Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
by waidakmy on January 18, 2009
in Panduan, Tips-Tips Komputer
Apa khabar?
Lambakan jenama komputer peribadi memang memeningkan lebih2 lagi ketika PC Fair. Namun begitu, bukanlah susah untuk memilih, kerana prosesnya sama saja seperti anda membeli baju (melainkan anda jenis yang main ambil saja baju di rak
)
Apa yang penting sekali dalam proses membeli komputer, anda mesti tentukan yang
Anda ini tergolong dalam kumpulan pengguna komputer yang bagaimana?
Ringkas kata, ada 3 jenis kumpulan pengguna komputer peribadi
Nama2 yang saya beri ini hanyalah rekaan saya semata2 . Jangan la pula anda Google, pasti anda tak akan menjumpainya di mana2.
A – ‘Mini’ yang mudah
Kumpulan jenis ‘Mini’ ini, penggunanya sering menggunakan komputer mereka untuk kerja2 komputer yang sangat asas, antaranya
- Menggunakan Office (Word, Excel, Power Point dll)
- Melayari Internet
- Editing gambar yang simple2
- Main game yang simple contohnya Solitaire, Zuma, DinerDash dll)
- Tengok cerita DVD atau CD
Pendek kata, mudah2 je penggunaan komputer mereka ini..
B – ‘Gempak’ yang canggih
Kumpulan pengguna ‘gempak’ ini pula, kerja pengkomputeran (computing) mereka banyak melibatkan grafik, bunyi atau animasi. Golongan pemain tegar game2 canggih (antara tanda game yang canggih adalah pada ketelitian grafiknya, contoh Dracula 3) juga termasuk kategori ini.
Kumpulan ‘gempak’ ini juga melakukan kerja2 yang sama seperti kumpulan ‘mini’
C – ‘Mobile’ yang sibuk
Bagi kumpulan ‘mobile’, mereka ini sering membawa komputer mereka ke mana2 saja mereka pergi. Maklumlah, mungkin mereka sibuk menguruskan kerja2 ofis, ataupun urusan bisnes Internet mereka. Pendek kata, orang dalam kategori ini, tidak boleh duduk diam di satu tempat, atau cepat bosan berada di satu tempat.
Kaitan 3 kumpulan itu dengan memilih komputer?
Bila dah tahu anda tergolong dalam kumpulan mana, barulah anda pilih sama ada nak membeli laptop atau desktop, kemudian tetapkan kriteria yang sesuai dengan kumpulan anda.
Contohnya – kumpulan ‘Gempak’ perlu fokus lebih pada processor, RAM, dan grafik kad.
Jadi, fikir2kan dalam kumpulan manakah anda?
‘Mini’ yang mudah?
atau
‘Gempak’ yang canggih?
atau
‘Mobile’ yang sibuk?
PS: Maaflah memeningkan anda dengan artikel ‘3 dalam 1′ lepas
Related posts:
- Nak beli laptop ke desktop?
- Apa yang perlu difikirkan sebelum membeli laptop?
- Panduan Beli Komputer 101
- Tips 11 – awas pengguna laptop!! mana anda selalu letak laptop?
- Jimatkan elektrik dengan setting ini..
- Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
- Ikut atau Tidak Trend Teknologi?
- 5 Sebab Patut Baca Jom Faham Spesifikasi PC




hummm K rasa K kene beli 2 la..
lappy dah ada.. untuk buat kerja programming.. tapi untuk design graphic kurang bagus la..
so kene ada desktop
p/s: banyak lak duitnya
Balas Komen Ini
x bleh nak jadi 2 in 1 ka?
BTW, cemane nk clean registry? PC melembab dgn kronik nye
Balas Komen Ini
@ShawnSharif: 2 dalam 1?
cuba guna CCleaner..senang je nak cuci registry..tapi jangan lupa backup registry tu..(ada option kat program tu)
Balas Komen Ini
@TMUkmkd: K dah masuk kategori ‘Gempak’..sesuai beli dekstop
laptop memang ada yang dibina untuk kerja2 grafik atau utk kumpulan ‘gempak’ ni..tapi mahal la..hehe
lagipun org kumpulan ni, selalu nak kena mengadap komputer lama..jadi skrin monitor yg besar sangat2 perlu..
atau option lain, beli laptop dan beli satu external monitor yang berskrin besar..
PS: memang nak kena guna duit banyak tu
Balas Komen Ini
Salam Waida.. wah cool la website.. keep it up!
Ingat tak? kita sama2 join seminar sabtu lepas.. saya makan depan awak hehe…
Balas Komen Ini
@Azrina: Salam
Ingat2..saya ingat lagi awak tanya “jadi awak ada domain?” heheh
terima kasih jenguk2 kat blog saya
Balas Komen Ini
saya rasa glongan A….
yelah beli x tgok2…janji murah…huhuhu
Balas Komen Ini
Adieba: kalau golongan A beli yang spesifikasi biasa2 je dah cukup..
komputer ni murah2 sangat pun tak bagus juga..spesifikasi, harga kena sama2 seimbang dengan keperluan kita..
Balas Komen Ini
shawn – setuju ngan tuan rumah – CCleaner (freeware) <– jangan lupa donwload tempat yang betul
Waida – tu la pasal.. nak kene beli desktop tapi nanti tak leh bawak jalan2 kakakakka.. nanti la.. now ada laptop lagi ok kot.. sebab nak mobile.. belajar.. nanti dah kerja baru la pikir nak ke desktop
adieba – tengok untuk apa komputer tu.. macam yang waida terangkan kat atas
Balas Komen Ini
@TMUkmkd: student lagi rupa2nya, padan la ada laptop..tapi masa student dulu pun, saya guna desktop juga..tapi sebab time tu, laptop mahal sangat..desktop je yang mampu beli
Balas Komen Ini
as’kum waida…
terima kasih nak ucapkan kerana penerangan mengenai interner connection tu..dapatla saya maximizekan penggunaannya..kalu tak rugije bayar 60 hingget sebulan…w’pun 60,tapi ekonomi skrg kira byk tu…
akhirnya saya berjumpa gak dgn website/blog yg boleh saya tanya tanpa segan2 lagi..thank you…smoga dirahmati allah slalu..
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
April 13th, 2009 at 1:28 pm
@rania, memang. bila kita dah bayar untuk sesuatu, tak kiralah murah atau mahal..kita ada hak untuk dapat apa yang suppose kita dapat
Balas Komen Ini