Tips 26 – Apa itu IP address?

by on April 21, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam sayang semua ,

Menjawab pertanyaan seseorang di email semalam tentang cPanel, tersentuh pula tentang IP address. Terfikir dalam hati, boleh tulis pasal IP address kat blog Wanita & Komputer nih hehe. Jadi, cerita tentang IP address lah kita hari ni

Ok, IP address itu apa? IP address atau Internet Protocol address ni satu nombor unik yang disetkan pada setiap komputer yang bersambung ke internet. Lebih kurang macam alamat rumah, tapi ini untuk komputer. Contoh IP address macam ini,  125.76.87.60. 4 nombor unik yang diselang dengan titik antaranya.

Macam mana nak check IP address?

Cara 1 : Klik kanan ikon network

  • Klik butang "Start"
  • Pilih "Settings" dan klik "Network Connections"

atau jika Toolbar Setting anda jenis baru (bukan classic style)

  • Klik butang "Start"
  • Pilih "Connect to" dan klik "Show all connections"

Satu menu "Network Connections" akan muncul

  • Klik kanan pada ikon network yang aktif dan pilih "Status"
  • Pilih tab "Support"
  • Boleh lihat apa IP address untuk komputer anda..

Saya akan share Cara 2 pula lain kali, gunakan command prompt

Jumpa lagi…

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Tips 27 – IP address episod 2
  2. Tips 9 – install microsoft equation dalam word
  3. Kerap online? Letaklah password di pc anda
  4. Teknik jaga hard disk dari rosak
  5. Tips 32 – Clear cache dan browsing history
  6. Tips 23 – Bagaimana guna keyboard tanpa keyboard?
  7. Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!
  8. Akses fail anda dengan cepat

Comments

27 Responses to “Tips 26 – Apa itu IP address?”
  1. ShawnSharif says:

    salam sayang tu!

    =) ehe

    cik kak, awak xmo share ke tips untuk membeli pc? what to look for, what price to expect, how to nego, warranty issues, how to pair usability with money worth?

    waidakmy Reply:

    ahaks,
    sekali sekala..

    beli pc? hmm, sebagai asas saja boleh kot. dah jarang up-to-date dengan harga. nanti karang tersalah bagi nasihat pula hehe

    tengoklah macam mana nanti..insya allah

  2. paan says:

    IP selalu digunakan untuk kita connect ke sesuatu networking software,(contoh nak specify nak buka share folder di komputer mana). Selalunya jika didalam network sendiri kita perlu tahu ip address.

    Tapi jika diinternet pula ip yang kita tengok di connection status tu tak semestinyer IP yang orang di internet nampak. Sebab bergantung kepada cara kita connect ke internet. Kita akan ada internal IP dalam network dan ecternal IP utk internet.

    Dan IP tu pulak , bergantung kepada pembekal internet kita, mungkin berubah2 setiap kali kita online, dan juga mungkin dishare dengan semua pengguna internet pembekal internet kita.

    Itulah serba sedikit lebih mendalam tentang IP.

    waidakmy Reply:

    macam mana nak tahu external IP kita tu? saya pun nak tahu juga :)

    paan Reply:

    Selalunya kita boleh tgk melalui command “ipconfig” dan melihat ip apa yang diassign kepada connection external kita. Tapi kadang2 kita connect melalui router, atau pembekal internet kita ada melalui proxy, jadi address tu pun bkn IP yang orang lihat di internet..

    Cara termudah adalah kita check dari website2 yang meng-check ip kita.
    contoh http://www.checkmyip.org/

    waidakmy Reply:

    betul la tu paan. ada logiknya di situ. terlupa juga

    panduan kat atas tu, lebih sesuai untuk komputer2 yang ada dalam network, LAN atau WAN.

    thanks paan :)

    TMUkmkd Reply:

    @waidakmy, baru nak tulis.. dah ada orang lain yang perasan dulu. mungkin sebab tajuk ni tajuk lama.. K baru perasan :p

  3. metallism says:

    Saya juga selalu check ip address melalui internet.Tapi saya biasa guna http://whatismyip.com .Website yang Paan bagi tu leh guna gak.Yang penting IP address ini lah yang diguna untuk block komputer lain.Kalau IP address yang dinyatakan oleh waidakmy tu hanya untuk urus IP dalam network kita.IP tersebut terbahagi dua iaitu dynamic dan static.Kalau yang dynamic biasanya automatic, manakala yang static pula kita yang tetapkan.Contohnya kita nak tetapkan untuk komputer 1 sebagai 192.168.1.100 dan komputer 2 sebagai 192.168.1.101 .Kita juga harus tahu IP address network kita apabila untuk allow firewall connection terutama dalam kegunaan share files/network.

    http://www.metallism.com
    http://www.latarek.com

    waidakmy Reply:

    terima kasih untuk penerangan..

    sebenarnya yang saya tulis ni memang lebih kepada internal IP untuk mudahkan pemahaman :)

  4. amirul says:

    SALAM… sy nk kongsi pendapat dgn u all…
    kenape bila sy bukak sesetengah web ada yg x boleh bukak erk addres/link tuh?
    ape problem yg u all thu rsenye?

    waidakmy Reply:

    salam amirul,

    banyak kemungkinannya amirul. sama ada

    1-broken link atau address yang diletak salah
    2-alamat address yang sudah tak wujud lagi
    3-server hosting untuk website down

    dan macam2 lagi kemungkinan :)

  5. ateeqa says:

    nak tny….

    ada cara tak nak baca IP address org yang anta komen kat blog…?

  6. waidakmy says:

    @ateeqa, boleh, tapi bergantung pada jenis blog, maknanya yang berbayar. yang percuma seperti blogspot itu saya tak berapa pasti..kene cek dulu..

  7. rini says:

    bantuin dong dirumah baru beli wifi cuman tagihan speedy jebol coz gak ada paswordnya so semua tetangga bisa akses ajarin bikin pasword biar wifi aman gak semua org bisa akses thanks

    waidakmy Reply:

    @rini, err.. saya tidak faham bahasa indonesia walaupun kita serumpun. kalau boleh, tulis dalam bahasa malaysia, tidak pun, dalam bahasa inggeris pun tidak mengapa.

    TMUkmkd Reply:

    @waidakmy, dia kata.. dia ada wireless connection tapi speed slow sebab semua jiran dia “kongsi” guna sebab dia tak taruk password. so apa yang dia nak WK ajarkan/terangkan macam mana nak taruk password dalam wireless setting dia supaya tak de orang leh masuk mudah2 ^_^

    notakaki: aku pun tak la paham pun tapi dari apa yang aku paham tu la :p

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, cewah! ok la tu kan hehe. Walaupun memang sepatutnya orang malaysia faham sipi-sipi bahasa indonesia, tapi yang ini memang saya fail. (bukti kukuh – tengok cerita indonesia kalau tiada subtitle, memang tak faham la jawabnya haha)

    oppss menyimpang pulak :P

    @rini, nanti saya postkan di sini jawapan dia. saya rasa pernah nampak ada orang tulis tentang ini, cuma perlu cari dulu

    TMUkmkd Reply:

    @waidakmy, tapi harus diingat bahawa lebih mudah untuk mengetahui apa jenis modem wireless nya ^_^. mungkin darah orang sana ada dalam badan aku kot :p

    @rini jika kamu dapat memberikan jenis model modem tersebut adalah lebih baik. kerana kebanyakkan model terkenal mempunyai manual secara digital didalam lelaman mereka.

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, owh ye lah. susah tu kalau tiada jenis modem :P

    @rini, untuk permulaan, saya syorkan pasang MAC address filtering terlebih dulu, sebelum pasang password. boleh rujuk artikel di link di bawah untuk faham apa itu MAC address filtering

    http://waidakmy.com/teknologi/bagaimana-melindungi-wifi-anda/

  8. hajar says:

    salam.
    saya teringin memiliki labtob sendiri .ape ek spesifikasi yang perlu dlm pemilihan pembelian labtop ni.dr segi harga,brandnnye ker,hardware n software dll..tq

    waidakmy Reply:

    @hajar, waalaikumussalam. Saya ada ulas tentang ini dalam artikel di bawah (lihat pada tajuk ‘beli komputer baru’) :)

    http://waidakmy.com/coretan-wk/pc-fair-2009/

  9. fatimah says:

    nak kongsi perihal dengan penyangak cver ni..kekadang tu kan ada mat hitam yang suka berbohong dan bubuh gambar orang lain dan kononnya diorang ni dari uk lah atau usa lah..diorang email kat kita..nak menipulah tu ..kita boleh kesan samada diorang tu dari malaysia atau mana2 tempat….caranya klik pada kotak email tu dan klik kanan tetikus ……klik lagi pada view full…bila keluar benda2 macam nombor yang disebutkan dalam blog ini(ambil yang ip adrss yang terakhir)…copy dan paste pada tool ip adress yang terdapat di internet….sebelum tu cari (ip adress) di internet dulu dan biarkan tab ini sementara tu klik new tab pada fail dan buka lah email anda..minta diorang tu emailkan apa2 ja lah misalnya gambar diorang yang cun mengecun tu ..lepas tu buatlah seperti yang saya sebutkan tadi…pasti ketahuan dari mana sebenarnya diorang tu..tu pun kalau nak saja2 layan diorang ni..terima kasih dan selamat mencuba…

    waidakmy Reply:

    @fatimah, terima kasih atas perkongsian :)

    Selalunya, saya klik ‘SPAM’ dan buang sahaja. Lebih mudah tetapi kalau ada masa, boleh juga cuba apa yang Cikpuan syorkan :D

  10. itah says:

    salam kak, blh tak ajar saya cara nk sembunyikan ip address kt komputer saya.

    waidakmy Reply:

    @itah, saya jawab di FB ya? Terima kasih bertanya di sana :)

  11. Jess says:

    Boleh x ajar saya juga macam mana nak sembunyikan IP kita?