Kisah Kirana berkongsi Streamyx

by waidakmy on February 21, 2009
in Teknologi

Apa khabar semua? :)

Maaf sebab terlambat update blog kali ini. Saya tak perasan pula dah 8 hari berlalu dari entri lepas. Sekejap je masa berlalu kan?

Seperti kata Smartzul pada entri lepas, dia mahu WiFi kan WiMax (gambar ada di sini) nya..jadi saya terfikir untuk menulis tentang LAN dan WiFi :)

Apa itu LAN dan WiFi?

LAN adalah Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat. WiFi pula adalah Wireless Fidelity, satu teknologi akses Internet tanpa wayar. Okay, abaikan makna kedua-dua ini jika ia memeningkan anda. Jom kita lihat cerita di bawah, satu analogi mudah untuk menerangkan konsep LAN dan WiFi ini…

Al kisahnya begini..

Kirana menyewa dengan 4 orang kawannya di sebuah rumah teres 2 tingkat di Ampang. Kesemua kawan-kawannya termasuklah dia, ada sebuah komputer.

Pada suatu hari yang indah permai,  tiba2 dia terfikir untuk memasang sambungan Internet di rumah sewa mereka. Maklumlah, ada Internet nanti, bolehlah berYM selalu dengan kawan special, tidakpun update Facebook. Setelah dipromosi Kirana, semua pun bersetujulah untuk melanggan Streamyx (WiMax pun boleh juga..) dan bayarannya juga dikongsi bersama.

Maka, keesokan harinya, dengan penuh semangat untuk berYM, Kirana pun ke TM untuk register Streamyx. Setel saja proses register, pulanglah dia ke rumah dengan gembiranya. Malangnya, sampai saja di rumah, Kirana tersedar sesuatu..

“Macam mana plak nak kongsi Streamyx ni? “

Bagaimana Kirana nak selesaikan masalah ini?

Untuk membolehkan Kirana dan kawan2 nya berkongsi Streamyx, Kirana perlu menghubungkan semua komputer dalam satu rangkaian (network). Memandangkan rangkaian ini cuma dalam sebuah rumah, jadi ia dipanggil “Local Area Network” atau LAN.

“Lega..setel satu masalah. Tapi kan, desktop aku kat bilik. PC orang lain pun kat bilik masing2. Rozana tak apalah, ada laptop. Bole lah nak bawak turun dekat ngan telefon tu. Takkan aku nak angkut plak desktop aku ke bawah? Huu..leceh2..”, terfikir Kirana dalam hati..

Disebabkan semua komputer itu bukan berdekatan, di mana penggunaan kabel tidak berapa praktikal, jadi Kirana perlu WiFi kan Streamyx nya, supaya semua pun boleh akses ke Internet…

Inilah kegunaan WiFi, supaya akses ke Internet dapat dilakukan tanpa wayar. Moga anda dapat konsep WiFi dan LAN dari kisah Kirana ini :)

Yang suka bercerita,

-WK-

PS: Tunggu kisah sambungan Kisah Kirana ini pada entri akan datang, iaitu bagaimana nak merealitikan konsep WiFi kan Streamyx ini..

PSS: Pengguna Streamyx, jika anda rasa slow sangat nak buka blog ini, atau website2 lain..tengok di sini cara nak lajukan Streamyx anda..

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
  2. Internet dan WiFi di WK
  3. Bagaimana melindungi WiFi anda?
  4. Apa itu WiFi dan WiMax?
  5. Surf internet di mana saja – celcom broadband
  6. Kisah bandwidth di waidakmy.com
  7. Apa itu Speed Test?
  8. 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu

Comments

11 Responses to “Kisah Kirana berkongsi Streamyx”
  1. TMUkmkd says:

    WK – jangan lupa kuatkan sekuriti dengan WPA :)

    kalau ada router wireless yang ada mac filter dah cukup baik..

    Balas Komen Ini

  2. WaidaKmy says:

    @TMUkmkd, ya2..sudah pasti..saya akan sentuh dengan entri episod ke-3 (atau ke-4)..satu2 saya cerita nanti.. :)

    Balas Komen Ini

  3. Mohd Safuan says:

    oo..saya ada satu post dalam bog saya, berkenaan wimax vs 3G. bloeh baca di sini.
    http://mohd-safuan.blogspot.com/2008/12/wimax-vs-3g.html

    Balas Komen Ini

  4. waidakmy says:

    @Mohd Safuan, terima kasih kerana berkongsi artikel itu :)

    Balas Komen Ini

  5. man says:

    boleh bgtau mcmana nak kongsi celcom broadband sb dlm rumah ada 2 komp & laptop nak pakai serentak…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @man, bagus soalan man ni. Pada mulanya, saya sangka tidak boleh, tetapi setelah dicari di Internet, sebenarnya boleh. Jika mahu kongsi celcom broadband (maksudnya buat LAN untuk ini), perlu gunakan router khas. Tengok dalam link di bawah bagaimana

    http://www.myceloteh.com/?p=110

    Kalau boleh, bandingkan dulu harga router dengan kos langgan celcom broadband baru. Bukan apa, takut tak berbaloi sebab selalunya orang kongsi bandwidth yang besar. Jika kecil, kalau dikongsi ramai-ramai orang..hmm..faham-faham sajalah

    Balas Komen Ini

  6. man says:

    Tq atas informasi yg diberikan….

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @man, sama-sama :)

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree