah tengok website….

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @hazman, itu la kan. jika ada budget ‘lebih’, memang semua pun kita mahu tukar ;)

    ps: boleh2..tiada masalah..

    Balas Komen Ini

  2. kisahremaja says:

    Rasanya dalam kebanyakan gadget….telefon bimbit yang paling orang suka tukar bile ada perubahan dan peningkatan teknologi…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @kisahremaja, betul tu..sebab tu bisnes handphone dan yang berkaitan dengan handphone sangat-sangat laku!

    Balas Komen Ini

  3. kakeru says:

    Salam Waidakmy,
    Lama tak menjengah blog ini.huuhuu…
    Bagi saya, saya kurang mengikut trend,. Just beli mengikut keperluan sahaja. Kalau terlalu ikut trend, susah tu…mana nak cover bajet semua klu tiap2 bulan nak tukar laptop baru..huhu…

    Selalu yang ramai org wat ialah tukar gadget2 kecil spt handphone, mp4 atau bende2 yg lebih kecil. Tapi, saya simple je. Beli mana perlu, tak perlu takde la saya beli. Ok ke..? Hurmm…hurmm… ;)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @kakeru, salam :) saya pun lama juga tak singgah blog awak hehe..masing-masing sibuk kan? biasalah tu hehe..

    apa yang saya tanya ini tak semestinya komputer..gajet-gajet kecil tu pun sama..hehe..memang orang lagi senang tukar yang itu, sebab duit yang nak keluar pun tak banyak kan hehe..tapi itulah..saya pun sama macam kakeru..selagi tak rosak..selagi itu lah tak tukar :P

    saya ok je dengan pandangan apa pun..masing-masing ada kesukaan masing-masing :D (lainlah kalau anda membeli dengan duit saya..itu saya kisah :p )

    Balas Komen Ini

  4. aiereast says:

    saya seorang yang tak berapa ikut trend sesuatu gadjet. Kalau pegi low yat dalam dua tiga bulan le pas tue, comfirm pasti ada device2 baru. kengkadang rasa geram pon ada gak; pasal nampak trendy. amek contoh, pendrive sahaja dah bermacam jenis dan spek yang tersendiri; sampai juling mata tak tau nak pilih mana satu. jadi, saya amek keputusan buat masa nie saya tak berapa minat nak ikut trend teknologi. huhu~~

    Balas Komen Ini

  5. Garfield says:

    memang x usah peduli pasal gadget yg baru,
    asalkan dah cukup guna, then just guna je.

    sampai sekarang, desktop aku pun hanye P4 1.8ghz dgn 512mb ram saje.
    originally celeron 1.7ghz dan 256mb ram.

    processor & ram yg i tukar pun i dapat drp org lain yg xnak hardware ni.

    tapi i memang dah puas hati, sebab desktop i ni memang dah cukup untuk aku manage server-server aku.

    Balas Komen Ini

  6. TMUkmkd says:

    wow.. trend..

    perlu ke ikut trend?
    tengok pada individu.. jika anda seorang business man, harus.. walaupun tak reti pun pakai iphone tu :D call in, call out

    kalau K,
    handphone.. tak ikut (still using nokia 6070)
    lappy.. tak jugak (still guna compaq pre v3000)
    sistem operasi.. still guna ubuntu 8.10 (sekarang 9.04 dah kuar)

    kerana, tak semua benda baru itu bagus untuk kita, dan tak la kata yang lama tu terus tak bagus kan?

    Balas Komen Ini

  7. waidakmy says:

    Aiereast: kalau nak ikut trend, memang banyak guna duit. nak jadi businessman, kena pandai kawal duit ;) ) jadi tak perlu lah ikut trend kan? hihi

    Garfield: yup..guna apa yang ada, janji puas hati. itu yang penting

    TMUkmkd: betul tu..kadang-kadang benda baru tak semestinya bagus untuk kita

    Balas Komen Ini

  8. shahrul says:

    Sy mmg minat teknologi, tp x leh nak ikut smua teknologi. Ikut yang mampu je.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @shahrul, yup. tepuk dada tanya selera. ikut mana yang boleh dan sesuai dengan kemampuan kita cukuplah :) asalkan kita gembira..

    Balas Komen Ini

  9. fahim says:

    huhu boleh tak waida kmy bagi senarai apa kelebihan iPhone tu..tq..:-)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @fahim, ini kena tanya pada yang membeli iPhone tu..saya tak pakai iPhone tu :P kalau saya dapat beritahu pun pada fahim, tak ‘real’ sebab saya cuma ‘quote’ balik apa yang dikata orang :)

    Balas Komen Ini

  10. shom says:

    Bazir ja duit.pakai yang perlu sudahla.Aku guna netbook ja.komputer pertama yang dibeli pada usia 37 tahun.sebelum ni pinjam kat orang saja.netbook ni masih guna window xp .

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @shom, netbook pun okay juga kalau komputer tu gunanya hanya untuk menaip dan surf internet :)

    Balas Komen Ini

  11. HAiri says:

    ada tu ada yang mengikut.tapi zaman sekarang ni orang dah tahu.beli ni sekian punya harga tunggu lama sikit barang yang sekian kita beli tu akan turun regenya dengan mendadak.patu kita tengok pun cam sakit hati jerk….yang kita beli tu nak jual balik……kena jual pada harga yang murah.so orang dah tahu ELEKTRONIK xde nilai.beli la mahal mana pun.setakat Iphone tu leh kira dengan ibu jari kaki belah kanan aku je berapa ramai yang pakai..pasal mahal macam apa…..tu karang kalau jem ke hang ke atau apa ke karang nak pi center dia…alahai..lecehnya.buang masa buang tenaga.(kebetulan kita xde spare hp)

    aku pegang satu prinsip.Sains tak pernah menyelesaikan satu masalah tanpa menimbulkan 10 masalah yang lain…..bila berlaku lambakan bersepah2 hp macam iphone tu baru aku terpikir nak beli……..

    dulu boleh la bubuh rm 3k orang beli like that…pasal dulu orang no choice/xde pilihan.ni lagi ekonomi x elok tengah lembab.minyak pun x tahu tahun ni naik atau idak…uishh xde masa aku nak mikir kena ikut ke idak.

    Balas Komen Ini

  12. HAiri says:

    yang beli tu pun mesti mak bapak dia ornag kenamaan datuk ke VIPke apa ke….yang mana beli bukan pakai duit dia.pakai duit mak bapak dia.kalau melampau batas..pakai duit PTPTN/Mara/biasiswa……mengalahkan kita yang dah keje……….tu beli pun pasal ikut2 member@terpengaruh dengan iklan/cakap promoter..tapi tang bende tu mintak nyawa (bateri@charger/kena virus) rasakan!!!!!!ha ha…terbeliak mata masa tu.

    pastu jadi tumpuan pencuri.orang dok follow dari belakang.nanti kena ragut/kena curi bukan pasal bende tu sentimental…..tapi pasal bende tu MAHAL!!!beli pakai PTPTN./ikat perut makan maggi hari-hari2…..

    korang x tau barang elektronik mahal2 ni ada banyak lubang atau bende menyebabkan duit korang mengalir keluar cam air..hehe.cth printer..masa beli rm 180.sekali bila ink habis bila gi tanya…masysallah !!!! separuh dari harga printer…..masa korang beli tu x perasan kan harga ink dia berapa? tak terpikir pun.cuma pikir rosak buang.beli baru…xpun paling koman oranng kita…….(alah beli barang baru rosak waranti la.)hehehehe.

    (aku kalau bercerita bab bisnes ngan pc ni memang hobi aku)lagipun ni memang kejaya aku.hehe.

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree