Apa yang perlu difikirkan sebelum membeli laptop?
by waidakmy on September 13, 2008
in Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Memandangkan ada yang bertanya laptop bagaimana patut dibeli, jadi saya tuliskan post ini untuk anda
Pertamanya, saya tak akan terus sebut jenama apa yang patut anda beli untuk bajet sekian2. Saya hanya boleh beri pandangan saja (lainlah kalau anda tanya apa jenama pilihan saya
) dan terpulang pada anda untuk membuat kata putus sendiri. Saya bagi pendapat. Anda fikir dan ambil kata putus
Bagi saya, beli laptop ni sama saja macam beli baju. Tak boleh main beli saja bukan? Pasti kerana anda suka ciri2 yang ada pada baju tu sebelum setuju beli. Mungkin pada saiznya, warnanya, atau materialnya. Lain orang, lain ciri2 yang dipentingkan. Ada yang memilih kualiti material, ada yang tidak. Jadi, bergantung pada taste masing2.
Sama juga dengan laptop. Anda perlu tetapkan apa ciri2 yang dipentingkan pada sesebuah laptop tu. Baru anda survey dan bandingkan dengan bajet yang anda ada.
Antara ciri2 yang selalunya diambil perhatian:-
Kos/Bajet
Ini selalu jadi ciri utama dalam membeli laptop. Sedangkan, ia perlu gerak seiring dengan ciri2 lain. Jika anda inginkan laptop yang tiptop tapi murah, tak mungkin bukan?
Kegunaan
Fikirkan anda guna laptop ini untuk apa. Lain spesifikasi laptop untuk kegunaan berbeza. Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program2 yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan RAM berkuasa tinggi.
Berat dan Saiz
Jika anda orang yang selalu bergerak ke mana2, jadi anda perlukan laptop yang ringan. Jadi carilah yang bersaiz kecil (skrin 12″ ke?) Walaupun umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Boleh cuba deal untuk bateri spare hehe, jika memang selalu travel.
Tempoh Penggunaan
Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak (dalam kes macam ni, anda lebih perlukan desktop dari laptop
) Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti Fujitsu). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama2 mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.
Servis selepas jualan
Jika anda seorang yang sangat sibuk untuk hantar laptop yang rosak ke pusat servis yang jauh, pergi lah membeli di kedai komputer berhampiran. Kalau laptop tu rosak, telefon atau hantar saja ke kedai terbabit. Tak perlu la susah payah macam saya ni. Kedai tu yang akan bertanggungjawab hantar ke pusat servis. Anda hanya perlu relaks saja dan tunggu bil datang heh
Rupa Kosmetik
Rupa paras laptop. Ada yang pentingkan ciri2 ni
Jujurnya, saya tak kisah pun tentang ini. Janji best untuk digunakan
Begitulah lebih kurang ciri2 yang selalu diberi perhatian. Ada macam2 lagi ciri yang boleh difikirkan.
Konklusinya, fikir apa yang anda mahukan pada laptop tu. Senaraikan ciri2 tu ikut kepentingan seperti “wajib ada“, “ada atau tak sama je” dan “tak penting“. Baru lah anda mulakan survey untuk semua brand laptop. Kemudian, bandingkan dengan ciri yang anda ada. Pastikan ciri “wajib ada” tu dipenuhi oleh semua brand yang anda telah pilih. Kemudian, bandingkan harga
Ingat! Membeli laptop tu bukan pada brand-nya saja…
PS: Saya ada kerja part time sekarang..boleh lihat pada m/s 2 selepas download dari sini
Akhirnya terbit jua…
Related posts:
- Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
- Tips 11 – awas pengguna laptop!! mana anda selalu letak laptop?
- Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
- Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
- Tak perlu risau dijangkiti virus
- 4 format burn yang perlu difahami
- 4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
- Nak beli laptop ke desktop?




Lorh.. sikit sangat pasal Majalah IM ho ho ho! Kena buat full review
Balas Komen Ini
@Labanon: Haha..tak berniat pun nak buat full review..saja promosi percuma
Balas Komen Ini
hik2…tips laptop..maybe pasni nk usha…. netbook
insted of notebook
intel atom?
ps : layan..zass
Balas Komen Ini
@Dik Mal: Tak sesuai kot untuk saya. Nak main game payah nanti
Apa itu netbook-> http://en.wikipedia.org/wiki/Netbook
Balas Komen Ini
salam.sy shasha dari company swsta yang sedang menjalankan bisnes internet juga tapi macam slow jew…
so tiap ari tension n perlu fikir strategi seswai tok tarik client beli produk kite…
Balas Komen Ini
@Shasha: Saya rasa slow atau tak bergantung pada promosi juga..lagipun perniagaan Internet sama saja seperti perniagaan offline..ada pasang surutnya..
Balas Komen Ini