4 format burn yang perlu difahami

Salam dan Apa Khabar? :)

Ada pembaca yang bercerita dengan saya sebegini,

“nak burn CD tapi tak berapa reti. just masuk CD dan klik perkataan burn. tetapi tak boleh pula nak pasang di TV”

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda, yang sebenarnya ada 4 kategori utama format ‘burn’, iaitu

  1. Data CD
  2. Audio CD
  3. Videos/Pictures CD
  4. Image CD

dan seterusnya memahami bagaimana situasi di atas boleh terjadi.

Nota: Kategori ini ditulis berdasarkan perisian Nero

Apa itu Data CD?

Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?

Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?

Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.

Apa itu Image CD?

Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.

Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.

Jika masih tidak faham, saya berikan anda jawapannya di bawah ;)

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Jika burn dengan cara masukkan CD dan klik ‘Burn’ (tanpa perisian, hanya guna Windows), ia akan burn CD tersebut sebagai Data CD :)

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Program Penting Yang Harus Ada
  2. Persiapan Sebelum Format Komputer
  3. Ekstrak content CD dari fail ISO
  4. Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
  5. Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format
  6. Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk
  7. Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?
  8. Hantar Fail Saiz Besar Pada Rakan

Comments

24 Responses to “4 format burn yang perlu difahami”
  1. GreenLava says:

    Artikel yang bagus. Straight to the point.
    Thanks

    waidakmy Reply:

    @GreenLava, sama-sama :)

  2. ic….software ape yang paling best untuk burn cd/dvd

    waidakmy Reply:

    @hazman, saya memang pengguna setia nero selama beberapa tahun pun. perisian yang lain, seperti sony dan roxio, saya ada pengalaman buruk sikit (selepas burn, CD tak boleh read kat komputer lain)..mungkin nasib tak baik kot :P

  3. Jom Linux says:

    mungkin waidakmy boleh tulis tentang CD atau DVD jenis LightScribe di mana anda boleh gunakan pemacu LightScribe untuk terus buat label atas CD/DVD.

    waidakmy Reply:

    @Jom Linux, benda-benda yang saya tak pernah cuba ni susah sikit untuk saya terangkan. haa..apa kata jomlinux guest post pada blog saya tentang LightScribe ni? boleh ke? :)

  4. Jom Linux says:

    boleh..tp leh letak kredit ke Jom Linux ke? lg satu camne nak jd guest post? waidamy letak sy dlm user scr manual ke atau ada link?

    nota : sy mgkn boleh sumbang byk artikel psl Linux. hrp x keberatan. :D

    waidakmy Reply:

    @Jom Linux, eh..pastilah letak kredit ke Jom Linux :)

    takpe..awak send kat emel saya lah dalam format word ke..nanti saya masukkan cara manual

    ps: ok juga..nanti saya buat kategori khas tentang Linux :D

  5. aman says:

    @waidakmy, yup, nero memang best.

    waidakmy Reply:

    @aman, the one and only (cewah!)

  6. TMUkmkd says:

    fuh.. jomlinux pun masuk sini :D

    anyway.. masalah utama pada mereka yang mahu burn cd, mereka tidak tahu..
    apa bezanya dvd-rw, dvd+rw.. oleh itu terdapat kesukaran sedikit. mungkin WK boleh terangkan perbezaan – dan +

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, boleh juga tu..hmm..idea untuk post akan datang :D

  7. Kill-Vearn says:

    info yg sangat berguna pada yg masih belum mengetahuinya.. thumbs up 4 u…

    waidakmy Reply:

    @Kill-Vearn, terima kasih :)

  8. Anarm says:

    good post.. *2 thumbs up*
    good.. good..

    P/S: penah alami situasi member yg bengang, mengamok
    sbb cd dia burn xleh read kt dvd player..
    salah sndiri sbb burn as data..

    waidakmy Reply:

    @Anarm, itu lah sebabnya penting faham format burn yang mana kita burn :D

    lain kali pass saja artikel ni kat member, jadi tak perlulah nampak dia bengang-bengang lagi ;)

  9. ngongi says:

    so soalaan paling bodoh kot ni, tp mmg taktau n nak tau, macam mana nak burn videos/ movie kat dalam disc? maksud sy guna jenis CD apa? (NI UTK MAIN KAT DVD PLAYER BIASA)

    waidakmy Reply:

    @ngongi, yang wujud di dunia ini cuma ada soalan atau tiada soalan sahaja.

    Untuk main di DVD player, perlu guna DVD. Beli DVD-R yang kosong, dan burn mengikut format no 3 seperti yang diterangkan pada artikel atas.

  10. azizul hakim says:

    camne nak jadikan fail2 kepada .iso
    hu3..plzz ajar

    waidakmy Reply:

    @azizul hakim, Tuan. Ia perlu menggunakan perisian khas. Perisian yang saya gunakan adalah Nero. Ada fungsi di situ khusus untuke menukar fail menjadi .iso.

    Satu cara lagi, Tuan boleh cuba google perkataan “iso converter”.

    Amirul Reply:

    @waidakmy, tp klu gune imgburn lg snang free lak tuh.. “http://www.imgburn.com/”

    waidakmy Reply:

    @Amirul, apabila sudah ada software memang ia memudahkan, namun sekali-sekala bagus juga tahu apa software ini buat :)