Tips 14 – buat restore point dalam pc anda

by on January 27, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam semua ,

Dah cuba Tips ke 13 saya? (Klik di sini untuk baca apa Tips ke 13 saya)

Tips ke 14 kali ini datang ilham, bila saya tengah tulis Tips yang ke 13 tu. Rasa-rasanya penting juga untuk anda tahu perkara ini. Ramai yang pernah perasan fungsi ni dalam PC tapi tak pernah buat kot. Lepas saya tulis ni, boleh la anda cuba2 ya

Apa itu System Restore

System Restore ni fungsi yang memang ada dalam Windows. Kita boleh guna untuk kembalikan komputer kita ke keadaan asal, bila dah berlaku sesuatu. Untuk berjaya kembalikan keadaan komputer, perlu ada restore point terlebih dahulu.

Buat System Restore Point

Saya selalu amalkan buat System Restore point ni jika nak buat perubahan2 kritikal pada komputer. Untuk pengetahuan pembaca2 semua, Windows memang akan buat System Restore kadang kala secara automatik. Namun, perlu juga anda buat sekali sekala untuk backup.

Untuk Buka Menu System Restore

1. Klik butang "Start".

2. Pilih "Programs" kemudian pilih "Accessories".

3. Pilih "System Tools" dan kemudian pilih "System Restore".

 

Ada 2 pilihan yang kita boleh buat

A – Restore my computer to an earlier time – Kembalikan komputer kita kepada keadaan lalu

B – Create a restore point – Buat satu titik restore untuk bolehkan kita buat pilihan A di atas

Saya hanya akan ceritakan tentang pilihan B untuk tips kali ini.

1. Klik di pilihan B di dalam menu

2. Tekan butang "Next" di bawah

3. Di dalam kotak "Restore Point Description", isikan apa-apa maklumat yang boleh mengingatkan ada kenapa anda buat satu restore point in. Contohnya, "sebelum install games the Sims". Jadi, lain kali bila anda nak buat pilihan A, anda akan ingat kenapa anda buat restore point pada hari tersebut.

4. Selepas selesai, tekan butang "Create".

5. Tahniah, anda telah pun berjaya create satu restore point untuk komputer anda. Tekan butang "Close".

Jumpa lagi di post akan datang

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Tips 9 – install microsoft equation dalam word
  2. Tips 16 – Top 10 shortcut key dalam microsoft word
  3. Tips 12 – dapatkan fail anda selepas Word hang
  4. Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
  5. Tips 28 – Ceriakan folder anda dengan gambar baru :)
  6. Akses fail anda dengan cepat
  7. Tips 24 – Bermasalah dengan saiz fail powerpoint yang besar?
  8. Tips 13 – kurangkan program yang running masa startup

Comments

2 Responses to “Tips 14 – buat restore point dalam pc anda”
  1. @sf@ says:

    mcm ade aku tgglkan komen kat topic ni ari tu.. hehhe
    baru nk tgk reply
    i didnt get it la topic ni..
    x phm..

  2. waidakmy says:

    @sf@,
    salah topik rupe2nye, hehe.

    padan macam pelik je komen kat tips 15 tu..hehe

    macam ni..katakan komputer kita rosak, perasan tak masa startup, ada beberapa option yang kita boleh pilih..salah satunya, “Last Known Good Configuration..bla2″ (tak ingat hehe). Komputer kita gunakan “system restore point” la, untuk kembalikan keadaan komputer kepada keadaan yang elok.

    Tapi, cuba bayangkan kalau “restore point” yang ada dalam komputer tu pun, bukan lah elok sangat dan dah lama dibuat? Jadi, tak ada gunanya pun sekarang kan?

    Sama saja kalau restore atau tak restore di sini..

    hehe sebab itu la, ajar buat system restore point ni..

    itu satu kegunaan nya la..