Kisah WaidaKmy dan Grafik Kadnya…
by waidakmy on August 25, 2008
in Coretan WK, Tips-Tips Komputer
Salam mesra semua
Aduhai, baru tersedar tak update blog Wanita & Komputer lagi. Rasa2 macam baru je tulis post minggu lepas
Update Berita WaidaKmy.com
Jumaat dan Sabtu lepas, server untuk blog WaidaKmy.com telah selamat diupgrade oleh pihak hosting, Ecommercemastery.com. Harap2nya server ini makin mantap dan hebat, Insya Allah…
Kisah WaidaKmy dan Grafik Kadnya
Pengalaman 4ourth dengan grafik kadnya mengingatkan saya tentang pengalaman dengan grafik kad saya sendiri. Sampai sekarang bawa masalah juga kadang2, cuma saya malas mahu layan saja
Kisahnya bermula bila saya nekad mahu tambah grafik kad pada komputer desktop. Tension bila beli CD game RPG, tapi tak boleh main sebab minimum specs untuk grafik asyik tak cukup. Akhirnya, beli grafik kad NVIDIA GeForce Fx 5500. Kenapa saya beli brand ini pun, saya dah tak ingat. Sebab harga kot
Periksa Motherboard Sebelum Membeli
Oh ya, sebelum beli tu, saya periksa dulu motherboard PC saya tu, boleh upgrade grafik kad atau tidak. Perlu tahu, ada slot kosong atau tidak pada motherboard (Saya pun baru belajar masa itu, pertama kali upgrade sendiri katakan). Perlu juga tahu, nak gunakan grafik kad jenis interface AGP, PCI atau PCI-E (Mulai 2008, kebanyakan grafik kad dari ATI dan Nvidia berformat PCI-E). Saya beli grafik kad jenis interface AGP.
Nak pasang pun tak susah. Hanya buka casing CPU, dan masukkan grafik kad pada slotnya. Di Internet, ada website yang terangkan step by step siap dengan gambar
Lepas tu, memang seronok tak terkata lah dapat bermain game RPG
Masalah pun bermula bila…
Masalah bermula, bila komponen dalam grafik kad tu mula meletup (adik saya tengah main “Around the world in 80 Days” masa tu). Memandangkan kad tu masih dalam waranti, saya pun hantar ke kedai untuk dibaiki. Apa yang saya perasan, perkakasan elektrik/elektronik susah untuk elok kembali walaupun setelah dibaiki.
Dalam beberapa bulan, ianya dah siap dibaiki. Guna untuk biasa2 saja. Dah serik main game yang terlalu tinggi rendering-nya
. Tapi, macam yang saya kata, grafik kad ni kembali rosak, tapi kali ni tak ada bunyi meletup lah. Setelah dibaiki kali pertama dulu, waranti saya bertambah setahun lagi. Jadi, dapat baiki secara percuma lagi
. Bukannya sengaja, dah rosak dalam waranti lagi sekali, nak buat macam mana kan?
Adakah ini puncanya?
Pelik juga, kenapa rosak sampai 2 kali. Apalagi, saya pun mula cari info di Internet. Rupa2nya, mengikut forum yang saya baca, rata2 nya menghadapi masalah dengan model motherboard yang saya pakai, ECS P4M800PRO-M. Ada juga yang berkata, model motherboard ini tak sesuai untuk letak grafik kad. (Sumber tak dapat diingat kerana cerita ini dah terlalu lama berlaku)
Sampai sekarang, saya memang tak tahu lah kenapa. Mungkin grafik kad. Mungkin juga motherboard yang bermasalah. Saya pasrah saja. Selagi motherboard masih boleh dipakai, saya tak akan tukar. Grafik kad pun setelah dibaiki, masih elok sampai sekarang. Ia akan jadi un-detected sebab longgar dari slotnya, bila saya terlanggar CPU. Terpaksalah buka casing CPU dan ketatkan kembali grafik kad pada slotnya.
Ulasan Cadangan No. 1
Sebab itu lah, saya kata pada 4ourth, mungkin lebih berbaloi untuk membeli motherboard baru yang bagus. Terpulanglah, lain komputer lain halnya
Bab kena ketuk tu biasalah, sebab tu kena cuba faham2kan juga apa yang ada dalam komputer anda. Berurusanlah dengan mereka yang anda rasa boleh percaya. Saya pun selalu kena ketuk juga bila hantar kereta ke workshop. Perempuan kan? Jadi, saya cuba untuk faham juga apa yang ada dalam kereta. Sekurang2nya saya boleh persoalkan mechanic tu balik
PS: Bukan nak memburukkan mana2 brand yang disebut dalam entri kali ini. Sekadar berkongsi pengalaman
Related posts:




yup..kisah yg sama berlaku pada computer ku..
Balas Komen Ini
itulah korang berdua ni..terror sgt main games..kekekekek..tgk aku main brick game jerk
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
August 27th, 2008 at 9:29 am
brick game sekali sekala takpe, yang macam ni baru canggih :p
Balas Komen Ini
terima kasih atas ulasan panjang lebar waidakmy.
di sini saya ada satu cerita tentang graphic card yg mungkin boleh memberi manfaat pada yang lain2.
2 minggu lepas, saya telah pun membawa cpu untuk diupgrade (tambah ram) dan pasang graphic card (gc). untuk permulaan, segalanya nampak berjalan lancar. tetapi kemudian, saya perasan, technision di kedai itu tidak faham masalah cpu saya. apa yg dia lakukan hanyalah install semula driver gc mainboard, saya dikenakan cas rm30 untuk solution yg adik saya pun boleh buat.(ram 2gig RM130)(gc RM150)(reinstall driver RM30)
kemudian,
gc yang di pasang pada mobo, tidak dpt detect oleh mobo. seterusnya, tuan kedai menyuruh saya menukar motherboard baru. (mobo RM255) (campur upah pasang)
kemudian,
tuan kedai menyuruh saya turut menukar power supply, dengan menakut2kan saya, mobo mungkin tidak sesuai dengan power supply asal. (ps RM60)
saya yakin, selepas menukar power supply pun, pasti ada benda lain yg disuruh tukar oleh tuan kedai nanti. jadi saya rasa, semua faham apa yg cuba saya sampaikan di sini.
(cpu saya tidak saya upgrade, saya ambil semula) kedai computer ini ialah “East Malaysia Computer Sales & Services” jadi, kawan2, berhati2 dengan kedai ini. tambah lagi bila anda kurang faham masalah PC.
perbelanjaan saya untuk menukar GC di kedai ini telah menjangkau sehingga RM600++ . XD!!!
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
September 3rd, 2008 at 10:30 pm
Apa akhirnya 4ourth?
CPU tak upgrade? atau 4ourth maksudkan Mobo?
Kiranya, grafik kad hangus begitu saja lah? Sayang la pula..cuba jual 2nd hand dekat member2..takde la rasa rugi sangat..walaupun saya tahu anda rasa rugi sangat..sabar2..
Ini susahnya jika deal dengan orang yang tak mahu check betul2 apa yang rosak dengan kom kita..
Balas Komen Ini
saya hantar cpu ke kedai itu, kononnya untuk repair + upgrade.
bila things dont go well,
kesudahannya, saya batalkan semuanya. :p
(kecuali ram 2 gig, saya bayar untuk itu
pada mulanya tuan kedai berkeras tidak mahu buka semula gc baru yg sudah siap dipasang.
tapi setelah dijerkah oleh saya, berbaur ugutan
(saya kakitangan kerajaan, bhg penguatkuasaan)
XD, baru dia mahu lebih diplomasi.
kawan2, kadangkala kita tidak boleh berlembut sgt dgn jenis peniaga sebegini. walaupun kita bukan faham sgt hal2 komputer.;p
waidakmy jika buka kedai komputer, beritahu saya ya, mesti saya hantar pada awak
nampaknya saya perlu luangkan lebih masa di blog ini, setidak2nya ada sedikit pengetahuan.
hidup blog waidakmy!
*untuk org2 buta it mcm saya XD!!!
Balas Komen Ini
WaidaKmy Reply:
September 5th, 2008 at 7:16 am
owh..baru faham ceritanya..
memang tak patut berlembut dengan orang begini..hmm..tapi ada juga yang okay..setakat ni yang saya jumpa kebanyakannya okay lah.
mungkin juga, kita kena tanya lebih banyak soalan. supaya dia berfikir sama ada dia buat langkah yang betul atau tak. sebab ada yang jenis mentaliti, “apa saja boleh, janji cepat siap”. paling teruk, jika jumpa mentaliti sebegini pada peniaga.
ps: buka kedai komputer? hehe..
Balas Komen Ini