Apa khabar semua? :)

Woh..2 minggu lebih rupanya saya tak menulis di sini. Manakan tidak, komputer saya rosak (tak boleh nak start dah), quick fix yang saya ceritakan sebelum ini tak berkesan agaknya :P Sekarang ini, ia dah pun selamat dihantar ke kedai. Kalau ada alat, mahu saja saya troubleshoot sendiri. Bosan tak ada komputer nih kalau lama2 :P

Mujur la ada laptop lama kepunyaan famili saya. Laptop ni dah nak masuk 7 tahun umur dia. Masih elok, cuma disimpan saja lah, sebab kami dah ada laptop lain yang lebih baru. Patutlah orang kata, yang lama jangan dilupakan, ada masa berguna juga :) Laptop brand apa? Laptop Fujitsu :) Jadi tahulah anda sekarang kenapa saya gemarkan brand Fujitsu :P

Laptop ini boleh dikategorikan sebagai ‘oldies’ juga, sebab ia pakai WIndows ME. Bukan WIndows XP, bukan juga Vista. Pastilah kan? Dah 7 tahun umurnya. Silap2 ada antara anda yang tak pernah dengar atau guna pun Windows ME ni. Saya pun dah hampir lupa tentangnya. Lagi2 bila dah seronok pakai Windows XP.

Apa itu WIndows ME?

Windows ME adalah sistem operasi komputer keluaran Microsoft sebelum Windows XP. ME itu adalah singkatan dari Millenium Edition. Sebut tentang millenium, dah pastilah ia dikeluarkan pada tahun 2000 :) Ingat isu Y2K? Pada tahun yang sama la tu. Tapi, tak bertahan lama. Dalam masa setahun dah dilawan oleh Windows XP.

Pastilah, banyak perbezaan antara Windows ME dengan XP. Masa saya guna XP, ada sesetengah fungsi yang saya ambil mudah. Bila dah guna ME, baru tahu dan sedar, rupa2nya fungsi ini tak ada dalam ME. XP juga lebih user-friendly dan lebih kepada grafik berbanding ME.

Ok, ini saya print screen gambar dari laptop ini. Cuba bandingkan dengan komputer anda (pergi ke Menu Add/Remove Programs di Control Panel). Berbeza bukan?

(Klik pada gambar untuk gambar penuh)

Anda mungkin terasa buruk hoho, ya lah berbanding dengan XP kan? :P XP lebih lively dan berwarna. Tapi, ada juga yang suka begini, mungkin kerana lebih mudah dan simple.

Oh ya, satu kelebihan XP, dengan XP, anda tak perlu install driver untuk mouse (USB). Saya baru sedar, di WIndows ME, saya perlu ada driver untuk install mouse. Tapi, tak boleh salahkan ME juga, kerana pada masa itu, mouse kebanyakannya adalah menggunakan penyambung jenis PS/2 (sama seperti penyambung keyboard).

Kekurangan menggunakan komputer lama

Selain dari sudah terlalu biasa menggunakan Windows XP, saya juga terpaksa mencari program2 lama untuk memastikan laptop ini dapat digunakan. Bayangkan, Mozilla Firefox yang saya pakai ini, adalah dari versi 1.0. Versi 3.0 (terbaru) tidak disokong oleh laptop ini. Ada juga program2 lain, yang saya perlu cari kembali, kerana tak semua program baru disokong oleh Windows ME. Mujur ada website ini, untuk saya cari kembali program2 versi lama :)

Ok lah..kali ini saya hanya berkongsi info tentang Windows ME :)

Jumpa lagi di lain kali…

PS: Saya juga sibuk dengan servis ini sekarang, jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi kami di sini :)

  • Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Tips 34 - Sambung external monitor pada laptop
  2. Nak beli laptop ke desktop?
  3. Apa yang perlu difikirkan sebelum membeli laptop?

Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini

Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog WK supaya tak ketinggalan tips-tips komputer terbaru dari saya..
PS: Tak tahu apa itu RSS feed? Dapatkan infonya di sini




Artikel ini ada 33 comments.

  1. Andak
    16 Nov 08 2:50 am
  2. PC pertama saya dari IBM menggunakan Windows ME. Masih boleh digunakan hingga sekarang. Kalau tak silap features nya hampir sama dengan Windows 2000.

    Balas Komen Ini

  3. TMUkmkd
    16 Nov 08 8:37 am
  4. tak perna guna windows ME, kerana dari Windows apatah yang ada painbrush, ski game, terus ke windows 95 dan ke 98se dan ke xp… tak singgah ME, kerana bagi saya ME tak userfriendly berbanding 98se.. tak tahu la kenapa

    Balas Komen Ini

  5. WaidaKmy
    16 Nov 08 10:05 pm
  6. @Andak: Aah lebih kurang sama kalau tak silap, cuma Windows 2000 dibuat khas untuk bisnes.

    @TMUkmkd: Windows sebelum Windows 95 tu, Windows 3.1 kot..kalau tak silap :) Memang Win ME tak user-friendly..dulu tak perasan pun, lepas dah guna XP baru sedar :p

    Balas Komen Ini

  7. KampungBoy
    19 Nov 08 3:16 pm
  8. Sebelom ini penah jugak dengat. tau2 cmtu ajela…thanks la..sebab share infio ini. Sharing is caring.

    Balas Komen Ini

  9. WaidaKmy
    19 Nov 08 9:44 pm
  10. @KampungBoy: sebab hayat dia sekejap sangat..ada yang tau..ada yang tak tau..itu biasa la kan..XP nanti pun bakal terima nasib yang sama juga, selepas Vista popular..kemudian diikuti dengan Windows 7 pulak..

    Balas Komen Ini

  11. zool
    19 Nov 08 11:53 pm
  12. Windows ME tak berjaya kerana ketidakstabilannya..
    Pakai XP lagi ok…

    Balas Komen Ini

  13. Amzar
    21 Nov 08 3:23 pm
  14. Saya pernah guna Windows ME dan saya tak ada masalah sangat dengan OS ni. Cumanya kalau nak format sakit sket sebab lama, one more thing kita kena taip command sebab Windows ME ni guna MS-DOS prompt (cmd). Win2K pulak bukan lagi MS-DOS based Windows. Dia satu geng dengan Win XP, dalam group Windows NT. :)

    Balas Komen Ini

  15. Andak
    21 Nov 08 3:48 pm
  16. Hadoooiii teknikal nya, kekekekeke. Dan mende mende teknikal ni kalau nak ikut mmg tak larat. Setiap hari ada je kuar yang baru. Sebab tu lah saya tak amik kisah sangat. Asal senang untuk saya guna dah le, pastu laju.

    Balas Komen Ini

  17. WaidaKmy
    21 Nov 08 11:03 pm
  18. @Amzar: betul..leceh sikit untuk prompt dia..skill DOS pulak dah lupa..lama sangat tinggal..

    Balas Komen Ini

  19. Garfield
    23 Nov 08 1:10 pm
  20. kalau nak guna PC lama, baik guna saja Linux.
    I suggest untuk guna Xubuntu sebab ia hanye perlu 256mb ram and P3 500mhz saje.

    kalau PC lama u tu hanye 64mb Ram & P2(or below), i suggest u guna saje Puppy Linux.

    Kenape I suggest guna Linux? sebab ia adalah OS yg free and ko xkan kena piracy problem dgn BSA nanti.

    features yg ade dalam Puppy linux memand dah memadai untuk daily usage, malah, ia mempunyai features yg lebih banyak drp Windows ME.

    Puppy Linux hanya guna hard disk space ko kurang drp 100mb.

    Kalau ko ade Ram & proc yg cukup, guna saje Xubuntu.

    Balas Komen Ini

  21. cleffairy
    23 Nov 08 1:21 pm
  22. I’m not so sure how to react to your article. ME has been outdated for such a long time. What’s more, it’s another failed and unpopular product from Microsoft. ME, a version released after Win 98, isn’t it? If the laptop specs is outdated and can’t use any newer OS that require better specs, why not use Linux instead? As far as I am concern, Win ME also consume a lot of RAM.

    Anyway, English has always been a general language for computer stuff, so I find your articles on IT stuff are rather hard to understand and comprehend.

    Balas Komen Ini

  23. waidakmy
    23 Nov 08 1:30 pm
  24. @Garfield: Terima kasih Garfield sebab memberitahu. Appreciate it! Boleh jadi panduan untuk orang lain sama.. :)

    Win ME yang saya pakai ni ori, sebab beli sekali dengan laptop Fujitsu.

    Ia taklah seteruk yang saya komen tu hoho, cuma ya lah kita dah biasa dengan features XP.

    Tapi, apa pun masih boleh bersabar, sebabnya saya gunakan laptop ini sekadar mahu ’survive’ sampai komputer saya siap dibaiki :P

    Balas Komen Ini

  25. Garfield
    23 Nov 08 2:00 pm
  26. kalau untuk buat kerja, Ubuntu Linux adalah OS yg lebih bagus drp WinXP.

    especially if u an IT personnel.

    sebab ko x perlu bimbang pasal virus, and apache2, mysql, php and semua server applications 100% compatible untuk Linux, x perlu download and install sendiri, semua apps dah ade dalam apt-get repo.
    :)

    honestly, walau pun I kena sentuh XP tiap-tiap hari(bodoh punye client hanye suka windows). tapi i sendiri dah x guna windows, sebab I dah x tahan dgn instability windows.
    :)

    anyway, u r welcome to join into http://chix.foss.org.my
    an opensource community for females in malaysia.
    u can learn more there
    :)

    Balas Komen Ini

  27. waidakmy
    23 Nov 08 2:53 pm
  28. @Cleffairy: Hi Cleffairy :)

    Thanks for dropping by. Appreciate your comment :)

    Yes, ME is released after 98. As to the why i’m ’stuck’ to the ‘unpopular’ ME and not using Linux instead :) please read on..hope you’ll understand my predicament-of-choice :P

    1-the laptop comes with ME, which is being used at the time of purchase

    2-it’s a hassle and time consuming, (at least to me) to install another OS in a computer which i’ll be using temporarily (most of it on w/ends anyway :) since i’ll be working on w/days ). Definitely not worth the time i’ll be spending to tune it up, just to surf, write and chat :D i might as well use the time to relax :D

    Oh, anyway, though English has always been a general language for computer stuff, it’s not a crime to write computer stuff in Malay :)

    For me, language is just a tool for people to communicate. It doesn’t change things that you want to say regardless of the language. What’s more important is the message inside :) Which relates to the content in this blog. If not, why books, movies and film from all over the world keeps translated over and over again? Take Harry Potter as example :)

    But, it does effect me, if you find the content is un-comprehensible. I do write with readers in my mind, in which i hope my writing will be understood by all, even for people with no IT background.

    So, i’ll really appreciate it if you can help me point the direction as to where the uncomprehensible part began, will you?

    Thank you :)

    PS: i’m always contactable anytime :) just fill in the “hubungi saya” form..

    Balas Komen Ini

  29. waidakmy
    23 Nov 08 3:27 pm
  30. @Garfield: Linux memang bagus, dan akan improve. Sebab? Ia open-source, dan tiada yang ambil keuntungan secara direct dari OS tu (tak macam yang lagi satu tu hehe)

    Sorry for you, tapi itulah, Malaysian memang suka Windows :P

    Bagi saya, senang, sebab ia datang dengan komputer tu. Mungkin itu sebabnya orang2 lain pun sama. Tak terfikir nak pakai OS lain hehe.

    Mungkin akan datang, bila saya ada banyak masa lapang, saya tukarkan OS untuk laptop ni, supaya dia taklah berhabuk saja dalam almari tu nanti :P

    Boleh test-drive puppy linux tu sekali :)

    Thank you for the invitation :) I know i’ll definitely learn more from there :)

    PS: Saya bukan orang IT, tiada degree dalam IT pun :D

    Balas Komen Ini

  31. ShawnSharif
    23 Nov 08 9:48 pm
  32. haha. brings back old memories ;) ingat si Gemok lagi x? hidup je dengan ME… in fact eventho skrg pakai OS XP, aku still set to windows classic view, guess I’m stuck in a time wrap =P

    aku x penah plak rase pakai ME complicated… alah bisa tegal biasa ;)

    Balas Komen Ini

  33. WaidaKmy
    23 Nov 08 10:46 pm
  34. @ShawnSharif: Gemok? nyaris2 dah lupa..hihi..the good ol’ days :P perasan yang kau pakai classic view itu :P

    Balas Komen Ini

  35. Star
    24 Nov 08 2:49 pm
  36. betul kata garfield, better use linux je now. windows version mmg berat sket…
    not only to pc but same goes to server.

    cume linux ni kurg diguna public je.

    Balas Komen Ini

  37. Garfield
    26 Nov 08 1:59 pm
  38. sebenarnye, quality Linux memang dah atasi Windows.

    Features Linux pun lebih banyak drp Windows.
    Windows will limit your space of improvement, While Linux can expand your space of improvement a lot.
    :)

    Balas Komen Ini

  39. [...] kasih pasal sentiasa rajin buat lawak petang tu. Pada IrwanDahnil (Dunhill?), Bitol, Mawardee, Waidakmy, Farid, Saifulsham, TheReds dan lain-lain yg saya lupa untuk sebutkan namanya di sini (maklumler [...]

  40. Salam,
    Jumpa blog ni dari forum wanitasiber. Memang menarik dan sesuai sangat unutk akak yang tak berapa pandai hal-hal komputer ni.
    Good job!

    Balas Komen Ini

  41. waidakmy
    29 Nov 08 9:59 pm
  42. Selamat datang kak Azian :)

    Terima kasih ya..senang2 singgah la selalu :)

    Balas Komen Ini

  43. Jom Linux
    30 Nov 08 12:56 am
  44. haha….jumpa gak wen site utk wanita khas utk komputer….

    ni kira salam kunjung dari saya..

    sy setuju ngan Garfield tu, sy pun slalu guna Ubuntu tapi yelah kadang2 org biasa ni dah lekat ngan Windows. jd kena mengalah gak.

    Apapun, sy tak kisah guna Linux/Windows. Sbb bila tau kedua2nye, ia jd kelebihan bg kita. Psl byk tau byk benda…

    Balas Komen Ini

  45. waidakmy
    30 Nov 08 11:30 am
  46. @Jom Linux: tunggu ya post terbaru dari saya..dalam proses mengarang :P

    Balas Komen Ini

  47. Garfield
    30 Nov 08 8:57 pm
  48. @Jom Linux,
    i dah full time ubuntu user sekarang, lol
    langsung x sentuh windows.

    only my client’s PC windows i touched.

    Balas Komen Ini

  49. Jom Linux
    01 Dec 08 12:59 am
  50. @Garfield : ada cuba opensuse atau fedora?

    Balas Komen Ini

  51. Garfield
    01 Dec 08 4:23 pm
  52. i ade guna fedora, debian, centos, gentoo, freebsd, puppy, DSL Linux, etc

    tapi x pernah cuba opensuse. yg suse 7.2 dulu ade lah, tapi opensuse x pernah…

    Balas Komen Ini

  53. [...] terfikir untuk menulis tentang Linux, memandangkan hangat betul komen pada post Windows ME lepas. Tapi, gagal, jadi saya tunda post Linux ke post seterusnya (Maaf ya Garfield dan Jom Linux [...]

  54. oryzana
    02 Dec 08 12:34 pm
  55. Windows ME.. windows paling x best .. suke windows 98, 2000 n xp… vista boleh la…

    Balas Komen Ini

  56. WaidaKmy
    02 Dec 08 10:40 pm
  57. @Oryzana: Vista saya tak boleh beri komen lah..hehe..sebab tak pernah guna..pernah tengok saja..

    Balas Komen Ini

  58. Garfield
    09 Dec 08 3:21 am
  59. baik jangan cuba vista, bazir masa, bazir RAM & bazir hard disk space saje.

    Balas Komen Ini

  60. WaidaKmy
    11 Dec 08 10:19 pm
  61. @Garfield: kalau beli komputer baru, baru dapat guna Vista. tapi memang tak berapa berkenan sangat pun dengan Vista..

    Balas Komen Ini

  62. [...] seperti yang saya pernah janjikan sebelum ini, saya akan tulis sedikit mengenai Linux. Anggap artikel kali ini sebagai pengenalan kepada Linux. [...]

Saya mahu dengar komen dari anda!