Macam mana nak curi kata laluan orang?

by waidakmy on August 13, 2008
in Sekuriti, Teknologi

Apa khabar semua? :)

Maaflah. Tajuk kali ini hype sikit dari biasa heh. Kalau anda terkejut baca tajuk ni, saya lagi terkejut. Tidak sangka ada yang search keyword sebegini di Internet. Saya terjumpa keyword ini, sedang saya tengok2 keyword apa yang sebabkan anda semua sampai di blog Wanita & Komputer ni

Ada juga yang hantar emel pada saya, tentang satu program XX (nama di rahsiakan atas sebab2 tertentu). Fungsinya untuk curi password orang. Agak bahaya juga jika digunakan salah tempat huhu (saya harap perisian ini berbayar). Pastikan anda pasang password yang strong! Saya pun baru tahu kewujudan program ini bila search nama program ini. Sila berhati2

Saya pun dah ada sikit menyesal, sebab saya dah terbalas emel tu. Mujurlah saya hanya jawab definasi saja. Saya harap orang itu bertanyakannya untuk tujuan yang baik (hack ke akaun sendiri yang terlupa password contohnya, sangka baik ni :) ) Jika ada yang terlibat, tolonglah hentikan.

Cerita yang lebih kurang sama dari Alang, “Apabila Kos Hidup Semakin Tinggi dan Moral Semakin Rendah

Macam2 fiil orang sekarang ni..

Update Info Pertandingan Komik

Berita baik! Pertandingan Komik di waidakmy.com belum tamat lagi! Saya telah buat keputusan untuk panjangkan tempoh sehingga ke hujung bulan ini (31/8). (Macam kejam pula suruh orang lukis komik dalam masa 2 minggu hehe). Jadi, masih ada 2 mingu lebih lagi untuk hantar lukisan komik anda pada saya. Jika anda tak boleh melukis, apa kata cari kawan yang boleh melukis dan anda buat ceritanya? :)

PS: Catzer, demam lagi ke? Tag tu saya buat post akan datang la. Baru perasan tag tu lepas dah tulis post ni heh

PPS: Lambat sikit saya post artikel baru. Saja bagi laluan kepada post Pertandingan Komik..

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Kerap online? Letaklah password di pc anda
  2. Tak perlu risau dijangkiti virus
  3. Lindungi folder dengan password
  4. Tambah emel domain di Gmail
  5. Surf internet di mana saja – celcom broadband
  6. Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!
  7. Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?
  8. Tips 6 – Pindah program ke program lain, tak klik taskbar

Comments

2 Responses to “Macam mana nak curi kata laluan orang?”
  1. titan says:

    memang ada software. lagi satu, leh upah orang untuk curik password orang. So, hati-hatilah. Tapi klu urgent. Korang kene bayar la. HArga upah diorang dekat beratus gak dollar..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    siap boleh upah orang heh..kalau dah beratus dolar tu, mesti info dalam pc tu sangat2 bernilai..

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree