Nak beli laptop ke desktop?

by waidakmy on January 5, 2009
in Tips-Tips Komputer

Apa khabar? :)

Sudah 5 hari kita melangkah ke tahun baru, 2009. Sudah ada azam yang hendak dicapai pada tahun ini? Tak apa pun jika masih belum ada, bak kata Sabri, kita ada 3 tahun baru dalam masa terdekat ini. Tak sempat Tahun Baru Hijrah atau Tahun Baru Masihi, Tahun Baru Cina masih ada :D

Tahun baru ini, mungkin ada yang sudah bercita-cita nak membeli komputer. Tak kiralah, sama ada baru nak membeli, ataupun mahu mengganti komputer lama yang dah terlalu uzur.

Apa2pun sebabnya, sudahkah anda pertimbangkan komputer peribadi bagaimana yang mahu dibeli? Bukan jenama, tetapi adakah komputer itu..

Laptop atau Desktop?

Jika sudah tahu yang mana satu pilihan hati, baguslah. Jika belum, mungkin anda boleh tengok sebab2 kenapa orang memilih laptop atau desktop yang saya akan tulis di bawah ini :)

Kenapa Laptop?

Laptop pilihan hati?

Laptop pilihan hati?

Mobiliti

Antara sebab utama orang membeli laptop. Ia mudah dibawa ke mana2 sahaja. Tak seperti desktop yang agak sukar untuk dipindahkan, kerana komponen2nya yang besar dan banyak. Bayangkan, untuk memindahkan sebuah basic desktop, perkakasan minima yang perlu anda angkat adalah CPU, monitor, keyboard, mouse dan speaker. Itu belum dikira lagi jika kita ada perkakasan tambahan seperti printer, scanner dan lain2 lagi.

Selingan – Sebab2 tambahan kenapa orang membeli laptop

Mengikut survey yang saya buat, “kenapa memilih laptop atau desktop?”, ada 2 sebab yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama :) Menarik sebab saya tak terfikir pula sebab ni..

Nooraza memilih laptop sebab dia cepat boring buat kerja di tempat yang sama :)

HasnahDaud pula membeli laptop ketika dia duduk di tingkat 5 rumah flat. Mudah bagi dia untuk bawak naik hehe

Kata Putus – Laptop dipilih sebab mudah untuk dibawa ke mana2 TETAPI bergantung juga pada Berat dan Tempoh Ketahanan Bateri

Jika berat sangat, susah juga untuk angkut ke mana2 selalu

Jika bateri cepat sangat habis, laptop tidak boleh dibuka juga :) (melainkan anda pasang laptop di tempat yang ada punca elektrik)

Kenapa pula Desktop?

Atau desktop?
Atau desktop?

Tahan lasak

Bukanlah saya bermaksud jika anda ketuk komputer anda dengan tukul, ia takkan rosak. Apa yang saya maksudkan, komputer anda elok dan tidak tersangkut2* untuk kerja2 yang melibatkan penggunaan kapasiti RAM atau Processor yang banyak seperti editing gambar, animasi dan juga bermain game berkuasa tinggi.

*bergantung pada spesifikasi komputer

Pendek kata, desktop sesuai untuk mereka2 yang terlibat dengan kerja2 di atas. Selalunya pun, golongan ini akan buka komputer mereka seharian (ada juga sampai seminggu, tapi ini tak berapa digalakkanlah). Kerja2 multitasking juga mudah dilakukan jika menggunakan desktop.

Sebaliknya pula dengan laptop, kita mesti berlemah lembut dengannya, seperti rehatkan laptop selepas gunakkannya 3 ke 4 jam :D Kekerapan laptop untuk hang lebih tinggi jika digunakan untuk kerja2 seperti di atas.

Mudah upgrade, Mudah dibaiki

Antara sebab lain, kenapa orang lebih tertarik untuk membeli desktop adalah mudahnya untuk upgrade komponen2 dalam desktop pada masa depan. Mungkin selepas 2, 3 tahun desktop itu digunakan, anda mahu menambah kapasiti harddisk, ataupun menambah kapasiti RAM.

Selain mudah untuk upgrade, desktop juga lebih mudah dibaiki berbanding laptop, kerana komponen2 desktop antaranya motherboard, RAM atau harddisk senang dicabut dan dipasang semula pada komputer. Harga untuk membaiki sebuah desktop juga lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga membaiki sebuah laptop.

Harga

Dengan spesifikasi komputer yang sama, harga desktop akan jauh lebih murah berbanding laptop. Katakan anda mahu membeli sebuah komputer untuk tujuan bermain game, jadi anda perlukan komputer yang mempunyai grafik kad yang canggih, dan juga RAM dan Processor yang berkuasa tinggi.

Untuk tujuan gaming, harga sebuah laptop akan berada antara RM4000 ke RM10,000. Mahal bukan? Namun jika anda beralih ke desktop, tak mustahil untuk mendapat harga serendah RM2500*.

*untuk desktop yang dipasang sendiri

Selingan – Sebab tambahan kenapa orang memilih desktop untuk saya kongsi bersama anda

Desktop kurang menarik minat pencuri berbanding laptop :D

Kata Putus – orang membeli desktop kerana Tahan Lasak, Mudah Upgrade dan Mudah Dibaiki, dan Harga.

Jadi, sebelum memilih desktop atau laptop, pertimbangkanlah sebab yang paling utama buat anda, kerana desktop atau laptop masing2 ada keburukan dan kebaikannya.

PS: Terima kasih pada yang join survey saya di Forum WangCyber dan Twitter hari itu :)

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
  2. Panduan Beli Komputer 101
  3. Tips 11 – awas pengguna laptop!! mana anda selalu letak laptop?
  4. Apa yang perlu difikirkan sebelum membeli laptop?
  5. Jerat Pakej Komputer Murah Lowyat
  6. Pernah dengar Windows ME?
  7. Rutin selenggara laptop?
  8. Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop

Comments

31 Responses to “Nak beli laptop ke desktop?”
  1. TMUkmkd says:

    gud artikel.. bagi K, bergantung kepada “apa yang ko nak buat” tapi itu bagi lelaki, kalau perempuan, mungkin juga akan bertanya tentang itu, tetapi rata-ratanya bukanlah untuk bermain high-end game mahupun graphical software :)

    so perkara yang ada utarakan diatas dapat dijadikan panduan

    Balas Komen Ini

  2. KNizam says:

    beli je laptop
    lagi portable
    tapi susah jaga sket la

    Balas Komen Ini

  3. Saya beli laptop sebab dia lagi “cute” dan ada banyak variety coulour dari desktop. (tak educated betul jawapan kan?, tetapi itulah sebab utamanya.. hehe)

    Sabri

    p/s: Tu gambar lab kat UTP tu kan? Nostalgia sungguh… :)

    Balas Komen Ini

  4. aman says:

    aku lagi suka desktop. nampak sikit besar dia. beli ratus-ratus, nampak sikit saiz dia. haha. tapi kalo nak mudah alih, maybe prefer netbook. hoho. kalo terpaksa amik notebook pun, masybe amik mac kot. haha.

    Balas Komen Ini

  5. DM says:

    Heheheh….kalo tny Mal, Mal ske desktop..tapi sebab nak mudah alih esp kalo g kelas, i choose laptop…

    tp in future..rasanya utk kerja, desktop, utk bwk jalan2, netbook..utk kerja2 luar rumah, macbook..heheheheh

    Balas Komen Ini

  6. WaidaKmy says:

    @TMUkmkd: memang bergantung juga pada apa yang kita nak buat dengan komputer tu..

    Sebenarnya, saya dah ringkaskan point TMUkmkd tu pada ciri-ciri desktop, iaitu tahan lasak. (Maybe tak sampai maksud kat post atas tu) Maknanya, nak main high-end game atau mahupun graphical software, janganlah beli laptop :p

    Bukan tak boleh beli, tapi harganya akan tersangat mahal, tak berbaloi..

    Balas Komen Ini

  7. WaidaKmy says:

    @Knizam: tersangat-lah portable sampai mudah dicuri :)

    Balas Komen Ini

  8. WaidaKmy says:

    @Sabri: banyak aja orang membeli sebab rupa..memang boleh teruja pun tengok rupa laptop dari desktop :)

    ps: yup, gambar lab kat UTP :) kalau tak silap, bangunan IT. Tengah guna program MATLAB untuk kelas Image Processing kot, dah lupa~ :P

    Gambar laptop tu pun background UTP juga. Hint: gambar background salah satu village..

    Balas Komen Ini

  9. waidakmy says:

    @Aman dan DM: Kenapa Mac pilihan hati? Sebab rupakah? :D

    Netbook pun dah ramai yang mula suka..Hajat di hati pun terasa nak beli netbook, tapi tak ada CD/DVD la pula huhu..

    Balas Komen Ini

  10. saramsak says:

    saya sendiri skang pakai desktop, laptop tu nnti nk beli gak…

    pd pendapat saya, sapa2 yg nk beli komputer, biar la beli desktop dlu…
    dah lama sket,beli laptop lak…
    ada 2 2…
    sebab sy sarankan desktop dulu ialah desktop jauh lebih murah dan lebih tahan lama berbanding laptop…
    laptop ni mahal dan cepat panas…

    Balas Komen Ini

  11. DM says:

    hoho..waida, satu sebab yg tak dapat nak dinafikan, kerana rupa la waida :P

    Balas Komen Ini

  12. WaidaKmy says:

    @DM: sebab yang sangat kuat..barang IT yang lawa dan kiut pasti dimenangi oleh Apple :D

    saya tak boleh yang terlalu lawa sangat, takut nak guna..nanti tercalar.. :P

    Balas Komen Ini

  13. WaidaKmy says:

    @Saramsak: tak semua mampu nak beli dua-dua. Lagipun, 2 komputer, bertambah kos maintenance nanti..tapi jika ada kemampuan apa salahnya..

    Apa2pun, beli biarlah ikut kegunaan..nanti saya akan cerita lebih lanjut dalam post-post akan datang :)

    post kali ini lebih kepada perbandingan kelebihan/keburukan laptop dengan desktop

    Balas Komen Ini

  14. saramsak says:

    bukan beli 2 2 sekali harung…
    sakit tu…
    huhuhuhu…
    maksud saya,pakai desktop dlu…
    kalo ada duit baru beli laptop lak…
    tp apa2 pon desktop dlu…
    jauh lbih murah dan easy maintenance…
    :)

    Balas Komen Ini

  15. ShawnSharif says:

    Macam ku kenal saja rupa laptop tersebut. Gigi nya yg rongak tinggal 1 tidak akan ku lupa kan :) waha!

    God… ape la nasib si Gemok after all these years… 2 years dh being taken!

    Balas Komen Ini

  16. WaidaKmy says:

    @Saramsak: Kos maintenance untuk desktop memang lebih murah berbanding laptop

    @ShawnSharif: Dah 2 tahun ek? kejap je masa berlalu..

    Balas Komen Ini

  17. Kak Eda says:

    Saya suka laptop untuk kegunaan peribadi. Untuk kegunaan keluarga pula desktop sebab lebih tahan lasak dan senang nak monitor anak buat apa kat pc. desktop juga boleh pilih screen yang besar.

    Balas Komen Ini

  18. waidakmy says:

    @Kak Eda: betul juga tu..tu la agaknya monitor kat CC besar2 belaka :D

    Balas Komen Ini

  19. dins says:

    aku sebenarnya lebih suka desktop sebab lebih lasak compare dengan laptop.
    tapi bila fikirkan balik pasal space..better guna laptop…jadi sekrang ni guna laptop…ingat lepas ni nak kena ade dua-dua.

    Balas Komen Ini

  20. WaidaKmy says:

    @dins: hehe..terpulang..lain orang, lain kesukaannya, lain prioritinya..macam saya dulu suka desktop..tapi sekarang ada masa2 saya nak ada laptop..

    tapi masa nak beli tu..tengok lah prioriti pada masa tu..kalau nak tunggu2 memang susah la..sebab makin lama, komputer makin canggih..tak akan boleh kita kejar teknologi tu.. :)

    Balas Komen Ini

  21. Shaz says:

    for student, laptop mmg suitable..
    tp bg sy, sy lbh ske destop..

    spe kte destop x ‘ciut”..
    cb surf intrnt tgk org modify destop..
    confem cair nk bli destop trus..
    lg lawa dri latop..
    sy sndir modify destop..
    puas ati gler..

    Balas Komen Ini

  22. WaidaKmy says:

    @Shaz: lain orang lain perasaan cantiknya tu :) saya sendiri pun suka kat desktop lagi..

    Balas Komen Ini

  23. K.I.T.T says:

    beli laptop macma beli kereta.lepas 2 tahun bateri pastu keyboard pastu DVDRW pastu Charger last sekali motherboard rosak.

    ada 5 brand yang elok

    1)Sony 2)Fujitsu 3)IBM 4) DELL 5)Lenovo

    maksud aku elok ni tahan lasak.x mudah sangat rosak(kecuali jatuh) kalau ada problem pun waranti cepat.cth macam dell button dia tercabut satu….korang call je bagi masa 1 hari nanti dia tukar one by one satu keyboard tu.xde banyak soal.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @K.I.T.T, yup..bagi saya beli apa2 barang sekali pun..memang boleh rosak punya..mesti ada jangka hayatnya..cuma tempoh tu bergantung la kepada pandai tak orang tu menjaganya, tempoh penggunaannya dll

    ps: kalau laptop, saya memang bias pada Fujitsu saja heh

    Balas Komen Ini

  24. HAiri says:

    aku pc rumah aku pakai Quad series (4 core/processor in single cip) pastu HDD 500GB SATA pastu ram 2GB.pastu chasing aku jenis kecik.ringan.bukan besar gedabak.cpu aku siap meter-meeter turbo ngan temp.lampu warna biru.chantekkkkkk!!!yang best LCD Aku 22`……brand viewsonic….main game macam nak masuk dalam monitor tuh!!…laptop? aku ada usha laptop Toshiba Qosmio..dulu rege dia rm 10k.tapi la ni dah rm 6k.aku plan tu la nak beli…..

    tapi nak hulur rm 6k tu …..mengigil ibu jari kaki belah kanan…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Hairi, kalau simpan sikit-sikit, tak mustahil dapat RM6k tu :)

    Balas Komen Ini

  25. HAiri says:

    aku paling menyampah bila nak simpan then time nak beli orang lain dah sapu dulu…menyesal x sudah.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Hairi, laptop pun boleh jadi kes begini ke? tak pernah pula terjadi pada saya begini

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree