Tips 21 – susah ke belajar komputer?

by on March 9, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam mesra semua ,

Anda belajar komputer mula2 dulu macam mana? Secara formal di dalam kelas atau anda cuba2 sendiri? Try and error lah lebih kurangnya. Rasa2 mana lagi baik? Macam mana kalau secara e-kursus dari emel?

Hoho, saya bukan nak buat e-kursus tentang komputer dari emel (tapi kalau akan datang boleh juga, mana tau kan ). Cuma nak kongsi banyak cara untuk belajar komputer ni, dan tak semestinya anda guna satu cara saja. Boleh juga pelbagai cara digabung2kan.

Antara teknik belajar komputer:-

  • Cuba Sampai Jaya (atau try and error)

Teknik ni selalunya saya guna untuk belajar perisian baru, contohnya Adobe Photoshop, eWriter Pro dan Macromedia Dreamweaver. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi bila digunakan. Tidak digalakkan jika anda suka melepas perasaan pada komputer . Perlukan masa anda yang banyak, berbanding anda mendapat informasi secara berperingkat dari pakar. Untuk mahirkan diri anda, mesti buat praktikal sambil belajar. Selalunya digabungkan bersama bantuan dari "Help" di perisian terbabit hoho

  • Kelas Formal

Saya guna pakai teknik ini untuk belajar MS-DOS masa sekolah dulu. Hoho, jangan tak tahu. Sebelum wujudnya Windows yang penuh dengan Antara Muka Grafik, komputer guna sistem operasi DOS. Nak bayangkannya, cuba anda taip "cmd.exe" bila tekan butang "Run" di "Start". Konsep DOS, perlu taip arahan2 istimewa untuk laksanakan sesuatu kerja. Beruntunglah kita semua dan kanak2 sekarang, hanya klik ikon selepas wujud Windows, hehe.

Melalut pula, hehe. Saya lagi sukakan teknik kelas formal jika belajar sesuatu berkaitan operating system (saya juga belajar Linux di kelas). Nak try and error sendiri memang boleh. Tapi bila melibatkan operating system ni, kalau tersalah cuba, rosak pula komputer hoho. Pendek kata, belajar lah dari yang expert kalau anda memang clueless tentang sesuatu perkara tu

  • Pengajaran (Lesson Learnt) Dari Orang Lain

Haa, yang ni pula, jika anda seseorang yang suka melepak di forum. Apa kata anda melepak juga di forum komputer? Mesti ada forumer (orang di forum dipanggil forumer) yang bertanyakan masalahnya. Kemudian, ada yang akan memberi penyelesaiannya. Secara tak langsung, anda dah dapat info untuk selesaikan masalah anda, takpun sebagai pengajaran untuk anda tak ulang benda yang sama. Itu lah sebabnya, saya suka cari solution masalah saya di forum2, hehe. Satu tips untuk anda

  • Baca blog

Tak suka melepak di forum? Suka baca blog? Selain dari baca blog berkisarkan kisah2 artis Malaysia, cinta atau politik semasa, apa salahnya anda singgah di blog2 yang berunsurkan teknikal (macam blog WK ini ehem  )? Yang penting, anda dapat baca tips2 yang dikongsi dari blogger (penulis blog digelar blogger) secara santai. Baca blog orang lain tak sama macam dalam kelas kan? Lainlah kalau pengajar kelas anda tu hensem, wowo tu tak boleh lawan lah kan?

Anda rasa apa teknik2 yang anda guna lagi untuk belajar komputer? Boleh kongsi dengan saya?

Bagi saya, apa pun, nak belajar sesuatu perkara tu kena ada minat. Dah ada minat, baru lah seronok nak belajar sesuatu perkara kan? Bermakna pula. Jangan lupa pula mencari teknik yang anda boleh aplikasi kan secara mudah. Simple Made The Learning Process Easier

PS: Selamat Pengantin Baru Mazuin dan Azizi

————————————————————————————————————–

Nota Kaki

Tagline – "Simple yet Meaningful Learning"

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.

————————————————————————————————————–

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Tips bezakan emel SCAM
  2. Tips Komputer di Facebook
  3. Tips 36 – Apa program MS Office paling kurang dipakai?
  4. Belajar komponen asas CPU – Siri 2
  5. Susah ke buat website?
  6. Tips 20 – jom berblogging~
  7. Tips 7 – Scroll document cara mudah, tak sakitkan tangan
  8. Tips 16 – Top 10 shortcut key dalam microsoft word

Comments

27 Responses to “Tips 21 – susah ke belajar komputer?”
  1. @sf@ says:

    haha..waya ..gotcha…
    aku suke point kt bace blog tu…

    cmne leh ko teke btul? ngeh ngeh
    i still read ur blog .. at least updet topic2 baru..
    ;)

    waidakmy Reply:

    hehe, suka gak..baru terfikir bila tengah tulis semalam hehe

    thanks sbb still baca blog ni..will trying to put up new topic with fresh content hopefully :)

  2. Nor says:

    bestnye blog ni! i rasa semangat gile nak belajar software2 baru bile baca blog ni. simple and interesting

    waidakmy Reply:

    nak belajar software baru? bagus gak ni, boleh buat satu kategori khas untuk software..akan diusahakan :)

  3. miya says:

    mmm..blaja komputer eh? first time sentuh komputer ms form 2. tu pun ikut kelas formal after prep petang..dulu2 susah…x mcm skng…x afford to buy a computer..so reti2 bk komputer ni ms cikgu sudin ajar….cmner nk bukak, cmne nk masuk word…cmne nk shut down..huhu..thanks God, skng dh mampu beli laptop sndiri…

    waidakmy Reply:

    itu la, dulu lain sekarang sangat2 lain, budak2 sekarang tak kenal dah disket tu :D tengok pun tak pernah agaknya. yang diorang kenal, CD, DVD dan thumbdrive

    P/S:hensem tak cikgu nya :P ? haha

    miya Reply:

    tu betul. aku dulu disket tu ler di bawa ke sana ke mari. dh ler x user friendly..salah usik sikit dh rosak..salah sentuh sikit dh rosak.. skrg neh, thubmdrive masuk washing machine leh guna lagi…sihat jer..

    p/s: cikgu tu ensem ooo..tp dh kawin..aku x kesah sgt..sbb ms kelas komputer tu, aku leh ngorat Amir…dk kelas aku yg sgt ensem…huhuhu

    waidakmy Reply:

    thumbdrive masuk washing machine wowo..kagum hehe..

    disket memang tak best, tapi tu lah juga berjasa kat kita semua time teknologi thumb drive dan usb tak wujud lagi :)

    Kaorunamba Reply:

    Saya pon ada pengalaman pendrive masuk dalam washing machine. Alhamdulillah, nasib baik x lemas. Mmg tahan lasak “DT Mini Fun Kingston” saya ni. Walaupon dah mcm2 virus yg dijangkiti, tp rawatan awal telah menyelamatkan nyawanya ;) .

  4. ShawnSharif says:

    other than pc, cover x on handphones? coz it wud be nice jugak la to put in what to do when u accidentally spill or even drown ur gadgets in water, or terhempas ke?

    hehe… I’m talking from experience here =P memang cuak la tgk handheld sendri terendam dalam air teh o ais limau haha

    waidakmy Reply:

    tak dapat la saya nak cover handphone jua :P kerana saya bukan expert dalam handphone2 yang canggih :)

    masih terkial2 lagi guna handphone yang baru ditukar hehe

    apa2 pun, layan lah gadget2 anda sekalian sebagai perkakasan elektronik normal sebabnya..in the end that’s what they are :)

  5. Kaorunamba says:

    “Susah ke nak belajar komputer ni…?”
    Kalau ditanyakan soalan ni kepada saya, dengan yakinnya saya akan jawab, SUSAH!

    Nak tau kenapa? Sbb pertama, faktor kewangan. Masa kecik dulu, kalau dpt dengar apa2 aje pasal komputer. Mmg excited! Kalau pegi rumah sedara ade komputer, tgk dia main game, uish.. timbul mcm2 perasaan i.e. kagum, tumpang seronok, rasa ingin cuba dan sedih. Terdetik dalam hati “bestnye dia, ade komputer”.

    Emm.. ini lah sbb utama kenapa ianya jadi susah nak belajar. Sbb x ade komputer. Sbb2 lain? Next time saya tulis lagi… Da lewat malam. Nak tido… See ya!

    waidakmy Reply:

    betul juga tu..teringat pulak zaman dulu2..komputer ni dikira satu komoditi berharga nih dan ada kelas. nak guna pun kena kongsi2, contohnya masa belajar kelas komputer. kurang lah efektif belajar tu,kalau dah kongsi2 kan?

    seronok pula baca sebab awak, kaorunamba :) teruskan sambung ya , komen2 awak nanti.. :)

  6. @sf@ says:

    nice post waya..
    blog sesuaiiiii sgt tuk wanita2..org kate pompuan ni x terer sgt psl pc… dak laki jek..
    skrg tidak lg..

    eh shawn..camne leh terendam dlm teh o ais..haha

    waidakmy Reply:

    harap2nya dengan post2 yg ada di blog ini,makin ramai lah wanita yang terror komputer kan? :D

  7. Kaorunamba says:

    Semua teknik belajar komputer yg waidakmy senaraikan di atas telah saya cuba. Tp yang saya byk gunakan skrg ni ialah kaedah cuba jaya. Senang cerita, belajar sendiri la.

    Saya prefer kaedah ni sbb, dgn cara ni saya x terikat dgn apa2 kelas atau temujanji. Kita nak blajar apa pon, kena dalam keadaan mud yg baik. Kalau semasa kelas diadakan tp keadaan emosi kita yg bercelaru dan x menentu, ini menyebabkan apa yang dipelajari menjadi kurang berkesan. Btol x?

    Nasihat saya kepada wanita2 di dunia ni. Jgn takut2 nak belajar komputer. Kalau ada yang x tau, tanya je kat pakcik google. Janji keyword yang digunakan leh difahami oleh pakcik google. Banyakkan membaca artikel, blog dan forum perbincangan mengenai komputer. Jangan asyik nak layan gossip je… hehehehe… InsyaAllah. Lama kelamaan, kita sendiri akan tahu. Betapa mudahnya mencari ilmu. Semuanya berada di hujung jari anda.

    p/s:
    Skrg, saya dalam proses try and error belajar membuat blog. Saya buat sendiri berpandukan e-book yang saya beli dan panduan dari forum2 dan blogger2 tempatan.

    waidakmy Reply:

    panjang komen dari kaorunamba :)

    betul tu.ilmu memang banyak sangat kat internet ni. antara ada kemahuan atau tak aje. nak belajar ilmu ni memang banyak cara, kalau nak free, kenalah usaha lebih sikit. kalau nak mudah dan cepat, kenalah sanggup keluarkan duit sikit, sama ada beli ebook atau pun ambil kelas.

    haa, kelas pun, kalau tak sanggup nak datang ke kelas fizikal, kelas online pun ada juga :)

  8. @sf@ says:

    saye pun blaja mcm kaorunamba :)

    waidakmy Reply:

    :)

  9. Shueqry says:

    Salam Waida, apa khabar? shueqry here..

    Teringat dulu, saya pandai komputer di dorong oleh minat.

    Tapi, lebih banyak kepada explore sendiri, membaca dan mempraktikkan apa yang saya baca.

    Sampai pc lama saya banyak yang rosak, sebab saya suka explore benda baru. Last-last dapat juga saya baiki semula.

    Saya kini bekerja sebagai technician cyber cafe di kota kinabalu.

    Saya barui sampai di blog ni, jumpa dari blog Pakdi.

    Teruskan usaha

    -Shueqry-

    waidakmy Reply:

    salam shueqry,

    sihat2 saja.

    apa2 benda memang nak kena mula dengan minat. susah kalau takde minat ni :)

    bagus la shueqry boleh aplikasikan minat tu dalam kerja tu.

    saya lebih suka selesaikan masalah sendiri. nak tiba2 explore tu masih kurang berani especially yang melibatkan hardware

    rajin2, singgah lagi kat sini, boleh sharing info :)

  10. zawiah says:

    heheee….
    pandai kompeter….
    dedulu….
    klau umah orang ada kompeter, uishh…kagumm…
    last kat umah ada sebijik…last esben tambah lagi dan tukar…maklum keje dia ngan kompeter, jd dia nk yg “power” katenya….
    dak reti la kak…

    skrng dah lama masa berlalu barulah terdetik , kak sendiri lak yg belajar kompeter, itu pun memula dulu nk buka microsoft word pun minta anak yg tunjukkan…

    sbb minat , skrng ni alhamdulillah…sambil mencedok idea dan menanya pd yg pakar, reti laaa sesikitt….

    skrng waida lak yg jd sifu..lagi senang..sama sama pompuan….tentu lebih faham peel pompuan, khasnya mcm kak yg mmg blurr IT nihh…

    heheeee….
    tp bess kann…dgn tenet dpt kenalan dr antero alam…

    tima kasih pd semua…
    aminn

    waidakmy Reply:

    :)

    jangan panggil saya sifu kak. terlalu hebat gelaran tu hehe. saya pun masih belajar2 ni.

    bila ada masalah, cari dan cuba selesaikan sendiri. jadi kita belajar benda baru kan? :)

    yang penting kena ada usaha..

    aja2 fighting :D

  11. zawiah says:

    waida….
    heheee…dak pe arrr….
    biar terangkat sket…
    cikgu utk akak ….

    tp kan waida…
    kak masih dak reti lagi nak install smiley tuu…
    nk letak di blog kak…
    cemana erkk…
    please help me…:sad:

    waidakmy Reply:

    camni kak,
    saya install plugin fckeditor ni.
    boleh download dari sini, http://www.deanlee.cn/wordpress/fckeditor-for-wordpress-plugin/

    plugin ni, bila di-install, akan gantikan wordpress editor yang sedia ada dengan editor baru, fckeditor.

    Smiley yang saya guna ni, datang satu pakej dengan fckeditor ni :)

  12. budakccns says:

    Ilmu untuk mengendali komputer sekarang merupakan satu kemestian, yang mana kita akan rase janggal jika ader orang yang tak reti bawak kenderaan… Tapi untuk permulaan seseorang boleh mula degan benda paling basic… contoh tahu aper itu hardware n software.
    Pastu pecah kan lagi hardware ade berape jenis n contoh2 nyer. Begitu jgak software… dan kalo lagi berminat boleh belajar programming atuu pun structure of hardware. How to manipulate n macam2 lagi…
    Perbanyakan join forum2 berkait dengan komputer, setidak2 nyer dapat ilmu baru….

    Harap membantu