Teknik ping untuk uji sambungan Internet

by waidakmy on March 23, 2009
in Tips-Tips Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Tiada Sambungan Internet

Selalunya, bila saya gagal untuk sambung ke Internet, contohnya keluar notifikasi “Page cannot be displayed” bila saya taip www.Google.com, saya akan pastikannya dulu dengan teknik ping website Google

Nota: Tak semestinya website Google. Anda boleh ping apa saja website yang anda mahu

Jika ujian ping Google gagal (tengok pada link di atas bagaimana ujian ping yang gagal), saya akan teruskan dengan satu kaedah lagi, iaitu ping router kita sendiri, untuk pastikan mana sebenarnya masalah sambungan Internet kita. Adakah masalah itu di antara komputer kita ke modem (ada built-in router), atau modem ke Internet?

Mana satu yang bermasalah?

Kaedah ping modem adalah sama seperti ujian ping Google

iaitu dengan

1. Dapatkan IP address modem kita

Saya akan dapatkan IP address modem dari “Default Gateway”. “Default Gateway”, kita boleh tahu bila kita semak IP address komputer kita sendiri.

Contohnya, Default Gateway kita 192.168.1.254

2. Buka cmd.exe atau command prompt

3. Taip ‘ping 192.168.1.254′ pada kotak cmd.exe (kotak yang hitam itu)

4. Lihat, adakah ujian ping itu berjaya atau tidak?

Apakah keputusannya?

Jika ping berjaya, masalah yang anda hadapi adalah di antara modem dengan Internet, jadi semaklah apa2 punca yang mungkin di atara keduanya. Mungkin modem anda rosak atau kabel dari modem ke line telefon anda yang bermasalah sebenarnya

Jika ping gagal, masalah anda adalah di antara modem dengan penerima pada komputer anda. Maka, anda carilah punca apa yang menyebabkan komputer anda tak dapat akses ke modem. Adakah puncanya disebabkan adapter, kabel, atau konfigurasi dalam komputer anda (setting firewall)?

Begitulah cara saya troubleshoot jika saya tak dapat sambung ke Internet :) Cara anda mungkin berbeza dengan saya, jadi apa kata kongsikannya?

-WK-

PS: Sesiapa yang berminat untuk belajar bagaimana membina laman web, bolehlah jenguk2 di sini :)

PSS: Terima kasih pada yang bertanya tentang bengkel blog :) Sayangnya, bengkel ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti. Akan saya update nanti..

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?
  2. Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?
  3. Surf internet di mana saja – celcom broadband
  4. Tips 4 – gunakan google untuk check makna perkataan
  5. Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
  6. Teknik tanda emel SPAM sebagai SPAM
  7. 4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
  8. Tips 8 – Gunakan free file hosting untuk upload fail dan hantar

Comments

3 Responses to “Teknik ping untuk uji sambungan Internet”
  1. budakccns says:

    Salam Waidak aka landlord :)

    Kenaper apabila saya ping default gateway sayer result nyer same jer antara berjaya dan gagal? Cam ne nak beza kan?

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @budakccns, result yang sama tu bagaimana? kalau mahu, boleh send screenshot untuk saya tengok. Boleh send kat emel saya :) admin[at]waidakmy.com

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda