Tak perlu risau dijangkiti virus
by waidakmy on January 25, 2009
in Sekuriti, Tips-Tips Komputer
Salam dan apa khabar semua?
Pagi ini, terbaca pula tentang virus Conficker / Downadup di forum WangCyber. Jadi, kawan2 semua (ya! termasuk anda yang sedang membaca tu
), sila berhati2 dengan virus Conficker ini, tapi tak perlu panik.
Untuk menghadapi masalah virus, apa yang penting adalah
menguatkan kubu pertahanan
komputer anda dan
mengurangkan risiko dijangkiti
Bagaimana menguatkan kubu komputer anda?
Dalam komputer anda, mesti ada 3 perisian ini,
1 – Antivirus
2 – Antispyware
3 – Firewall
Nota – Ada perisian antivirus yang ada fungsi antispyware juga, jadi anda hanya perlukan satu saja perisian.
1 – Apa perisian antivirus yang bagus?
Kalau saya?
Kalau orang lain?
Boleh baca di sini (lihat di senarai komen)
2 – Apa perisian Antispyware yang bagus?
Kalau saya?
AVG, Spybot S&D atau Lavasoft
Kalau orang lain?
Apa kata anda? hehe
3 – Apa perisian Firewall yang bagus?
Kalau saya?
Kalau orang lain?
Anda rasa apa yang bagus?
Bagaimana mengurangkan risiko dijangkiti virus?
1 – Update ketiga-tiga komponen di atas. WAJIB. Tiada kompromi. Anda perlu selalu update antivirus dan antispyware. Kalau boleh setkan fungsi update tu automatik. (Firewall tak mengapa jika tidak di-update selalu)
2 – Gunakan apa saja browser kecuali Internet Explorer. Firefox ada, Opera pun ada
3 – Matikan fungsi Remote Assistance. Cara mematikan fungsi Remote Assistance.
4 – Pasang password pada komputer. Tips password yang bagus, dan cara memasang password.
5 – Jauhi laman web yang XXX
6 – Buang tabiat mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (ada laman web sebegini yang mengandungi virus)
7 – Kurangkan penggunaan MiRC, Kazaa, Limewire dan program P2P yang lain.
8 – Scan thumbdrive terlebih dulu sebelum buka
9 – Berhati2 membuka emel yang tidak diketahui, termasuk attachment-nya sekali. Lagi bagus, tandakan emel itu sebagai SPAM, atau, amalkan tabiat ini.
Ini antara cara2 saya mengurangkan risiko dijangkiti virus, dan seterusnya menjadikan komputer saya selamat. Alhamdulillah, tiada lagi jangkitan virus yang teruk pada komputer saya setakat ini. Banyak lagi perkara gembira yang kita boleh buat, selain dari menyelesaikan masalah virus ini
Antaranya? Bermain game hehe
-WK-
PS: Yang dah terkena virus? Tengok cara saya dan gunakannya. Kalau rasa susah, minta tolong kawan yang pandai, atau hantar ke kedai
Related posts:
- Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?
- Tips 3 – bolehkah PC anda dikategorikan selamat?
- Tips 18 – jaga-jaga dengan virus cinta!
- Jaga PC anda sebelum sakit
- 7 perisian yang WAJIB ada!!
- Ikona Maps – Revolusi Antivirus Gaya Baru
- 4 format burn yang perlu difahami
- Buat Apa Selepas Beli Komputer




“Artikel ini ada no comment. ” <– adus..
1st hahaha.. nilah kuasa rss.. sentiasa dapat baca awal
3 klue tapi hanya ada satu kesimpulan
klue 1 – antivirus
free – avira, avg
bayar – kasper, bitdefender
klue 2 – antispyware
free – malwarebytes’, spybot R&D
bayar – kasper (KIS)*, bitdefender (BTS)**
klue 3 – firewall
free – comodo, zonealarm (maybe?)
bayar – kasper (KIS)*, bitdefender (BTS)**
kesimpulannya – kalaulah saya gunakan windows. kerana saya gunakan ubuntu. jika saya gunakan windows, ini yang saya pilih (berdasarkan pengalaman)
* KIS = Kaspersky Internet Security
** BTS = Bitdefender Total Security
Balas Komen Ini
@TMUkmkd: tahniah2 kerana menjadi pengomen pertama..tapi tiada hadiah la
terima kasih atas perkongsian
saya dah pernah guna kapersky tapi tiada keserasian (cewah) LOL
zonealarm pula tak compatible dengan komputer saya (tak berapa ingat dah kenapa tak compatible)
Balas Komen Ini
Huhu..tak sangka lak cari cheat code game pun leh dijangkiti virus. No wonder. Thanks for the info, Waida!
Balas Komen Ini
Oh saya lak..suke Bit Defender sebenarnya..hik2…tapi memandangkan ada Kaspersky paid vrsion ni, gune je la sampai abih dulu..hehe
Balas Komen Ini
@Fatin: you’re welcome
memang ada website yang menipu hehe..konon2nya letak cheat code..tapi sebenarnya tak..kalau nak cari juga boleh..tapi kena berhati2
Balas Komen Ini
@DM: ada paid version guna je
saya tak pernah try Bit Defender..setia je guna AVG atau Symantec selama ni..
Balas Komen Ini
fatin – cheat code tak de masalah, cuma jika anda digalakkan menekan sesuatu butang atau mendownload sesuatu (e.g. trainer) itu ada masalah. sebenarnya ada site yang diperakui bahawa official site untuk cheat macam cheatcc.com
DM – dah ada tu guna je.. asal update
WK – biasa la tu, baik untuk orang tak mesti baik untuk kita. vice versa.
All – dah update patch untuk windows security? sebab sekarang ni conficker/downadup/downup/kido sedang mengganas.. dikatakan sebagai ‘perfect virus in 2009′
Balas Komen Ini
@TMUkmkd: saya pun dalam proses update windows security..baru berkesempatan nak masuk internet..
Balas Komen Ini
pernah dengar tentang virus ravmon tak…virus tu serang pendrive sayer…dah format byk kali tapi masih ada…semua kengkawan kelas dah kena virus ni dari pendrive saya..macam nak selesaikan..tanda2 seperti autorun problem(kadang2 takboleh) dan tak bleh klik 2kali..ikon pendrive terus tukar jd fail..naper?tolong saya….
Balas Komen Ini
@nita_marleesa, mungkin virus tu dah jangkiti komputer awak..jadi, walaupun pendrive tu dah dicuci, ia masih boleh masuk ke pendrive..
apa kata awak cuba penyelesaian ni? tengok link di bawah ni ok?
http://www.technade.com/2007/10/how-to-remove-ravmon-virus-from-your-pc.html
ada remover sekali di situ..kalau tidak berjaya..cuba solution di bahagian komen…kalau tak faham beritahu ya
Balas Komen Ini