Jenis-jenis installer dan cara memasangnya

by waidakmy on February 1, 2009
in Coretan WK, Tips-Tips Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Terfikir untuk menulis post ini buat anda semua, setelah seorang kawan meminta bantuan saya memasang (install) program MS Project 2003. Bagi mereka yang tahu perkara ini mungkin menganggap ianya remeh, tetapi bagi saya, sesetengah perkara yang kita anggap remeh itu (take for granted), tak semua orang tahu mengenainya. Jadi, perkongsian berikut khas untuk anda :)

Sepanjang pemerhatian saya, ada 3 jenis installer perisian yang selalu disediakan penyedia perisian. Cara memasang (install) berbeza2 mengikut jenisnya. (Nota – installer adalah program khas untuk memasang (install) program ke dalam komputer secara automatik)

3 jenis installer itu adalah,

1. Format .exe

Yahoo Messenger

Ini antara format yang biasa kita jumpa atau download dari Internet :) Installer jenis ini, paling mudah proses pemasangannya. Apa yang anda dan saya perlu buat hanya klik 2 kali pada ikon program tersebut. Kemudian ikut arahan yang tertera pada menu. (Selalunya, klik Next dan Next saja :) )

Contoh sebegini:-

YahooMessenger, AVG, DoPDF

2. Dalam format .exe (Self-extracting archive)

XamppliteApa yang berbeza dengan jenis pertama, installer jenis kedua ini, adalah self-extracting archive. Ringkas kata, ia sebenarnya fail .zip yang telah dipakejkan menjadi fail .exe menggunakan program khas seperti 7-zip. Sama juga seperti jenis pertama, untuk memasangnya, hanya perlu klik 2 kali pada ikon tersebut.

Namun begitu, ia akan mula mengekstrak (mengeluarkan) fail2 yang terkandung dalam program .exe asal, dan bukan terpampang menu seperti biasa. Apa yang perlu anda buat, adalah membuka folder atau drive, di mana tempat pengekstrakan fail2 tadi telah berlaku.

Proses Ekstrak Ada sesetengahnya yang membenarkan anda menetapkan folder, ada yang tidak. Jika ini berlaku (tidak boleh menetapkan folder), besar kemungkinan fail2 itu berada di 2 tempat ini, iaitu My Documents dan Temporary Folder dalam C drive.

Untuk mula memasang program tersebut, mulakan dengan mencari 2 fail ini (abaikan saja fail2 lain), iaitu Readme.txt dan Setup.exe. Fail Readme,  selalunya akan mempunyai arahan2 yang dapat membantu anda memasang program itu. Kadang2, ada juga disertakan bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah ketika proses pemasangan.

Setup

Setelah membaca Readme.txt, klik 2 kali pada fail Setup.exe, barulah menu Setup seperti biasa akan terpapar. Kemudian ikut arahan yang tertera pada menu Setup.

3. Dalam format zip, gzip, rar dan lain2 format archive

Untuk jenis yang ketiga ini, anda perlu memiliki program2 seperti WinZip, WinRar, atau IZArc yang boleh mengekstrak format sebegini. WinZip untuk format .zip. WinRar untuk format .rar dan .zip. IZArc boleh format pelbagai jenis format selain dari .zip dan .rar :D

Fail ZipFail2 perlu diekstrak terlebih dulu sebelum kita boleh mengakses kandungannya (Dalam sesetengah kes, fail boleh diakses tanpa mengekstrak terlebih dahulu). Selepas itu, sama seperti di atas, ikut cara pemasangan bergantung pada fail yang ada, sama ada jenis pertama atau jenis kedua.

PS: Tiap kali tulis perkataan ekstrak ini, saya asyik fikirkan proses pengekstrakan bahan mentah je :P

Sedikit update WK:

1. Sibuk mengerjakan tempahan pelanggan untuk setup blog. Berminat? Dapatkan sebut harga di sini

2. Asyik terkena denda (huhu) – Khamis hilang tiket parking, Jumaat kena saman parking pula (tak aci sungguh DBKL, papan tanda letak hujung jalan sebelah sana)

3. Berjumpa dengan krew MajalahIM (Mal, Adly dan Zhafran) buat pertama kali di ofis mereka. Tak lupa juga Richie yang baru menyertai kami :)

Yang Sibuk Berkerja,

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. 4 format burn yang perlu difahami
  2. Tips 9 – install microsoft equation dalam word
  3. Program Penting Yang Harus Ada
  4. Tutorial: Pindah My Doc Ke Drive Lain
  5. Panduan Convert Fail Kepada PDF
  6. Tips 3 – bolehkah PC anda dikategorikan selamat?
  7. Cara buang temporary file dengan ccleaner (video)
  8. Cara Backup Fail Dan Database Blog

Comments

10 Responses to “Jenis-jenis installer dan cara memasangnya”
  1. DM says:

    Wah yang sibuk bekerja katanya..hehe :) pasal saman, tu nanti saya usha2 lagi.. hoho..cian kite kan aritu

    Balas Komen Ini

  2. WaidaKmy says:

    @DM: tu lah..tak pasal2 kena saman (haish)..kalau awak rajin nak tolong tengok2kan ok jugak..saya memang ingat nak pasrah je bayar huhu

    @Richie: kena juga ke? huhu..kalau ya..memang hari tu je dah 2 orang mangsa parking :D

    Balas Komen Ini

  3. firadila says:

    Assalammualaikum dan salam ceria widakmy,

    firadila baru je sampai kat sini..bagus sekali dengan info-info yang diberikan..

    Senyum dan ceria selalu..
    firadila
    http://firadilamotivasi.blogspot.com
    http://kompangdipalu.blogspot.com

    Balas Komen Ini

  4. waidakmy says:

    Waalaikumussalam firadila :)

    terima kasih banyak2..kalau bermanfaat wara2kan kepada kawan2 yang lain :)

    moga2 kita sentiasa ceria :)

    Balas Komen Ini

  5. Shameri says:

    Assalammualaikum buat widakmy,

    saya baru je jumpa widakmy kat sini..bagus sekali dengan info-info yang diberikan..

    Senyum dan ceria selalu..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Shameri, waalaikumussalam. terima kasih :) senyum dan ceria selalu juga..

    Balas Komen Ini

  6. Hailiza says:

    Salam Cik Waida,

    Officemate yang celik IT.. Saya baru je bukak website hang.. Bagus utk tatapan umum yang mahu mendalamai ilmu pasal komputer ni.. jgn tahu guna je komputer TAPI tak tahu apa yang ada di dalamnya.. klu tahu nak repair sendiri lagi bagus.. JIMAT DUIT kan.. klu nak jimat kan duit anda2.. layarilah website ini slalu.. (mcm mempromote plak kan)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Hailiza, hehe..tu la pasalnya..siap promote :D

    ps: cewah..hailiza tu :P

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree